December 8, 2022
Akaun Twitter rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), @ktm_berhad telah ‘diserang’ orang ramai setelah berkongsi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB yang mengatakan orang ramai tidak menggunakan KTM dengan optimum adalah punca jalan sesak. Berdasarkan kenyataan tersebut, penggunaan perkhidmatan KTM Komuter masih rendah dan tidak dioptimumkan sepenuhnya. Tambahnya jika orang awam mengoptimumkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam terutamanya tren, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Kenyataan itu juga menyebut bahawa KTMB sedang mempertingkatkan frekuensi ketibaan perkhidmatan KTM Komuter yang dijangka diselesaikan dalam masa lima tahun mengikut fasa yang dirancang. Kenyataan Undang Pelbagai Reaksi Seperti biasa, kenyataan tersebut seakan meminta-minta untuk dicemuh memandangkan rata-rata melihat KTM Komuter sebagai pengangkutan awam jenis kereta api paling teruk berbanding LRT dan MRT. Menurut @azfrrr di Twitter, antara sebab mengapa beliau tidak menaiki KTM adalah: Perlu QR code untuk melihat jadual Tandas rosak tak dibaiki Waktu menunggu lebih 1 jam Papan info servis kosong tiada apa Train berhenti secara tiba tiba dan menurunkan semua penumpang di Setia Jaya yang tidak bersambung dengan perkhidmatan kereta api lain. Selain itu, pengguna Twitter, @myraaaaawr berkata tindakan KTMB membiarkan paparan info ketibaan tren mereka terbiar kosong kerana takut dimarahi orang ramai sekiranya mereka mengubah jadual waktu perjalanan tanpa diberitahu. Adun Ketari, Young Syefura turut mempersoalkan sama ada CEO dan Lembaga Pengarah KTMB tahu atau tidak apa masalah yang sedang berlaku ke atas perkhidmatan yang ditawarkan syarikat mereka. Menurut beliau, masalah kekerapan yang dialami KTM ini merupakan masalah yang sama sahaja sejak dulu lagi. Tambahnya, orang ramai perlu tunggu lagi 5 tahun untuk masalah ini diselesaikan. 5 tahun! Kekerapan Tren Terus Berkurang Menurut @yushairieyusoff pula, jadual tren pada 2016 dan 2022 amat berbeza, di mana tahun 2022, orang ramai perlu menunggu tren sehingga satu jam berbanding sekitar 30 minit sahaja pada tahun 2016.   2016:       2022:  Ada juga pengguna yang mengatakan bahawa beliau sudah bertaubat daripada menaiki KTM kerana perjalanannya dari KL Sentral ke Kepong Sentral telah mengambil masa sehingga 2 jam. Seorang lagi pengguna Twitter, @Eddedd76501805 berkata alasan yang sering diberikan atas kelewatan adalah kerana mereka sedang menambah baik landasan berkembar sejak sebelum pandemik, namun masih belum siap sehingga kini. Landasan KTM Bakal Tenggelam? Di samping itu, @lcsmxms pula mengatakan landasan KTM bakal tenggelam ekoran peningkatan paras air sungai Batang Benar. Tren ke Seremban juga kerap tergendala kerana landasan dinaiki air. Sebagai seorang kru tren KTM, @aeman_akmal berkata jika landasan tidak kelihatan, pemandu tren perlu berhentikan tren tersebut untuk menunggu air surut bagi mengelakkan roda daripada tergelincir serta objek yang tak diketahui di atas landasan. Apa Jalan Penyelesaiannya? Memandangkan kita hidup di zaman media sosial, harap-harap serangan yang diterima di akaun Twitter rasmi KTMB itu dapat membuka mata orang-orang penting yang mengendalikan KTM Komuter supaya meningkatkan kekerapan serta kualiti perkhidmatan mereka terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang ramai yang memilih untuk tidak menaiki KTM. Secara logiknya, memang benar bahawa penggunaan tren secara optimum sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesesakan jalan raya. Walau bagaimanapun, ia haruslah diikuti dengan rangkaian pengangkutan awam yang mesra pengguna dan mudah diakses. Mengikut kata CEO mereka, KTMB perlukan 5 tahun untuk meningkatkan frekuensi tren. Walaupun 5 tahun itu bukanlah sekejap memandangkan masalah ini sudah berlaku sejak dulu lagi, eloklah kita memberi peluang (terakhir) pada KTM untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu untuk menawarkan perkhidmatan yang setanding dengan MRT dan LRT. Bagi anda pula, bila kali terakhir anda menaiki KTM Komuter? Apa pula pengalaman anda?  

Akaun Twitter rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), @ktm_berhad telah ‘diserang’ orang ramai setelah berkongsi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB yang mengatakan orang ramai tidak menggunakan KTM dengan optimum adalah punca jalan sesak.

Berdasarkan kenyataan tersebut, penggunaan perkhidmatan KTM Komuter masih rendah dan tidak dioptimumkan sepenuhnya. Tambahnya jika orang awam mengoptimumkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam terutamanya tren, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa KTMB sedang mempertingkatkan frekuensi ketibaan perkhidmatan KTM Komuter yang dijangka diselesaikan dalam masa lima tahun mengikut fasa yang dirancang.

Kenyataan Undang Pelbagai Reaksi

Seperti biasa, kenyataan tersebut seakan meminta-minta untuk dicemuh memandangkan rata-rata melihat KTM Komuter sebagai pengangkutan awam jenis kereta api paling teruk berbanding LRT dan MRT.

Menurut @azfrrr di Twitter, antara sebab mengapa beliau tidak menaiki KTM adalah:

Perlu QR code untuk melihat jadual
Tandas rosak tak dibaiki
Waktu menunggu lebih 1 jam
Papan info servis kosong tiada apa
Train berhenti secara tiba tiba dan menurunkan semua penumpang di Setia Jaya yang tidak bersambung dengan perkhidmatan kereta api lain.

Selain itu, pengguna Twitter, @myraaaaawr berkata tindakan KTMB membiarkan paparan info ketibaan tren mereka terbiar kosong kerana takut dimarahi orang ramai sekiranya mereka mengubah jadual waktu perjalanan tanpa diberitahu.

Adun Ketari, Young Syefura turut mempersoalkan sama ada CEO dan Lembaga Pengarah KTMB tahu atau tidak apa masalah yang sedang berlaku ke atas perkhidmatan yang ditawarkan syarikat mereka.

Menurut beliau, masalah kekerapan yang dialami KTM ini merupakan masalah yang sama sahaja sejak dulu lagi. Tambahnya, orang ramai perlu tunggu lagi 5 tahun untuk masalah ini diselesaikan. 5 tahun!

Kekerapan Tren Terus Berkurang

Menurut @yushairieyusoff pula, jadual tren pada 2016 dan 2022 amat berbeza, di mana tahun 2022, orang ramai perlu menunggu tren sehingga satu jam berbanding sekitar 30 minit sahaja pada tahun 2016.  

2016:

     

2022: 

Ada juga pengguna yang mengatakan bahawa beliau sudah bertaubat daripada menaiki KTM kerana perjalanannya dari KL Sentral ke Kepong Sentral telah mengambil masa sehingga 2 jam.

Seorang lagi pengguna Twitter, @Eddedd76501805 berkata alasan yang sering diberikan atas kelewatan adalah kerana mereka sedang menambah baik landasan berkembar sejak sebelum pandemik, namun masih belum siap sehingga kini.

Landasan KTM Bakal Tenggelam?

Di samping itu, @lcsmxms pula mengatakan landasan KTM bakal tenggelam ekoran peningkatan paras air sungai Batang Benar. Tren ke Seremban juga kerap tergendala kerana landasan dinaiki air.

Sebagai seorang kru tren KTM, @aeman_akmal berkata jika landasan tidak kelihatan, pemandu tren perlu berhentikan tren tersebut untuk menunggu air surut bagi mengelakkan roda daripada tergelincir serta objek yang tak diketahui di atas landasan.

Apa Jalan Penyelesaiannya?

Memandangkan kita hidup di zaman media sosial, harap-harap serangan yang diterima di akaun Twitter rasmi KTMB itu dapat membuka mata orang-orang penting yang mengendalikan KTM Komuter supaya meningkatkan kekerapan serta kualiti perkhidmatan mereka terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang ramai yang memilih untuk tidak menaiki KTM.

Secara logiknya, memang benar bahawa penggunaan tren secara optimum sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesesakan jalan raya. Walau bagaimanapun, ia haruslah diikuti dengan rangkaian pengangkutan awam yang mesra pengguna dan mudah diakses.

Mengikut kata CEO mereka, KTMB perlukan 5 tahun untuk meningkatkan frekuensi tren. Walaupun 5 tahun itu bukanlah sekejap memandangkan masalah ini sudah berlaku sejak dulu lagi, eloklah kita memberi peluang (terakhir) pada KTM untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu untuk menawarkan perkhidmatan yang setanding dengan MRT dan LRT.

Bagi anda pula, bila kali terakhir anda menaiki KTM Komuter? Apa pula pengalaman anda?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language