September 26, 2022
Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menyaksikan perkhidmatan feri menyeberangi Sungai Kelantan yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan empat buah kampung sesak dengan kepulangan anak perantau. Perkhidmatan feri menyeberangi Sungai Kelantan itu menghubungkan bandar Kuala Krai dengan empat buah kampung iaitu: Kampung Pasir Kelang Baru Pasir Kelang Lama Buyung Kampung Ladang Taku Kenapa Kena Naik Feri? Feri di Pengkalan feri Pasir Kelang menjadi nadi utama kepada sekitar 15,000 penduduk kerana ia satu-satunya pengangkutan yang menuju ke empat buah kampung yang disebutkan. Feri menjadi pilihan utama memandangkan jalan darat melalui laluan berbukit mengambil masa lebih dua jam berbanding menggunakan feri hanya antara lima hingga 10 minit. Feri milik Koperasi Kampung Pasir Kelang Berhad terpaksa bekerja keras untuk menampung permintaan pelanggan yang meningkat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022. Selepas dua tahun, jeti pangkalan feri di Kampung Pasir Kelang kembali meriah dan sibuk dengan kepulangan anak-anak perantau. Feri terbabit mampu membawa enam buah kereta, beberapa biji motosikal dan penumpang lain bagi setiap perjalanan ketika menyeberangi Sungai Kelantan. Kepulangan perantau pada minggu lalu menyebabkan deretan kenderaan hampir satu kilometer menunggu giliran sebelum dapat menaiki feri untuk menyeberangi Sungai Kelantan. Jambatan Rentas Sungai Kelantan Sedang Dibina Tidak lama lagi, orang kampung terlibat sudah boleh memandu kereta untuk pulang ke kampung tanpa menggunakan laluan darat yang mengambil masa 2 jam lebih.  Menurut laporan Bernama, projek pembinaan jambatan antara Kampung Pasir Era ke Pasir Kelang yang merentangi Sungai Kelantan sedang dalam pembinaan dan dijangka mengambil masa dua tahun enam bulan untuk disiapkan. *Kredit foto: Bernama

Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menyaksikan perkhidmatan feri menyeberangi Sungai Kelantan yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan empat buah kampung sesak dengan kepulangan anak perantau.

Perkhidmatan feri menyeberangi Sungai Kelantan itu menghubungkan bandar Kuala Krai dengan empat buah kampung iaitu:

Kampung Pasir Kelang Baru
Pasir Kelang Lama
Buyung
Kampung Ladang Taku

Kenapa Kena Naik Feri?

Feri di Pengkalan feri Pasir Kelang menjadi nadi utama kepada sekitar 15,000 penduduk kerana ia satu-satunya pengangkutan yang menuju ke empat buah kampung yang disebutkan.

Feri menjadi pilihan utama memandangkan jalan darat melalui laluan berbukit mengambil masa lebih dua jam berbanding menggunakan feri hanya antara lima hingga 10 minit.

Feri milik Koperasi Kampung Pasir Kelang Berhad terpaksa bekerja keras untuk menampung permintaan pelanggan yang meningkat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022.

Selepas dua tahun, jeti pangkalan feri di Kampung Pasir Kelang kembali meriah dan sibuk dengan kepulangan anak-anak perantau.

Feri terbabit mampu membawa enam buah kereta, beberapa biji motosikal dan penumpang lain bagi setiap perjalanan ketika menyeberangi Sungai Kelantan.

Kepulangan perantau pada minggu lalu menyebabkan deretan kenderaan hampir satu kilometer menunggu giliran sebelum dapat menaiki feri untuk menyeberangi Sungai Kelantan.

Jambatan Rentas Sungai Kelantan Sedang Dibina

Tidak lama lagi, orang kampung terlibat sudah boleh memandu kereta untuk pulang ke kampung tanpa menggunakan laluan darat yang mengambil masa 2 jam lebih. 

Menurut laporan Bernama, projek pembinaan jambatan antara Kampung Pasir Era ke Pasir Kelang yang merentangi Sungai Kelantan sedang dalam pembinaan dan dijangka mengambil masa dua tahun enam bulan untuk disiapkan.

*Kredit foto: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language