December 1, 2022
Model SUV OMODA 5 keluaran Chery yang digembar-gemburkan bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi telah membuktikan tahap kualitinya di peringkat global setelah lulus ujian Tri-Extreme. Ujian tersebut telah dijalankan dalam keadaan suhu rendah (<-40°C) dan tinggi (hampir 50°C) yang ekstrem serta ketinggian 5,200 meter.  OMODA 5 Bukti Kualiti Global Dalam keadaan sejuk ekstrem -43°C, fungsi-fungsi OMODA 5 seperti pemanasan, defrosting dan defogging semuanya berfungsi seperti biasa, dan masa penghidupan enjin sejuk turut terkawal antara satu hingga tiga saat. Dalam keadaan panas ekstrem 49.6°C pula, OMODA 5 lulus ujian dinamik keseluruhan, merangkumi pergerakan rumit di atas pelbagai keadaan permukaan, termasuk ketahanan cuaca dan pendedahan kepada matahari dan debu. Selain itu, suhu penghawa dingin pada vent serta aras kepala penumpang didapati lebih rendah daripada model-model pesaingnya, mencapai tahap cemerlang dalam kelasnya. Pada ketinggian 5,200 meter, dengan tekanan udara di bawah 60 kPa, yang boleh menyebabkan penyekatan kuasa kepada banyak enjin, OMODA 5 tidak terjejas, dibuktikan melalui ujian tindak balas trenkuasa, menaiki cerun secara ke hadapan serta mengundur, dan sebagainya. Pengesahan kualiti dan kebolehpercayaan tahap global OMODA 5 ini bergabung dengan teknologi pintar, reka bentuk bergaya dan kuasa cekap bagi menghasilkan kenderaan menarik yang komited terhadap memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Bila OMODA 5 Bakal Dilancarkan? Sejak berita mengenai kepulangan Chery di pasaran Malaysia tersebar pada tahun lalu, Chery dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan model Omoda 5, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro yang dikatakan bakal dibawa masuk ke Malaysia.  Berdasarkan laman web rasmi Chery Malaysia, barisan kereta yang dipertontonkan terdiri daripada: OMODA 5 Tiggo 8 Pro Tiggo 7 Pro Tiggo 4 Pro Setakat ini, hanya Chery Omoda 5 yang sering dilihat sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia berbanding Tiggo 8 Pro dan 7 Pro. Walaupun tarikh pelancarannya masih lagi rahsia, namun boleh dikatakan tarikh pelancaran SUV segmen-B ini sudah sangat-sangat hampir!  

Model SUV OMODA 5 keluaran Chery yang digembar-gemburkan bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi telah membuktikan tahap kualitinya di peringkat global setelah lulus ujian Tri-Extreme.

Ujian tersebut telah dijalankan dalam keadaan suhu rendah (<-40°C) dan tinggi (hampir 50°C) yang ekstrem serta ketinggian 5,200 meter. 

OMODA 5 Bukti Kualiti Global

Dalam keadaan sejuk ekstrem -43°C, fungsi-fungsi OMODA 5 seperti pemanasan, defrosting dan defogging semuanya berfungsi seperti biasa, dan masa penghidupan enjin sejuk turut terkawal antara satu hingga tiga saat.

Dalam keadaan panas ekstrem 49.6°C pula, OMODA 5 lulus ujian dinamik keseluruhan, merangkumi pergerakan rumit di atas pelbagai keadaan permukaan, termasuk ketahanan cuaca dan pendedahan kepada matahari dan debu. Selain itu, suhu penghawa dingin pada vent serta aras kepala penumpang didapati lebih rendah daripada model-model pesaingnya, mencapai tahap cemerlang dalam kelasnya.

Pada ketinggian 5,200 meter, dengan tekanan udara di bawah 60 kPa, yang boleh menyebabkan penyekatan kuasa kepada banyak enjin, OMODA 5 tidak terjejas, dibuktikan melalui ujian tindak balas trenkuasa, menaiki cerun secara ke hadapan serta mengundur, dan sebagainya.

Pengesahan kualiti dan kebolehpercayaan tahap global OMODA 5 ini bergabung dengan teknologi pintar, reka bentuk bergaya dan kuasa cekap bagi menghasilkan kenderaan menarik yang komited terhadap memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Bila OMODA 5 Bakal Dilancarkan?

Sejak berita mengenai kepulangan Chery di pasaran Malaysia tersebar pada tahun lalu, Chery dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan model Omoda 5, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro yang dikatakan bakal dibawa masuk ke Malaysia. 

Berdasarkan laman web rasmi Chery Malaysia, barisan kereta yang dipertontonkan terdiri daripada:

OMODA 5
Tiggo 8 Pro
Tiggo 7 Pro
Tiggo 4 Pro

Setakat ini, hanya Chery Omoda 5 yang sering dilihat sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia berbanding Tiggo 8 Pro dan 7 Pro. Walaupun tarikh pelancarannya masih lagi rahsia, namun boleh dikatakan tarikh pelancaran SUV segmen-B ini sudah sangat-sangat hampir!
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language