Categories
Auto news

Ciri-Ciri Baharu Yang Pertama Kali Diperkenalkan Pada Perodua Alza 2022

Tahukah anda bahawa Perodua telah memperkenalkan beberapa ciri baharu buat pertama kalinya pada Alza 2022?

Betul! Ini bermaksud ada beberapa ciri pada Perodua Alza 2022 yang tiada pada mana-mana barisan model Perodua sebelum ini lantas membuatkan Alza 2022 sebagai model yang sarat dengan pembaharuan oleh Perodua.

Debut Baharu Perodua Pada Alza 2022

Brek Parkir Elektronik

Perodua Alza 2022 muncul sebagai model pertama Perodua yang menampilkan brek parkir elektronik menggantikan brek tangan mahupun brek di bahagian kaki. Terdahulu, generasi pertama Alza meletakkan brek parkir di bahagian kaki. Jika tombol gear diletakkan pada posisi gear P, brek parkir elektronik berfungsi secara automatik untuk mengunci tayar kereta.

Kelebihan:

Kawalan operasi lebih mudah
Teknologi terkini
Lebih kemas dan lebih ruang pada konsol tengah

Kamera 360 Darjah

Alza 2022 juga telah memperkenalkan sistem kamera 360 darjah yang dihasilkan daripada beberapa buah kamera waktu sebenar yang diletakkan di sekeliling kereta seperti:

Bawah logo bahagian hadapan kereta
Di kedua-dua belah cermin sisi kereta
Bawah logo bahagian belakang kereta

Dengan ciri ini, pemandu Alza 2022 boleh mengakses kamera pelbagai sudut seperti bahagian hadapan, keliling (Bird View), sisi dan belakang pada paparan sistem infotainmen bersaiz 9-incinya.

Kelebihan:

Beri penglihatan yang jelas terhadap objek disekeliling kereta seperti kenderaan, tembok atau pokok bagi mengelakkan sebarang pelanggaran
Kotak parkir dapat dilihat membuatkan proses parkir menjadi lebih mudah

Corong Penyaman Udara Di Belakang

Sebagai sebuah MPV 7 tempat duduk, Alza ternyata tidak mengecewakan setelah memperkenalkan corong penyaman udara untuk barisan tempat duduk belakang buat pertama kalinya. Corong di belakang juga hadir dengan butang kawalan kekuatan angin.

Kehadiran corong penyaman udara di belakang ini sedikit sebanyak membantu memberikan pengudaraan penyejukan yang lebih baik di samping memberi lebih keselesaan bagi penumpang di barisan kedua dan ketiga kereta.

Pelbagai Mod Pemanduan

Perodua turut memperkenalkan 3 pilihan mod pemanduan pada Alza 2022 ini seperti:

Normal
ECO
Power

Mod pemanduan itu boleh dipilih dengan menekan butang Drive pada stereng Alza 2022. Butang tersebut diletakkan di posisi yang sama dengan butang PWR seperti yang terdapat pada Ativa dan Myvi, bezanya butang itu kini dilabel sebagai Drive.

Cara pilih mod pemanduan:

Normal: default
Power: Tekan butang Drive sekali sahaja untuk aktifkan dan matikan mod Power
ECO: tekan dan hold butang Drive untuk aktifkan dan matikan mod ECO

Kehadiran mod pemanduan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu pemandu untuk memilih mod pemanduan berdasarkan situasi tertentu seperti ingin memotong mahupun ingin menjimatkan minyak.

Brek Cakera Belakang

Varian tertinggi Alza 2022, AV menampilkan brek cakera belakang buat pertama kalinya bagi menggantikan brek drum. Penggunaan brek ini juga dikatakan memerlukan tenaga dan usaha yang kurang untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan selain lebih cepat sejuk.

Selain itu, Perodua turut mendakwa penggunaan brek ini juga memudahkan juruteknik mereka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Auto Brake Hold

Antara sistem yang amat membantu bagi kereta automatik, iaitu Auto Brake Hold kini boleh didapati pada varian tertinggi Perodua Alza 2022. Ciri ini membuatkan kereta kekal berhenti meskipun pemandu tidak menekal pedal brek. Ciri ini boleh diaktifkan dengan menekan butang Auto Hold di konsol tengah kabin.

Ciri ini amatlah meringankan beban pemandu terutama ketika trafik sesak atau ketika berhenti di lampu isyarat. Brek akan dilepaskan sekiranya pedal minyak ditekan manakala brek akan dikenakan semula secara automatik jika kereta berhenti sepenuhnya selagi butang itu dihidupkan.

Perehat Lengan Di Barisan Kedua Tempat Duduk

Perodua Alza juga telah memperkenalkan penambahan perehat lengan pada barisan kedua tempat duduk penumpangnya. Ciri ini memberikan lebih keselesaan kepada penumpang belakang terutama ketika perjalanan jauh.

Apple Carplay dan Android Auto

Varian H dan AV Perodua Alza 2022 merupakan kenderaan pertama Perodua yang hadir dengan ciri sambungan pintar Apple CarPlay dan Android Auto. Walau bagaimanapun, sambungan itu perlu dibuat melalui wayar dan bukanlah wireless.

Lampu Signal Jenis ‘Sequential’

Dari sudut estetik, Perodua Alza tampil lebih menyerlah dengan lampu signal jenis sequential yang dipancarkan di bahagian hadapan kereta. Walau bagaimanapun, lampu signal di cermin sisi dan dibelakang berfungsi seperti biasa sahaja tanpa sebarang efek menarik.

Kesimpulan

Perodua telah meningkatkan mutu pengeluaran keretanya setelah memperkenalkan beberapa ciri dan teknologi baharu pada Perodua Alza 2022 nanti. Menariknya, ciri dan teknologi baharu yang ditawarkan ini masih lagi berada pada paras harga mampu milik iaitu di sekitar RM62,000 sehingga RM75,000 sahaja. Adakah anda berpuas hati dengan ciri-ciri baharu yang ditawarkan pada Alza 2022?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language