September 25, 2022
Masihkah anda ingat dengan projek pembangunan bandar sukan permotoran terulung Asia di Iskandar Malaysia yang digelar Fastrack City di sekitar tahun 2016 lalu? Khabarnya, sehingga kini, litar tersebut masih lagi ‘halimunan’. Tahun ni, ada pelbagai berita tentang pembinaan litar telah didengari. Antaranya adalah: Litar 'Nürburgring Timur' Di Langkawi Litar Uji Sistem Keselamatan Kenderaan (MT3) Litar Drag Bakal Dibangunkan Di Setiap Negeri Pengumuman pembinaan litar bertaraf antarabangsa bernilai RM3.5 bilion ini memang menggembirakan, terutamanya bagi penduduk setempat. Tapi bagaimana pula dengan pelaksanaan dan pembinaan projek itu? Litar Lumba Antarabangsa Di Fastrack City Kalau diikutkan, litar ini sepatutnya wujud di pintu masuk Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri (10 minit dari Link Kedua Tuas). Ia dibangunkan dengan kerjasama FASTrack Iskandar Sdn Bhd (FASTrack Iskandar) melalui FASTrack Autosports (Iskandar) Pte Ltd dan usaha sama UEM Land Berhad melalui anak syarikatnya, UEM Sunrise. Mengikut perjanjian yang sepatutnya, Fastrack City sepatutnya memiliki litar sepanjang 4.45 km dan menepati kelayakan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Gred 1 serta Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Gred A Litar Antarabangsa setelah menerima sentuhan pereka litar terkenal dunia, Herman Tilke. Menurut Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, pembinaan Fastrack City bakal melengkapkan reputasi negara ini sudah terkenal menerusi Litar Antarabangsa Sepang selain penganjuran Formula 1 serta MotoGP. Pembinaan litar ini juga menjanjikan 1,200 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi pembangunan Fastrack City selain menarik kemasukan hampir 350,000 pelancong ke negara ini setiap tahun. Fastrack City juga menyediakan kemudahan tempat letak kereta bercirikan sistem keselamatan auto-vault dan galeri merangkumi pameran automotif, gerai makanan dan peruncitan. Apa Sudah Jadi? Sayang seribu kali sayang apabila projek gah yang dijangka siap pada tahun 2019 ini masih lagi belum disiapkan sehingga hari ini. Di Facebook, satu perkongsian oleh akaun Saya Orang Johor yang dibuat pada tahun 2016 berkenaan litar ini kembali tular setelah orang ramai menuntut untuk melihat sendiri litar itu. Menurut sebahagian netizen, mereka mahukan penjelasan kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri berkenaan projek ini. Jika nak kata projek terbengkalai disebabkan PKP, negara kita dilanda COVID-19 pada tahun 2020 dan projek ini dijangka siap setahun sebelumnya. Malah ada juga penggemar sukan automotif di Johor berang kerana tiada lagi litar untuk mereka berlumba kereta setelah litar Pasir Gudang ditutup. Litar Fastrack yang dicanang suatu ketika dahulu untuk menggantikan Litar Pasir Gudang pula hanyalah dusta belaka, yang tinggal cuma litar motosikal Cup Prix yang terletak di Tangkak. Jadi dimanakah kebenaran sebenar mengenai projek ini? Adakah ia hanyalah manifesto parti politik sahaja? Sehingga kini, status projek ini masih lagi misteri. Sama ada projek ini telah diberhentikan atau tidak, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pada 2017, SCM Southern Corridor Malaysia ada memuat naik sebuah video menunjukkan kemajuan tapak projek itu. Daripada video itu, anda boleh andaikan bahawa ia sudah berjalan dalam jangkaan 5-10 peratus. Itu adalah satu-satunya video kemajuan projek ini yang dikongsi kepada umum sehingga kini.  *Kredit video: SCM Southern Corridor Malaysia Mungkin litar lumba di Fastrack City itu sudah siap dibina, cuma tidak boleh dilihat oleh mata kasar sahaja. Apa-apa pun, diharapkan litar-litar lain yang dikhabarkan akan dibina pada tahun ini tidak akan mengikut jejak langkah litar halimunan bertaraf antarabangsa di Johor ini.

Masihkah anda ingat dengan projek pembangunan bandar sukan permotoran terulung Asia di Iskandar Malaysia yang digelar Fastrack City di sekitar tahun 2016 lalu? Khabarnya, sehingga kini, litar tersebut masih lagi ‘halimunan’.

Tahun ni, ada pelbagai berita tentang pembinaan litar telah didengari. Antaranya adalah:

Litar ‘Nürburgring Timur’ Di Langkawi
Litar Uji Sistem Keselamatan Kenderaan (MT3)
Litar Drag Bakal Dibangunkan Di Setiap Negeri

Pengumuman pembinaan litar bertaraf antarabangsa bernilai RM3.5 bilion ini memang menggembirakan, terutamanya bagi penduduk setempat. Tapi bagaimana pula dengan pelaksanaan dan pembinaan projek itu?

Litar Lumba Antarabangsa Di Fastrack City

Kalau diikutkan, litar ini sepatutnya wujud di pintu masuk Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri (10 minit dari Link Kedua Tuas). Ia dibangunkan dengan kerjasama FASTrack Iskandar Sdn Bhd (FASTrack Iskandar) melalui FASTrack Autosports (Iskandar) Pte Ltd dan usaha sama UEM Land Berhad melalui anak syarikatnya, UEM Sunrise.

Mengikut perjanjian yang sepatutnya, Fastrack City sepatutnya memiliki litar sepanjang 4.45 km dan menepati kelayakan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Gred 1 serta Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Gred A Litar Antarabangsa setelah menerima sentuhan pereka litar terkenal dunia, Herman Tilke.

Menurut Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, pembinaan Fastrack City bakal melengkapkan reputasi negara ini sudah terkenal menerusi Litar Antarabangsa Sepang selain penganjuran Formula 1 serta MotoGP.

Pembinaan litar ini juga menjanjikan 1,200 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi pembangunan Fastrack City selain menarik kemasukan hampir 350,000 pelancong ke negara ini setiap tahun. Fastrack City juga menyediakan kemudahan tempat letak kereta bercirikan sistem keselamatan auto-vault dan galeri merangkumi pameran automotif, gerai makanan dan peruncitan.

Apa Sudah Jadi?

Sayang seribu kali sayang apabila projek gah yang dijangka siap pada tahun 2019 ini masih lagi belum disiapkan sehingga hari ini. Di Facebook, satu perkongsian oleh akaun Saya Orang Johor yang dibuat pada tahun 2016 berkenaan litar ini kembali tular setelah orang ramai menuntut untuk melihat sendiri litar itu.

Menurut sebahagian netizen, mereka mahukan penjelasan kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri berkenaan projek ini. Jika nak kata projek terbengkalai disebabkan PKP, negara kita dilanda COVID-19 pada tahun 2020 dan projek ini dijangka siap setahun sebelumnya.

Malah ada juga penggemar sukan automotif di Johor berang kerana tiada lagi litar untuk mereka berlumba kereta setelah litar Pasir Gudang ditutup. Litar Fastrack yang dicanang suatu ketika dahulu untuk menggantikan Litar Pasir Gudang pula hanyalah dusta belaka, yang tinggal cuma litar motosikal Cup Prix yang terletak di Tangkak.

Jadi dimanakah kebenaran sebenar mengenai projek ini? Adakah ia hanyalah manifesto parti politik sahaja? Sehingga kini, status projek ini masih lagi misteri. Sama ada projek ini telah diberhentikan atau tidak, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Pada 2017, SCM Southern Corridor Malaysia ada memuat naik sebuah video menunjukkan kemajuan tapak projek itu. Daripada video itu, anda boleh andaikan bahawa ia sudah berjalan dalam jangkaan 5-10 peratus. Itu adalah satu-satunya video kemajuan projek ini yang dikongsi kepada umum sehingga kini. 

*Kredit video: SCM Southern Corridor Malaysia

Mungkin litar lumba di Fastrack City itu sudah siap dibina, cuma tidak boleh dilihat oleh mata kasar sahaja. Apa-apa pun, diharapkan litar-litar lain yang dikhabarkan akan dibina pada tahun ini tidak akan mengikut jejak langkah litar halimunan bertaraf antarabangsa di Johor ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language