Categories
Auto news

Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya Mula Beroperasi 16 Jun 2022

Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dilaporkan akan mula beroperasi pada jam 3 petang, 16 Jun ini, bagi memberikan ketersambungan dan akses lebih baik untuk orang ramai.

Pembukaan Fasa 1 Laluan Putrajaya ini akan memberikan penumpang pengalaman pertukaran tren yang lancar dan lebih pantas ke MRT laluan Kajang ekoran platform yang terletak aras sama di stesen Kwasa Damansara.

Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya

Fasa 1 dengan 12 stesen pertama dari Kwasa Damansara ini, melibatkan jajaran sepanjang 17.5 km. Di mana tempoh waktu perjalanan tren dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu dianggarkan dalam 24 minit.

Tambah pihak MRT, MRT Laluan Putrajaya akan membawa orang ramai lebih dekat kepada alam semula jadi dengan menawarkan sambungan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Taman Metropolitan Kepong.

Berdasarkan laporan FMT, MRT Corporation berkata 12 stesen akan dibuka dalam Fasa 1 seperti:

Kwasa Damansara
Kampung Selamat
Sungai Buloh
Damansara Damai
Sri Damansara Barat
Sri Damansara Sentral
Sri Damansara Timur
Metro Prima, Kepong Baru
Jinjang
Sri Delima
Kampung Batu

Bas pengantara dan bas GoKL akan disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Pada mulanya, laluan itu dijadualkan mula beroperasi pada Ogos 2021, tetapi ditangguhkan ke pertengahan November lalu dan menghadapi kelewatan sekali lagi.

Sementara itu, Fasa 2 dari Kampung Batu ke Putrajaya dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2023 jika mengikut perancangan awal.

Ia bakal melibatkan 24 stesen dari 36 stesen keseluruhannya dengan jajaran sepanjang 57.7 km. Daripada jajajaran tersebut, 38.7 km merupakan laluan bertingkat manakala 13.5 km merupakan laluan bawah tanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language