Categories
Auto news

F1 Ferrari Muncul Di Lebuh Raya – Topi Keledar Jadi Penyelamat

Tahukah anda memandu kereta Formula 1 di jalan raya awam adalah dilarang dan hanya dibenarkan di litar lumba dan litar tertutup?

Walau bagaimanapun, seorang pemandu dikesan menjalani kehidupannya seakan-akan watak utama dalam permainan video Grand Theft Auto (GTA) apabila memandu kereta F1 Ferrari di sebuah lebuh raya di Republik Czech.

Kereta F1 Ferrari Misteri Beri Kejutan

Kemunculan kereta seakan-akan F1 dengan corak Ferrari itu telah mengejutkan pengguna lain di Lebuh Raya D4, barat daya Prague pada 14 Ogos lalu.

Sekali pandang, kereta Ferrari itu mempunyai corak Ferrari lama, nombor 7 pada sayap belakang dan logo penaja Formula 1 seperti Marlboro, Acer dan Vodafone.

*Kredit video: Gas Guzzlerz

Menurut laporan media luar, kereta itu nampaknya merupakan jentera penghormatan (tribute) kepada Ferrari F2004, yang digunakan oleh bekas juara dunia F1 sebanyak 7 kali, Michael Schumacher semasa musim Formula 1 2004.

Nombor 7 yang dikesan pada jentera ini mungkin penghormatan kepada tujuh gelaran dunia Schumacher – yang terbaru dicapai pada 2004 menggunakan F2004. Tiada pemandu Ferrari Formula 1 yang menggunakan nombor 7 dari tahun 1990 hingga 2009.

Keterujaan orang ramai melihat kelibat kereta itu membuatkan aksi pemandu tersebut dirakam dan dikongsikan di media sosial.

Bukan Kemunculan Kali Pertama

Menariknya, ini bukan kali pertama kereta tersebut membuat kemunculan. Kereta F1 yang sama pernah muncul di lebuh raya D4 buat kali pertama pada September 2019. Ia telah menjadi satu kesalahan undang-undang kerana kenderaan ini tidak dibenarkan dipandu di lebuh raya di Republik Czech.

Laporan media luar turut menyatakan bahawa polis dapat mengesan suspek tetapi disebabkan suspek memakai topi keledar ketika memandu, identitinya tidak kelihatan dengan betul dan tidak dapat disahkan.

Oleh sebab itu, pertuduhan terbabit tidak dapat diteruskan dan pemandu itu menafikan tuduhan tersebut selain berjaya membebaskan dirinya daripada hukuman denda $10k CZK (kira-kira RM1,850) serta diharamkan memandu selama satu tahun.

*Kredit video: Enzo’s Classic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language