
SUV 7-tempat duduk dari China, Chery Tiggo 8 Pro dikhabarkan bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.
Jika dilihat secara kasar, Chery Tiggo 8 Pro yang dieksport keluar dari China hampir sama sahaja dengan Tiggo 8 Plus di China dari segi rupa bentuk dan output kuasanya.
Ketika ini, spesifikasi bagi Tiggo 8 Pro di pasaran Malaysia masih lagi tidak diketahui. Jika nak dibandingkan dengan model di pasaran lain, Tiggo 8 Pro hadir dengan ciri-ciri yang memberangsangkan. Berikut merupakan antara ciri-ciri Tiggo 8 Pro yang ditawarkan di pasaran luar.
Spesifikasi Chery Tiggo 8 Pro
Enjin: 1.6 liter TGDI
Output: 197 PS dan 290 Nm
T1X comfort chassis – ruang kepala dan tempat duduk belakang lebih luas, jarak kelegaan tanah lebih tinggi
Digandingkan dengan transmisi klac berkembar automatik 7 kelajuan
Ciri Keselamatan
6 beg udara keselamatan
Brek kecemasan automatik
Adaptive Cruise Control
Lane Keeping Assist
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Pengesan titik buta
Pengenal tanda trafik
Amaran buka pintu
Kamera 360 darjah
Walau bagaimanapun, sistem brek kecemasan automatik kereta ini tidak mampu untuk mengesan pejalan kaki dan penumpang basikal seperti di Proton X50. Sistem Lane Keeping Assist (LKA) kereta ini juga tidak dibekalkan dengan sistem bantuan pengekal tengah lorong (Lane Centering Assist).
Exterior
Lampu utama LED penuh dengan teknologi matrix
Lampu nyalaan siang (DRL)
Rim aloi aluminium bersaiz 18-inci
Panoramic Sunroof
Rel bumbung
Interior
Paparan meter digital penuh bersaiz 12.3-inci
Paparan sistem infotainment bersaiz 10.35-inci
Dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto)
8 sistem pembesar suara dari Sony
Pengecas tanpa wayar
Penyaman udara dwi-zon
Upholsteri berwarna hitam dan perang
Chery Tiggo 8 Pro ini merupakan pesaing bagi SUV 7 tempat duduk lain seperti Toyota Fortuner, Mazda CX-8 dan kemungkinan, Proton X90. Chery Tiggo 8 Pro dijangka akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi dan menurut laporan dan khabar angin semasa, SUV ini akan hadir ke pasaran negara pada tahun 2022 ini juga.