August 16, 2022
Sebagai pengeksport kenderaan penumpang nombor 1 di China selama 19 tahun berturut-turut, inovasi teknologi sentiasa menjadi tumpuan Chery. Ini dibuktikan oleh kenderaan Pro Family, yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan global kini serta masa hadapan. Terdapat lima ahli Pro Family setakat ini yang terdiri daripada SUV dan sedan seperti:  SUV Tiggo 2 Pro Tiggo 4 Pro Tiggo 7 Pro Tiggo 8 Pro Sedan Arrizo 6 Pro Pro Family telah disambut baik di banyak pasaran di seluruh dunia, termasuk Eropah Timur, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Afrika. Yang paling penting, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro merupakan antara model Pro Family yang sedang dirancang memasuki pasaran Malaysia Setiap model Pro Family dibangunkan berdasarkan tiga teras: Teknologi pintar Rekabentuk bergaya Kuasa cekap Selari dengan teras pertama, kenderaan Pro Family dipenuhi dengan teknologi yang mengatasi rakan sekelasnya serta jangkaan pelanggan. Selaku model terunggul Pro Family, Tiggo 8 Pro didatangkan dengan tiga skrin seperti: Panel meter 12.3 inci Skrin kawalan iklim 8 inci Skrin infotainmen terapung 10.25 inci dengan Apple CarPlay, Android Auto serta paparan kamera 360 darjah. Tiggo 7 Pro turut dilengkapi sedemikian, manakala pengecasan telefon bimbit tanpa wayar dan pintu belakang elektrik juga boleh didapati bagi kedua-dua model. Sistem Keselamatan Pro Family juga memanfaatkan teknologi pintar bagi menyediakan keselamatan menyeluruh seperti: Enam beg udara Traction dan stability control ISOFIX Penggunaan ultra-high-strength steel dalam pembinaan badannya serta ciri-ciri keselamatan pasif yang lain Advanced Driver Assistance System (ADAS) Lane Departure Warning (LDW) Automatic Cruise Control Automatic Emergency Braking (AEB) Traffic Sign Recognition (TSC) Intelligent High-beam Control (IHC) Blind Spot Monitoring (BSD) Front Collision Warning (FCW) Emergency Brake Override System (BOW). Reka Bentuk Dari segi reka bentuk, Pro Family direka mengikut falsafah ‘Life in Motion 3.0’ yang dihasilkan oleh pasukan rekabentuk global Chery. Gril hadapan geometrik matrix diamond yang diilhamkan oleh galaksi serta lampu hadapan LED tampil yakin, manakala pada bahagian dalaman, susun atur cockpit-surround mewujudkan suasana dinamik, selesa serta mewah. Kuasa Chery merupakan jenama kenderaan China pertama yang menguasai teknologi teras enjin, transmisi dan casis secara kendiri, dan setelah gigih melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih 20 tahun, teknologi enjinnya merupakan yang terunggul di kalangan jenama China. Terdapat pelbagai versi enjin bersiri ACTECO, daripada 0.8 liter sehingga 4.0 liter, dan enam enjin ACTECO telah disenaraikan dalam 10 Enjin Terunggul China, menawarkan kuasa serta kecekapan haba yang tinggi. SUV Terlaris Di China Pro Family kini sedang membuat penampilan sulung di seluruh dunia seperti di Manila, Kuwait dan Indonesia, di mana model-modelnya menarik banyak minat. Pro Family juga telah menerima pelbagai anugerah di seluruh dunia, termasuk ‘SUV Paling Teknikal’ dan ‘SUV Teknologi Canggih Terbaik’ bagi Tiggo 8 Pro, serta ‘SUV Terlaris’ dan ‘Model Jenama China Paling Popular’ bagi Tiggo 7 Pro. Baru-baru ini, siri Tiggo 8 telah mencapai pengeluaran 500,000 unit, menjadikannya model yang terpantas mencapai angka tersebut di kalangan SUV bersaiz sederhana dan SUV tujuh tempat duduk jenama China. Sejak kemunculannya pada 2018, siri Tiggo 8 disambut baik dalam pelbagai pasaran global termasuk Brazil, Arab Saudi dan Chile.    

Sebagai pengeksport kenderaan penumpang nombor 1 di China selama 19 tahun berturut-turut, inovasi teknologi sentiasa menjadi tumpuan Chery.

Ini dibuktikan oleh kenderaan Pro Family, yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan global kini serta masa hadapan.

Terdapat lima ahli Pro Family setakat ini yang terdiri daripada SUV dan sedan seperti:

 SUV

Tiggo 2 Pro
Tiggo 4 Pro
Tiggo 7 Pro
Tiggo 8 Pro

Sedan

Arrizo 6 Pro

Pro Family telah disambut baik di banyak pasaran di seluruh dunia, termasuk Eropah Timur, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Afrika. Yang paling penting, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro merupakan antara model Pro Family yang sedang dirancang memasuki pasaran Malaysia

Setiap model Pro Family dibangunkan berdasarkan tiga teras:

Teknologi pintar
Rekabentuk bergaya
Kuasa cekap

Selari dengan teras pertama, kenderaan Pro Family dipenuhi dengan teknologi yang mengatasi rakan sekelasnya serta jangkaan pelanggan.

Selaku model terunggul Pro Family, Tiggo 8 Pro didatangkan dengan tiga skrin seperti:

Panel meter 12.3 inci
Skrin kawalan iklim 8 inci
Skrin infotainmen terapung 10.25 inci dengan Apple CarPlay, Android Auto serta paparan kamera 360 darjah.

Tiggo 7 Pro turut dilengkapi sedemikian, manakala pengecasan telefon bimbit tanpa wayar dan pintu belakang elektrik juga boleh didapati bagi kedua-dua model.

Sistem Keselamatan

Pro Family juga memanfaatkan teknologi pintar bagi menyediakan keselamatan menyeluruh seperti:

Enam beg udara
Traction dan stability control
ISOFIX
Penggunaan ultra-high-strength steel dalam pembinaan badannya serta ciri-ciri keselamatan pasif yang lain
Advanced Driver Assistance System (ADAS)
Lane Departure Warning (LDW)
Automatic Cruise Control
Automatic Emergency Braking (AEB)
Traffic Sign Recognition (TSC)
Intelligent High-beam Control (IHC)
Blind Spot Monitoring (BSD)
Front Collision Warning (FCW)
Emergency Brake Override System (BOW).

Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, Pro Family direka mengikut falsafah ‘Life in Motion 3.0’ yang dihasilkan oleh pasukan rekabentuk global Chery. Gril hadapan geometrik matrix diamond yang diilhamkan oleh galaksi serta lampu hadapan LED tampil yakin, manakala pada bahagian dalaman, susun atur cockpit-surround mewujudkan suasana dinamik, selesa serta mewah.

Kuasa

Chery merupakan jenama kenderaan China pertama yang menguasai teknologi teras enjin, transmisi dan casis secara kendiri, dan setelah gigih melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih 20 tahun, teknologi enjinnya merupakan yang terunggul di kalangan jenama China.

Terdapat pelbagai versi enjin bersiri ACTECO, daripada 0.8 liter sehingga 4.0 liter, dan enam enjin ACTECO telah disenaraikan dalam 10 Enjin Terunggul China, menawarkan kuasa serta kecekapan haba yang tinggi.

SUV Terlaris Di China

Pro Family kini sedang membuat penampilan sulung di seluruh dunia seperti di Manila, Kuwait dan Indonesia, di mana model-modelnya menarik banyak minat. Pro Family juga telah menerima pelbagai anugerah di seluruh dunia, termasuk ‘SUV Paling Teknikal’ dan ‘SUV Teknologi Canggih Terbaik’ bagi Tiggo 8 Pro, serta ‘SUV Terlaris’ dan ‘Model Jenama China Paling Popular’ bagi Tiggo 7 Pro.

Baru-baru ini, siri Tiggo 8 telah mencapai pengeluaran 500,000 unit, menjadikannya model yang terpantas mencapai angka tersebut di kalangan SUV bersaiz sederhana dan SUV tujuh tempat duduk jenama China. Sejak kemunculannya pada 2018, siri Tiggo 8 disambut baik dalam pelbagai pasaran global termasuk Brazil, Arab Saudi dan Chile.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language