December 7, 2022
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah memperluas barisan Ranger generasi baharu dengan penambahan varian 2.0 liter XL 4x4 Single Cab. Varian baharu ini menawarkan lebih ketahanan dan boleh diharap untuk menjadi rakan kerja yang dipercayai bagi pelanggan di sini. Lebih Stabil, Lebih Kukuh dan Lebih Luas Sama seperti semua barisan Ranger generasi baharu, varian XL Single Cab menerima kelebihan jarak jejak dan jarak antara rodanya yang 50 mm lebih panjang, memberikan lebih kestabilan baik ketika di atas jalan atau off-road, berserta sudut mendekati dan pergi yang lebih baik. Apa yang lebih penting, dengan kelebihan ukuran dimensi yang terlibat itu, Ranger XL Single Cab generasi baharu menawarkan ruang kargo tunggal yang paling besar bagi sesebuah trak pikap dalam pasaran ketika ini. Dengan ukuran 2,332 mm panjang, 1,420 mm lebar dan 540 mm tinggi, ruang kargo di belakang membolehkan pelanggan untuk membawa lebih banyak barangan atau memuatkan barangan yang lebih besar dan panjang seperti plywood untuk binaan atau palet bersaiz penuh. Jarak kelegaan tanah juga lebih tinggi dengan 230 mm. Terdapat juga enam cangkuk kargo yang diletakkan pada tiub landasan logam bagi memudahkan pengguna mengikat barangan dengan selamat. Untuk kepelbagaian ketika bekerja di lokasi luar, pintu ruangan kargo berkenaan boleh juga bertindak sebagai pelantar kerja dengan pembaris dan poket cengkam untuk mengukur, memegang dan memotong bahan binaan. Lebih Praktikal, Lebih Maju Walaupun merupakan varian paling asas, Ranger XL Single Cab generasi baharu juga datang standard dengan teknologi bersepadu maju yang setara dengan barisan variannya yang lebih mahal. Ciri utama keterhubungan ini adalah skrin sentuh 10.1-inci yang pertama dalam kelasnya serta sistem hiburan dan komunikasi Ford SYNC® 4A dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar. Panel instrumen lapan-inci digital pula telah menggantikan sistem analog, membolehkan lebih banyak maklumat dipaparkan untuk pemandu. Kelengkapan lain yang ada ialah: Dua slot USB Satu soket kuasa 12-volt, Dua beg udara Sistem brek cegah kunci (ABS) dengan agihan daya brek elektronik dengan kawalan cengkaman Kawalan menuruni curam Bantuan mula mendaki Penghindaran daripada terbalik Kawalan olengan bahagian belakang Di luar, Ranger XL Single Cab generasi baharu tampil ringkas dengan: Rim 16-inci aloi Gril depan standard Bampar depan warna badan dengan bampar belakang hitam Lampu utama halogen Lampu kabus belakang cangkuk penyelamat di depan lampu nyalaan siang lampu henti LED di belakang. Prestasi Enjin Ranger XL generasi baharu dikuasakan oleh enjin Ford yang telah terbukti, unit 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan 170 PS pada 3,500 rpm dan tork puncak 405 Nm pada 1,750-2,500 rpm. Ini digandingkan bersama transmisi manual enam-kelajuan baharu yang memakan masa selama empat tahun untuk dibangunkan, menampilkan set gear baharu dengan peralihan yang lebih lancar. Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, walaupun lebih ramai pelanggan memilih Ranger untuk gaya hidup, namun perhatian tetap diberikan terhadap segmen pelanggan yang menggunakannya untuk tujuan utilitarian dan menggalas kerja berat. Dengan penambahan varian baharu ini, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli trak pikap peringkat kemasukan yang boleh dipercayai untuk menjalankan tugas dengan baik,” ujar Pilihan warna bagi Ranger XL Single Cab generasi baharu ini termasuklah Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White dan Meteor Grey. Waranti Ranger XL Single Cab generasi baharu datang dengan jaminan pengeluar selama lima-tahun atau 160,000 km, yang mana dahulu. Pelanggan boleh juga memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan sehingga tujuh-tahun untuk ketenangan fikiran. Harga Dijual pada harga RM98,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Semenanjung Malaysia), dan RM104,388 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Sabah dan Sarawak). Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.    

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah memperluas barisan Ranger generasi baharu dengan penambahan varian 2.0 liter XL 4×4 Single Cab.

Varian baharu ini menawarkan lebih ketahanan dan boleh diharap untuk menjadi rakan kerja yang dipercayai bagi pelanggan di sini.

Lebih Stabil, Lebih Kukuh dan Lebih Luas

Sama seperti semua barisan Ranger generasi baharu, varian XL Single Cab menerima kelebihan jarak jejak dan jarak antara rodanya yang 50 mm lebih panjang, memberikan lebih kestabilan baik ketika di atas jalan atau off-road, berserta sudut mendekati dan pergi yang lebih baik.

Apa yang lebih penting, dengan kelebihan ukuran dimensi yang terlibat itu, Ranger XL Single Cab generasi baharu menawarkan ruang kargo tunggal yang paling besar bagi sesebuah trak pikap dalam pasaran ketika ini.

Dengan ukuran 2,332 mm panjang, 1,420 mm lebar dan 540 mm tinggi, ruang kargo di belakang membolehkan pelanggan untuk membawa lebih banyak barangan atau memuatkan barangan yang lebih besar dan panjang seperti plywood untuk binaan atau palet bersaiz penuh. Jarak kelegaan tanah juga lebih tinggi dengan 230 mm.

Terdapat juga enam cangkuk kargo yang diletakkan pada tiub landasan logam bagi memudahkan pengguna mengikat barangan dengan selamat.

Untuk kepelbagaian ketika bekerja di lokasi luar, pintu ruangan kargo berkenaan boleh juga bertindak sebagai pelantar kerja dengan pembaris dan poket cengkam untuk mengukur, memegang dan memotong bahan binaan.

Lebih Praktikal, Lebih Maju

Walaupun merupakan varian paling asas, Ranger XL Single Cab generasi baharu juga datang standard dengan teknologi bersepadu maju yang setara dengan barisan variannya yang lebih mahal. Ciri utama keterhubungan ini adalah skrin sentuh 10.1-inci yang pertama dalam kelasnya serta sistem hiburan dan komunikasi Ford SYNC® 4A dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar.

Panel instrumen lapan-inci digital pula telah menggantikan sistem analog, membolehkan lebih banyak maklumat dipaparkan untuk pemandu.

Kelengkapan lain yang ada ialah:

Dua slot USB
Satu soket kuasa 12-volt,
Dua beg udara
Sistem brek cegah kunci (ABS) dengan agihan daya brek elektronik dengan kawalan cengkaman
Kawalan menuruni curam
Bantuan mula mendaki
Penghindaran daripada terbalik
Kawalan olengan bahagian belakang

Di luar, Ranger XL Single Cab generasi baharu tampil ringkas dengan:

Rim 16-inci aloi
Gril depan standard
Bampar depan warna badan dengan bampar belakang hitam
Lampu utama halogen
Lampu kabus belakang
cangkuk penyelamat di depan
lampu nyalaan siang
lampu henti LED di belakang.

Prestasi Enjin

Ranger XL generasi baharu dikuasakan oleh enjin Ford yang telah terbukti, unit 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan 170 PS pada 3,500 rpm dan tork puncak 405 Nm pada 1,750-2,500 rpm.

Ini digandingkan bersama transmisi manual enam-kelajuan baharu yang memakan masa selama empat tahun untuk dibangunkan, menampilkan set gear baharu dengan peralihan yang lebih lancar.

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, walaupun lebih ramai pelanggan memilih Ranger untuk gaya hidup, namun perhatian tetap diberikan terhadap segmen pelanggan yang menggunakannya untuk tujuan utilitarian dan menggalas kerja berat.

Dengan penambahan varian baharu ini, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli trak pikap peringkat kemasukan yang boleh dipercayai untuk menjalankan tugas dengan baik,” ujar

Pilihan warna bagi Ranger XL Single Cab generasi baharu ini termasuklah Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White dan Meteor Grey.

Waranti

Ranger XL Single Cab generasi baharu datang dengan jaminan pengeluar selama lima-tahun atau 160,000 km, yang mana dahulu. Pelanggan boleh juga memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan sehingga tujuh-tahun untuk ketenangan fikiran.

Harga

Dijual pada harga RM98,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Semenanjung Malaysia), dan RM104,388 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Sabah dan Sarawak).

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language