Categories
Auto news

EV Innovarion Bangunkan Axia EV Pertama Di Malaysia

Perodua Axia memang kereta biasa di Malaysia, tetapi kalau Axia Elektrik (EV), itu memang luar biasa!

EV Innovation telah menukar sebuah Perodua Axia biasa yang menggunakan petrol menjadi sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya. Syarikat tersebut merupakan syarikat yang sama membangunkan MyKar EV yang dibina tempatan berasaskan Honda Jazz pada tahun 2020 lalu.

Axia Elektrik Pertama Di Malaysia

Ini bukanlah Axia EV yang diasaskan daripada Daihatsu Ayla EV seperti yang dipertontonkan di Indonesia pada tahun ini. Ini adalah Perodua Axia sedia ada yang dibuang enjinnya dan ditukar menjadi kenderaan elektrik.

Berbeza dengan MyKar yang dibangunkan daripada pelantar Honda Jazz, projek Axia ini didakwa lebih mudah kerana hanya perlu convert sahaja tanpa perlu membangunkan kereta daripada kosong. Jadi apa yang menarik pada Axia EV ini?

Exterior

Rupa luarannya semestinya sama seperti Axia biasa, beza pada tangki minyaknya. Jika penutup tangki dibuka, anda akan menjumpa ruang kabel pengecas Type 2 yang bersesuaian dengan pengecas yang ada dii Malaysia bagi menggantikan lubang tangki minyak. Kuasa tersebut bakal disalurkan pada onboard charger berkapasiti 6 kW yang diletakkan di bahagian tayar simpanan Axia itu.

Manakala di bahagian tayar belakangnya teletak dua motor elektrik yang berkuasa 12 kW setiap satunya (24 kWh keseluruhan). Bahagian brek belakang Axia ini tidak lagi kelihatan setelah motor elektrik ini diletakkan di bahagian itu.

Interior

Sekali pandang, sama sahaja rupa dalamannya. Namun Axia ini menerima beberapa perubahan seperti:

Intelligent AH Meter – menunjukkan kadar kuasa elektrik kereta
Pemadam api – sebab kereta prototaip
Paparan skrin sentuh informasi kereta
Tombol gear versi knob

Paparan informasi kereta itu dibangunkan sendiri oleh EV Innovation di mana ia memaparkan informasi seperti:

RPM kedua-dua motor
Kapasiti Bateri
Suhu motor dan ECU
Penggunaan kuasa
TPS – Throttle Position Sensor

Prestasi

Tiada lagi enjin ICE di bawah bonet Axia ini setelah digantikan dengan komponen elektrikal membuatkan lebih banyak ruang kosong di bahagian tersebut. Di bawah bonetnya terletak:

Suis penyelenggaraan/ Kill Switch
Relay
Voltage Controller
Kompresor penyaman udara elektrik
Sistem kawalan bateri
Bateri 23 kWh

Menurut syarikat terbabit, Axia ini memerlukan kira-kira 4 jam untuk dicas penuh dan mampu bergerak sejauh 220 km. Dari 0-100 km/j pula, Axia ini memerlukan 11 saat menurut syarikat terbabit.

Ketika ini, dikhabarkan EV Innovation sedang membangunkan conversion kit bagi sesiapa yang mahu menukar Axia mereka menjadi Axia Elektrik. Bagi kaki kaki modi sekalian, bersediakah anda untuk menghadapi era convert kereta menjadi kereta elektrik?

*Kredit foto dan video: Hasbullah Syarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language