June 25, 2022
Dana yang dimiliki kerajaan ketika ini masih mencukupi untuk meneruskan subsidi bahan api kepada rakyat Malaysia meskipun harga minyak mentah dunia sedang meningkat. Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengesahkan bahawa wang yang ada ketika ini cukup untuk terus menyokong rakyat dari segi melindungi mata pencarian mereka, terutama golongan rentan. Tambah Zafrul, sasaran inflasi kerajaan tahun ini masih lagi dalam jajaran yang dinyatakan seperti sebelum ini, iaitu 2.3% dan 3.3%. Subsidi Bersasar Mungkin Dilaksanakan Menurut Zafrul, kerajaan akan terus memantau harga minyak dunia untuk melihat pelan jangka panjang, termasuk pelaksanaan subsidi minyak bersasar. “Amaun subsidi untuk tahun ini dijangka mencecah RM70 bilion, bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion. Kita membuat unjuran berasaskan kepada harga minyak Brent bulan Mei, dan subsidi bahan api telah mencecah RM5 bilion sebulan,” katanya. Buat masa ini, Zafrul mengesahkan bahawa kerajaan akan meneruskan subsidi sedia ada memandangkan kerajaan masih mampu untuk membantu rakyat. *Kredit foto: NST Dividen Tambahan Petronas Tidak Diperlukan Menteri Kewangan itu turut berkata buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk meminta dividen tambahan daripada Petronas untuk menanggung subsidi minyak yang sedang diberikan. "Kita akan melihat semua pilihan. Daripada hasil kerajaan, ia semakin meningkat kerana hasil kita juga bergantung kepada harga komoditi,” jelasnya. Meskipun syarikat seperti Petronas mengumumkan kedudukan kewangan mereka yang kukuh, namun kerajaan masih belum berbincang untuk meminta lebih banyak dividen daripada Petronas. "Hasil kerajaan juga meningkat walaupun kenaikannya tidak setinggi peningkatan subsidi. Kita akan terus memantau kerana ia bukan hanya fenomena di Malaysia sahaja tetapi juga di seluruh dunia," katanya.

Dana yang dimiliki kerajaan ketika ini masih mencukupi untuk meneruskan subsidi bahan api kepada rakyat Malaysia meskipun harga minyak mentah dunia sedang meningkat.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengesahkan bahawa wang yang ada ketika ini cukup untuk terus menyokong rakyat dari segi melindungi mata pencarian mereka, terutama golongan rentan.

Tambah Zafrul, sasaran inflasi kerajaan tahun ini masih lagi dalam jajaran yang dinyatakan seperti sebelum ini, iaitu 2.3% dan 3.3%.

Subsidi Bersasar Mungkin Dilaksanakan

Menurut Zafrul, kerajaan akan terus memantau harga minyak dunia untuk melihat pelan jangka panjang, termasuk pelaksanaan subsidi minyak bersasar.

“Amaun subsidi untuk tahun ini dijangka mencecah RM70 bilion, bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion. Kita membuat unjuran berasaskan kepada harga minyak Brent bulan Mei, dan subsidi bahan api telah mencecah RM5 bilion sebulan,” katanya.

Buat masa ini, Zafrul mengesahkan bahawa kerajaan akan meneruskan subsidi sedia ada memandangkan kerajaan masih mampu untuk membantu rakyat.

*Kredit foto: NST

Dividen Tambahan Petronas Tidak Diperlukan

Menteri Kewangan itu turut berkata buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk meminta dividen tambahan daripada Petronas untuk menanggung subsidi minyak yang sedang diberikan.

“Kita akan melihat semua pilihan. Daripada hasil kerajaan, ia semakin meningkat kerana hasil kita juga bergantung kepada harga komoditi,” jelasnya.

Meskipun syarikat seperti Petronas mengumumkan kedudukan kewangan mereka yang kukuh, namun kerajaan masih belum berbincang untuk meminta lebih banyak dividen daripada Petronas.

“Hasil kerajaan juga meningkat walaupun kenaikannya tidak setinggi peningkatan subsidi. Kita akan terus memantau kerana ia bukan hanya fenomena di Malaysia sahaja tetapi juga di seluruh dunia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language