Categories
Auto news

Diskaun Saman Trafik 50% oleh PDRM sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

PDRM tawarkan diskaun saman sehingga 50% di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8-10 Disember 2023. Bayar kompaun saman dari 9 pagi-4 petang (Jumaat) dan 9 pagi-6 petang (Sabtu-Ahad).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun saman polis sehingga 50% sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani pada Jumaat hingga Ahad (8-10 Disember 2023) ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pembayaran kompaun saman boleh dilakukan dari 9 pagi hingga 4 petang pada hari Jumaat dan dari 9 pagi hingga 6 petang untuk Sabtu dan Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata diskaun saman tidak melibatkan kesalahan pada 2023 seperti kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun.

Orang ramai yang ingin menikmati saman discount dari MyBayar boleh menyemak saman yang dikenakan terlebih dahulu melalui Portal atau aplikasi MyBayar PDRM. atau MyEG sebelum ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pembayaran bagi mengelakkan kesesakan trafik dan melancarkan proses pembayaran saman. 

Cara Semak Saman Melalui MyBayar Untuk Kelayakan MyBayar Saman Diskaun

1. Layari laman web MyBayar https://mybayar.rmp.gov.my/en 
2. Klik butang ‘Daftar’
3. Isi maklumat peribadi yang betul
4. Isikan kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit
5. Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
6. Semak butiran saman yang dipaparkan

Cara Semak Saman Melalui MyEG Untuk Kelayakan MyEG Saman Diskaun

1. Layari laman web MyEG https://www.myeg.com.my/
2. Klik ‘Daftar Akaun’
3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih semak saman PDRM
4. Masukkan butiran yang diperlukan 
5. Semak butiran saman yang dipaparkan

Tawaran ini adalah hanya untuk pembayaran diskaun saman di Stadium Nasional Bukit Jalil sahaja. Orang ramai dinasihatkan untuk memakai topeng mula akibat kenaikan kes Covid-19.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI 

Dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk mempromosikan initiatif baharu dan membina keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language