December 5, 2022
Satu projek mega bernilai RM10 juta untuk membina fasiliti industri bersepadu kereta lumba dan akademi automotif telah diumumkan akan dibina! Perkara ini telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker ketika merasmikan pusat perincian bernama OPM & PrimeX Signature. Pembinaan Fasiliti Industri Bersepadu Kereta Lumba Kerjasama antara pusat perincian tersebut bersama TOC Automotive College menyaksikan fasiliti seluas 43,000 kaki persegi di Malaysia bakal dibina menjelang 2025. Khabarnya, fasiliti itu bakal menjadi mercu tanda di Malaysia kerana akan dilengkapi dengan: Bilik pameran Pusat pemulihan kereta dan perincian kereta Pusat jual beli aksesori dan banyak lagi Menurut pengasas Optimal Premium Motors, Simpson Tan, OPM & PrimeX Signature bersama TOC akan melabur banyak RM 10 juta untuk membangunkan fasiliti baru ini sebagai platform pendidikan automotif kepada belia dan mencipta lebih 600 peluang pekerjaan. Ini termasuk latihan teknikal yang menyeluruh, lengkap dengan maklumat industri terkini sebagai pemangkin populasi pekerja mahir di Malaysia. Sementara itu Pengarah PrimeX Signature, Chris Lee percaya usahasama ini pasti mencipta permintaan yang tinggi terhadap fasiliti kereta bersepadu lumba di seluruh rantau ini dan membawa industri automotif Malaysia ke peringkat yang seterusnya. Akademi Automotif Bakal Dibangun Sebuah akademi automotif bernama Auto Detailing Academy (ADA) turut dibangunkan kepada mereka yang ingin menjadikan bidang automotif sebagai kerjaya. Pelbagai kursus ditawarkan seperti: Teknologi automotif Kejuruteraan Pemulihan kereta Perincian kereta Lain-lain yang berkaitan Timbalan KBS menyebut bahawa Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dalam permintaan industri automotif di Asia Tenggara. Dengan pelancaran fasiiti ini, beliau percaya ia bakal membuka peluang kerjaya dan latihan kemahiran kepada para belia dengan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa yang akan datang. OPM dan PrimeX turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Kelab Harmoni Malaysia sebagai usaha untuk mempromosikan perpaduan dan menyemai pendidikan kepada para belia di Malaysia. *Gambaran litar lumba Fastrack City di Johor Ada Litar Lumba Atau Tidak? Mungkin bagi sesetengah pihak, apa guna jadi fasiliti kereta lumba kalau tiada port lumba betul disediakan betul tak? Walau bagaimanapun, tiada sebarang info sama ada pembinaan fasiliti industri bersepadu kereta lumba ini akan melibatkan pembinaan litar lumba atau tidak. Berdasarkan bajet, RM10 juta itu tidaklah sebesar projek pembinaan Litar 'Nürburgring Timur' bernilai RM1.3 Bilion yang bakal dibangunkan di Langkawi yang bakal siap dalam tempoh lima tahun lagi. Namun mungkin ada hikmahnya jika tidak membina litar lumba kerana tidak mungkin berisiko menjadi satu lagi projek mega tidak tertunai seperti projek ‘halimunan’ Litar Lumba Fastrack City di Johor pada suatu ketika dahulu. Apa-apapun, kita tunggu dan lihat!  

Satu projek mega bernilai RM10 juta untuk membina fasiliti industri bersepadu kereta lumba dan akademi automotif telah diumumkan akan dibina!

Perkara ini telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker ketika merasmikan pusat perincian bernama OPM & PrimeX Signature.

Pembinaan Fasiliti Industri Bersepadu Kereta Lumba

Kerjasama antara pusat perincian tersebut bersama TOC Automotive College menyaksikan fasiliti seluas 43,000 kaki persegi di Malaysia bakal dibina menjelang 2025.

Khabarnya, fasiliti itu bakal menjadi mercu tanda di Malaysia kerana akan dilengkapi dengan:

Bilik pameran
Pusat pemulihan kereta dan perincian kereta
Pusat jual beli aksesori
dan banyak lagi

Menurut pengasas Optimal Premium Motors, Simpson Tan, OPM & PrimeX Signature bersama TOC akan melabur banyak RM 10 juta untuk membangunkan fasiliti baru ini sebagai platform pendidikan automotif kepada belia dan mencipta lebih 600 peluang pekerjaan.

Ini termasuk latihan teknikal yang menyeluruh, lengkap dengan maklumat industri terkini sebagai pemangkin populasi pekerja mahir di Malaysia.

Sementara itu Pengarah PrimeX Signature, Chris Lee percaya usahasama ini pasti mencipta permintaan yang tinggi terhadap fasiliti kereta bersepadu lumba di seluruh rantau ini dan membawa industri automotif Malaysia ke peringkat yang seterusnya.

Akademi Automotif Bakal Dibangun

Sebuah akademi automotif bernama Auto Detailing Academy (ADA) turut dibangunkan kepada mereka yang ingin menjadikan bidang automotif sebagai kerjaya.

Pelbagai kursus ditawarkan seperti:

Teknologi automotif
Kejuruteraan
Pemulihan kereta
Perincian kereta
Lain-lain yang berkaitan

Timbalan KBS menyebut bahawa Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dalam permintaan industri automotif di Asia Tenggara.

Dengan pelancaran fasiiti ini, beliau percaya ia bakal membuka peluang kerjaya dan latihan kemahiran kepada para belia dengan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa yang akan datang.

OPM dan PrimeX turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Kelab Harmoni Malaysia sebagai usaha untuk mempromosikan perpaduan dan menyemai pendidikan kepada para belia di Malaysia.

*Gambaran litar lumba Fastrack City di Johor

Ada Litar Lumba Atau Tidak?

Mungkin bagi sesetengah pihak, apa guna jadi fasiliti kereta lumba kalau tiada port lumba betul disediakan betul tak?

Walau bagaimanapun, tiada sebarang info sama ada pembinaan fasiliti industri bersepadu kereta lumba ini akan melibatkan pembinaan litar lumba atau tidak.

Berdasarkan bajet, RM10 juta itu tidaklah sebesar projek pembinaan Litar ‘Nürburgring Timur’ bernilai RM1.3 Bilion yang bakal dibangunkan di Langkawi yang bakal siap dalam tempoh lima tahun lagi.

Namun mungkin ada hikmahnya jika tidak membina litar lumba kerana tidak mungkin berisiko menjadi satu lagi projek mega tidak tertunai seperti projek ‘halimunan’ Litar Lumba Fastrack City di Johor pada suatu ketika dahulu.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language