December 5, 2022
Chery Malaysia akhirnya kembali secara rasmi di Malaysia dengan mempertontonkan lima model SUV seperti OMODA 5, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro serta Tiggo 8 Pro e+ (PHEV). Setelah sekian lama akaun Facebook rasmi beberapa model Chery diwujudkan oleh Chery Malaysia, ini merupakan acara fizikal pertama Chery di Malaysia di bawah pasukan baharu. Kesemua model yang dipertontonkan merupakan model semasa mereka manakala Tiggo 8 Pro PHEV pula membuat penampilan pertamanya di Asia Tenggara hari ini. Kesemua model ini dilengkapi teknologi canggih, reka bentuk terkini dengan kelengkapan premium bersama-sama sistem keselamatan yang lengkap. Acara selama dua hari oleh Chery Malaysia di Setia City Convention Center menyaksikan lebih 100 peserta menjadi rakyat Malaysia menjadi yang terawal untuk merasa sendiri model-model baharu dari Chery. Chery Tayang Model Baharu Untuk Pasaran Malaysia Bagi Chery, mendekati pengguna amatlah penting. Selain menawarkan kemajuan dari segi teknologi, kualiti dan reka bentuk, acara preview ini juga merupakan platform untuk mereka berinteraksi secara langsung dengan pengguna di Malaysia. Preview ini bakal mengukuhkan penyelidikan pasaran yang dilakukan Chery kerana acara ini membolehkan mereka mengumpul maklum balas pengguna yang menyeluruh bersama kenderaan sebenar bagi memahami kehendak dan kemahuan pengguna di Malaysia dengan lebih mendalam. OMODA 5 SUV segmen-B yang merupakan pencabar kepada Proton X50 dan Honda HR-V, OMODA 5 direka mengikut falsafah ‘art in motion’. Kereta ini disasarkan kepada golongan muda yang mahukan SUV bercirikan futuristik bersama teknologi pintar seperti sistem ADAS dan skrin berkembar yang besar di ruang kabin. OMODA 5 dikuasakan dengan enjin 1.6L TGDI yang mampu menghasilkan 197 PS bersama 290 Nm tork dan digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik 7 kelajuan untuk memacu roda hadapannya. Tiggo 7 Pro Selain itu, Tiggo 7 Pro pula merupakan SUV segmen C yang menawarkan 5 tempat duduk bagi menggugat kedudukan pesaingnya seperti Proton X70 serta Peugeot 3008. Model ini menawarkan keseimbangan antara gaya bandar dan ciri mewah. Sementara itu, Tiggo 4 Pro pula bakal ditawarkan untuk golongan muda dengan gabungan unik teknologi dan keselesaan. Dari segi saiz, Tiggo 4 Pro merupakan model paling kecil di dalam keluarga Tiggo Pro. Walau bagaimanapun, Tiggo 4 Pro dan Tiggo 7 Pro menggunakan enjin yang sama, iaitu enjin 1.5L TGDI bersama transmisi CVT yang menghasilkan 108 kW (147 PS) dan 210 Nm Tork. Tiggo 8 Pro & Tiggo 8 Pro PHEV Bagi model terbesar dalam keluarganya, Tiggo 8 Pro pula disasarkan  pada para usahawan dan professional melalui gabungan teknologi, sentuhan premium serta versatility 7 tempat duduk. SUV besar ini menampilkan rekaan dalaman yang mewah berbanding model Tiggo yang lain. Tiggo 8 Pro dikuasakan dengan enjin 2.0L TGDI dan dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT yang menghasilkan 187 kW (254 PS) dan 390 Nm tork. Untuk model PHEV pula, enjinnya berganding bahu bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang menampilkan dua motor elektrik yang menghasilkan sembilan mod operasi termasuk operasi series dan parallel, menjadikannya yang pertama seumpamanya di kalangan jenama China. Menurut Pengarah Chery Malaysia, Leo Chen, sebagai salah satu peneraju ekonomi di ASEAN bersama industri automotif yang maju, Malaysia merupakan pasaran strategik dalam rancangan globalisasi Chery. Sebagai pengeksport kenderaan penumpang nombor 1 di China selama 19 kali berturut-turut, Chen yakin bahawa Chery boleh menyumbang secara positf kepada industri automotif Malaysia dan terus memacu pembangunannya. Bila Kereta Chery Bakal Dilancarkan Di Malaysia? Setakat ini, masih tiada pengesahan daripada pihak Chery sama ada bila model-model yang dipertontonkan ini bakal memasuki pasaran Malaysia. Kami turut diberitahu bahawa ciri-ciri serta spesifikasi yang ada pada kereta yang dipertontonkan ini masih belum diputuskan. Apa yang kami tahu, untuk fasa pertama Chery di Malaysia, mereka bakal memperkenalkan 4 model seperti Tiggo 8 Pro (ICE + PHEV), Tiggo 7 Pro (ICE + PHEV), Tiggo 4 Pro (ICE) dan OMODA 5 (ICE + BEV) di pasaran Malaysia. Antara kelima-lima model yang disebutkan, yang mana satu pilihan anda?

Chery Malaysia akhirnya kembali secara rasmi di Malaysia dengan mempertontonkan lima model SUV seperti OMODA 5, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro serta Tiggo 8 Pro e+ (PHEV).

Setelah sekian lama akaun Facebook rasmi beberapa model Chery diwujudkan oleh Chery Malaysia, ini merupakan acara fizikal pertama Chery di Malaysia di bawah pasukan baharu.

Kesemua model yang dipertontonkan merupakan model semasa mereka manakala Tiggo 8 Pro PHEV pula membuat penampilan pertamanya di Asia Tenggara hari ini.

Kesemua model ini dilengkapi teknologi canggih, reka bentuk terkini dengan kelengkapan premium bersama-sama sistem keselamatan yang lengkap. Acara selama dua hari oleh Chery Malaysia di Setia City Convention Center menyaksikan lebih 100 peserta menjadi rakyat Malaysia menjadi yang terawal untuk merasa sendiri model-model baharu dari Chery.

Chery Tayang Model Baharu Untuk Pasaran Malaysia

Bagi Chery, mendekati pengguna amatlah penting. Selain menawarkan kemajuan dari segi teknologi, kualiti dan reka bentuk, acara preview ini juga merupakan platform untuk mereka berinteraksi secara langsung dengan pengguna di Malaysia.

Preview ini bakal mengukuhkan penyelidikan pasaran yang dilakukan Chery kerana acara ini membolehkan mereka mengumpul maklum balas pengguna yang menyeluruh bersama kenderaan sebenar bagi memahami kehendak dan kemahuan pengguna di Malaysia dengan lebih mendalam.

OMODA 5

SUV segmen-B yang merupakan pencabar kepada Proton X50 dan Honda HR-V, OMODA 5 direka mengikut falsafah ‘art in motion’. Kereta ini disasarkan kepada golongan muda yang mahukan SUV bercirikan futuristik bersama teknologi pintar seperti sistem ADAS dan skrin berkembar yang besar di ruang kabin.

OMODA 5 dikuasakan dengan enjin 1.6L TGDI yang mampu menghasilkan 197 PS bersama 290 Nm tork dan digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik 7 kelajuan untuk memacu roda hadapannya.

Tiggo 7 Pro

Selain itu, Tiggo 7 Pro pula merupakan SUV segmen C yang menawarkan 5 tempat duduk bagi menggugat kedudukan pesaingnya seperti Proton X70 serta Peugeot 3008.

Model ini menawarkan keseimbangan antara gaya bandar dan ciri mewah.

Sementara itu, Tiggo 4 Pro pula bakal ditawarkan untuk golongan muda dengan gabungan unik teknologi dan keselesaan. Dari segi saiz, Tiggo 4 Pro merupakan model paling kecil di dalam keluarga Tiggo Pro.

Walau bagaimanapun, Tiggo 4 Pro dan Tiggo 7 Pro menggunakan enjin yang sama, iaitu enjin 1.5L TGDI bersama transmisi CVT yang menghasilkan 108 kW (147 PS) dan 210 Nm Tork.

Tiggo 8 Pro & Tiggo 8 Pro PHEV

Bagi model terbesar dalam keluarganya, Tiggo 8 Pro pula disasarkan  pada para usahawan dan professional melalui gabungan teknologi, sentuhan premium serta versatility 7 tempat duduk. SUV besar ini menampilkan rekaan dalaman yang mewah berbanding model Tiggo yang lain.

Tiggo 8 Pro dikuasakan dengan enjin 2.0L TGDI dan dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT yang menghasilkan 187 kW (254 PS) dan 390 Nm tork.

Untuk model PHEV pula, enjinnya berganding bahu bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang menampilkan dua motor elektrik yang menghasilkan sembilan mod operasi termasuk operasi series dan parallel, menjadikannya yang pertama seumpamanya di kalangan jenama China.

Menurut Pengarah Chery Malaysia, Leo Chen, sebagai salah satu peneraju ekonomi di ASEAN bersama industri automotif yang maju, Malaysia merupakan pasaran strategik dalam rancangan globalisasi Chery.

Sebagai pengeksport kenderaan penumpang nombor 1 di China selama 19 kali berturut-turut, Chen yakin bahawa Chery boleh menyumbang secara positf kepada industri automotif Malaysia dan terus memacu pembangunannya.

Bila Kereta Chery Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Setakat ini, masih tiada pengesahan daripada pihak Chery sama ada bila model-model yang dipertontonkan ini bakal memasuki pasaran Malaysia. Kami turut diberitahu bahawa ciri-ciri serta spesifikasi yang ada pada kereta yang dipertontonkan ini masih belum diputuskan.

Apa yang kami tahu, untuk fasa pertama Chery di Malaysia, mereka bakal memperkenalkan 4 model seperti Tiggo 8 Pro (ICE + PHEV), Tiggo 7 Pro (ICE + PHEV), Tiggo 4 Pro (ICE) dan OMODA 5 (ICE + BEV) di pasaran Malaysia. Antara kelima-lima model yang disebutkan, yang mana satu pilihan anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language