Categories
Auto news

DBKL Naik Taraf Laluan Pejalan Kaki– Guna Bollard Mesra OKU

Laluan pejalan kaki yang diletakkan penghadang atau rubber bollard di sekitar Kuala Lumpur akan dinaik taraf secara berperingkat bagi memudahkan orang kelainan upaya (OKU) menggunakan kemudahan tersebut.

Itu adalah langkah yang akan diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai maklum balas terhadap penularan sebuah video mengenai kesukaran orang awam ketika melalui laluan pejalan kaki yang penuh dengan penghadang sehingga menyusahkan pergerakan.

Tujuan Utama Pasang Bollard

Berdasarkan kenyataan di Facebook DBKL, tujuan utama pemasangan penghadang batu berkenaan adalah untuk menghalang motosikal dan penjaja menggunakan laluan siar kaki tersebut.

Rubber Bollard itu dipasang secara berselang-seli atau zig-zag dengan jarak tertentu supaya kenderaan tidak boleh melalui laluan siar kaki.

Menerusi dakwaan netizen bahawa penghadang itu menyusahkan pergerakan mereka yang berkerusi roda mahupun membawa kereta sorong bayi, DBKL menyatakan golongan itu sebenarnya boleh melalui akses tersebut.

Menurut DBKL, video yang tular tersebut dirakam pada sudut hadapan dan mereka yang berkerusi roda atau menolak kereta sorong bayi boleh melepasi halangan itu dari sudut tepi.

Naik Taraf Laluan Pejalan Kaki Secara Berperingkat

Sementara itu, DBKL berkata bollard dipasang secara zig-zag yang tular tempoh hari merupakan produk lama.

Tambah DBKL, kerja-kerja menaik taraf penghadang baharu telah dimulakan sejak bulan lalu.

DBKL telah memulakan pemasangan penghadang baharu yang lebih mesra OKU/kereta sorong bayi di sekitar bangunan DBKL dan ia akan diperluas ke kawasan lain di sekitar ibu kota.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language