December 8, 2022
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah melancarkan model trak pikap generasi baharu Ford Ranger Raptor 2022 pada harga RM259,888. Model generasi baharu Ford Raptor ini dikeluarkan bagi mengukuhkan lagi kejayaan model terdahulu selain hadir dengan rupa yang lebih kacak serta enjin pengecas turbo berkembar EcoBoost V6 3.0 liter yang ditunggu-tunggu. Harga Ford Ranger Raptor 2022: RM259,888 (OTR Tanpa Insurans) Enjin Dan Prestasi - Enjin Petrol Yang Dinantikan Perubahan terbesar pada Raptor generasi baharu ini semestinya enjin baharu yang kini menggunakan enjin V6 3.0 liter dengan pengecas turbo berkembar yang menggantikan enjin diesel 2.0 liter Bi-Turbo yang digunakan pada Raptor sebelumnya. Enjin Petrol ini menghasilkan 397 PS pada 5,650rpm dan 583 Nm tork maksimum pada 3,500rpm dan kesemua kuasa ini dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik dengan penukaran elektronik. Untuk perbandingan, enjin petrol pada Ford Ranger Raptor 2022 menghasilkan lebihan 184 PS serta 83 Nm tork berbanding model terdahulu yang menggunakan enjin diesel yang jauh lebih kecil. Sementara itu, penggunaan bahan api enjin bagi enjin V6 ini dinilai pada 5 km/l. Penggunaan enjin V6 juga memberikan Ranger Raptor ini watak yang berbeza terutama pada bunyi ekzosnya yang tidak lagi berbunyi seperti trak pikap yang lain Sebaliknya, Ford Ranger Raptor 2022 menawarkan 4 jenis bunyi ekzos pilihan seperti: Silent Mode – Untuk mengurangkan bunyi bising ekzos ketika di kawasan perumahan Normal Mode – Bunyinya kuat sedikit, untuk kegunaan umum Sport Mode – Bunyi yang lebih kuat, memberikan pengalaman pemanduan yang sporty Baja Mode – Bunyi maksimum, seperti sistem sambungan terus yang direka untuk pemanduan off-road Sistem Suspensi Baharu - Lebih Padu Sistem suspensi kereta ini telah direka bentuk semula sepenuhnya di mana upper and lower wishbone baharu diperbuat daripada aluminium yang kuat dan ringan, sistem anti-getaran, serta pautan Watts yang dibangunkan untuk pemanduan berkelajuan tinggi di jalan yang kasar. Bahagian terpenting kereta yang berfungsi untuk menahan kesan lompatan dan kesan jalan berlubang adalah sistem suspensi FOX dengan injap Pintasan Dalaman bersaiz 2.5 inci yang membantu mengurangkan getaran. Ia adalah sistem suspensi paling canggih yang pernah digunakan dalam Ford Ranger Raptor di mana Ford telah mengisi minyak berasaskan Teflon bagi mengurangkan geseran sehingga 50 peratus berbanding Ranger Raptor sebelumnya. Walaupun suspensi ini dihasilkan oleh FOX, pasukan Ford Performance turut bertanggungjawab untuk menala dan membangunkan penyerap hentak ini dengan menggabungkan kejuruteraan bantuan komputer (Computer-Aided Engineering atau CAE) dan menguji kereta dalam situasi kehidupan sebenar. Pelarasan injap dan reka bentuk penyerap hentakan telah ditala untuk mengendalikan semua jenis serta keadaan jalan raya dengan mengikut mod pemanduan yang boleh dipilih oleh pemandu. Luaran - Rupa Lebih Agresif Reka bentuk luaran trak ini telah berubah sepenuhnya dengan menampilkan reka bentuk yang lebih agresif, terutamanya di bahagian hadapan di mana gril besar dengan tulisan FORD berwarna hitam kini terserlah dengan jelas. Sementara itu, di bahagian tepi gril hadapan trak ini menempatkan kamera dengan penyembur air. Lampu hadapan pula menggunakan lampu Matrix LED yang dilengkapi dengan sistem on-off automatik dan penyelaras tinggi-rendah lampu automatik. Lampu Matrix LED bercahaya putih terang namun tidak membutakan pemandu kereta di hadapan serta kereta yang datang. Reka bentuknya juga menarik, terutamanya apabila dikelilingi oleh lampu nyalaan siang berbentuk C. Di bahagian tepi, rim aloi 17 inci yang dibaluti tayar All Terrain BF Goodrich K02 (T285/70 R17) turut diberikan pada Raptor ini agar ia mudah dikendalikan di jalan raya dan off-road. Walaupun pintu belakang (tailgate) Raptor ini tidak boleh dibuka jika kereta dikunci, namun pintu belakang Raptor ini boleh dikawal menggunakan satu tangan sahaja. Dengan bantuan shock-assisted, aktiviti membuka dan menutup pintu tailgate menjadi lebih mudah. Di ruangan kargo belakang pula terdapat soket kuasa 12V disediakan. Di bahagian hadapan, terdapat kamera di bahagian tengah atas cermin kereta yang berfungsi seiring dengan radar yang digunakan untuk mengesan lorong jalan serta objek di hadapan. Sementara itu, kamera yang dipasangkan di bawah cermin sisi Ford Ranger Raptor ini pula berfungsi untuk memaparkan permandangan 360 darjah pada trak ini yang semestinya memberikan pandangan yang lebih jelas terhadap kawasan persekitaran. Di bawah cermin sisi pula terdapat dua kamera yang dipadankan dengan kamera di hadapan dan belakang trak. Ini menawarkan pemandangan 360 darjah trak, sekali gus memberikan pandangan persekitaran yang lebih baik. Dalaman - Seperti Varian Teratas Ranger, Namun Lebih Baik Kabin trak ini telah direka semula sepenuhnya dengan tempat duduk yang lebih sporty. Tempat duduk hadapan dan belakang Raptor ini direka berasaskan jet pejuang F22. Kemasan berwarna oren boleh didapati pada panel instrumen, hiasan pada komponen utama dalam kabin, dan pada tempat duduk. Terdapat juga stereng kulit dengan gred premium serta paddle shifter bersalut magnesium di belakangnya. Bahagian lain kelihatan sama sahaja seperti Ranger, termasuk sistem infotainmen 12.4 inci yang memaparkan pelbagai maklumat daripada sistem SYNC 4 oleh Ford. Ia juga menyokong sambungan tanpa wayar seperti Apple CarPlay dan Android Auto. Walau bagaimanapun, hanya Raptor yang menerima 10 pembesar suara Bang & Olufsen. Sorotan lain termasuk sistem penyaman udara automatik dengan kawalan dwi-zon, pengecas telefon tanpa wayar, dan juga paparan kamera belakang yang muncul secara automatik apabila anda meletakkan Raptor pada gear undur. Paparan itu juga disertakan dengan garisan yang berubah mengikut pusingan stereng. Mod Pemanduan Ford Ranger Raptor 2022 mempunyai pelbagai mod pacuan empat roda, iaitu 2H, 4A, 4H, dan 4L. Ia juga mempunyai Diff-Lock elektrik untuk kedua-dua bahagian. (hadapan dan belakang) Terdapat juga mod pemanduan untuk pelbagai keadaan jalan untuk dipilih seperti Normal Mode Sport Mode Slippery Road Mode Mud/Groove Mode Sand Mode Baja Mode  Climb Mode (hanya tersedia dalam mod 4L) Ciri Keselamatan 7 Airbags ISOFIX Adaptive Cruise Control Emergency Stop Signal Lane Departure Warning & Assist ABS EBD ESC Brake Assist AEB Forward Collision Warning Parking Sensors Brake Override System Blindspot Detection System High Beam Assist Rear Cross Traffic Alert Manual Speed Limiter Multi Collision Brake Active Park Assist 2.0 Tyre Pressure Monitoring System 360 Camera Warna Arctic White Conquer Grey Absolute Black Blue Lightning Code Orange Waranti Ford Ranger Raptor 2022 ini hadir dengan waranti selama 5 tahun atau 160,000km dengan pilihan tempoh jaminan lanjutan selama 7 tahun.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah melancarkan model trak pikap generasi baharu Ford Ranger Raptor 2022 pada harga RM259,888.

Model generasi baharu Ford Raptor ini dikeluarkan bagi mengukuhkan lagi kejayaan model terdahulu selain hadir dengan rupa yang lebih kacak serta enjin pengecas turbo berkembar EcoBoost V6 3.0 liter yang ditunggu-tunggu.

Harga

Ford Ranger Raptor 2022: RM259,888 (OTR Tanpa Insurans)

Enjin Dan Prestasi – Enjin Petrol Yang Dinantikan

Perubahan terbesar pada Raptor generasi baharu ini semestinya enjin baharu yang kini menggunakan enjin V6 3.0 liter dengan pengecas turbo berkembar yang menggantikan enjin diesel 2.0 liter Bi-Turbo yang digunakan pada Raptor sebelumnya.

Enjin Petrol ini menghasilkan 397 PS pada 5,650rpm dan 583 Nm tork maksimum pada 3,500rpm dan kesemua kuasa ini dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik dengan penukaran elektronik.

Untuk perbandingan, enjin petrol pada Ford Ranger Raptor 2022 menghasilkan lebihan 184 PS serta 83 Nm tork berbanding model terdahulu yang menggunakan enjin diesel yang jauh lebih kecil.

Sementara itu, penggunaan bahan api enjin bagi enjin V6 ini dinilai pada 5 km/l. Penggunaan enjin V6 juga memberikan Ranger Raptor ini watak yang berbeza terutama pada bunyi ekzosnya yang tidak lagi berbunyi seperti trak pikap yang lain

Sebaliknya, Ford Ranger Raptor 2022 menawarkan 4 jenis bunyi ekzos pilihan seperti:

Silent Mode – Untuk mengurangkan bunyi bising ekzos ketika di kawasan perumahan

Normal Mode – Bunyinya kuat sedikit, untuk kegunaan umum

Sport Mode – Bunyi yang lebih kuat, memberikan pengalaman pemanduan yang sporty

Baja Mode – Bunyi maksimum, seperti sistem sambungan terus yang direka untuk pemanduan off-road

Sistem Suspensi Baharu – Lebih Padu

Sistem suspensi kereta ini telah direka bentuk semula sepenuhnya di mana upper and lower wishbone baharu diperbuat daripada aluminium yang kuat dan ringan, sistem anti-getaran, serta pautan Watts yang dibangunkan untuk pemanduan berkelajuan tinggi di jalan yang kasar.

Bahagian terpenting kereta yang berfungsi untuk menahan kesan lompatan dan kesan jalan berlubang adalah sistem suspensi FOX dengan injap Pintasan Dalaman bersaiz 2.5 inci yang membantu mengurangkan getaran.

Ia adalah sistem suspensi paling canggih yang pernah digunakan dalam Ford Ranger Raptor di mana Ford telah mengisi minyak berasaskan Teflon bagi mengurangkan geseran sehingga 50 peratus berbanding Ranger Raptor sebelumnya.

Walaupun suspensi ini dihasilkan oleh FOX, pasukan Ford Performance turut bertanggungjawab untuk menala dan membangunkan penyerap hentak ini dengan menggabungkan kejuruteraan bantuan komputer (Computer-Aided Engineering atau CAE) dan menguji kereta dalam situasi kehidupan sebenar.

Pelarasan injap dan reka bentuk penyerap hentakan telah ditala untuk mengendalikan semua jenis serta keadaan jalan raya dengan mengikut mod pemanduan yang boleh dipilih oleh pemandu.

Luaran – Rupa Lebih Agresif

Reka bentuk luaran trak ini telah berubah sepenuhnya dengan menampilkan reka bentuk yang lebih agresif, terutamanya di bahagian hadapan di mana gril besar dengan tulisan FORD berwarna hitam kini terserlah dengan jelas.

Sementara itu, di bahagian tepi gril hadapan trak ini menempatkan kamera dengan penyembur air. Lampu hadapan pula menggunakan lampu Matrix LED yang dilengkapi dengan sistem on-off automatik dan penyelaras tinggi-rendah lampu automatik.

Lampu Matrix LED bercahaya putih terang namun tidak membutakan pemandu kereta di hadapan serta kereta yang datang. Reka bentuknya juga menarik, terutamanya apabila dikelilingi oleh lampu nyalaan siang berbentuk C.

Di bahagian tepi, rim aloi 17 inci yang dibaluti tayar All Terrain BF Goodrich K02 (T285/70 R17) turut diberikan pada Raptor ini agar ia mudah dikendalikan di jalan raya dan off-road.

Walaupun pintu belakang (tailgate) Raptor ini tidak boleh dibuka jika kereta dikunci, namun pintu belakang Raptor ini boleh dikawal menggunakan satu tangan sahaja. Dengan bantuan shock-assisted, aktiviti membuka dan menutup pintu tailgate menjadi lebih mudah. Di ruangan kargo belakang pula terdapat soket kuasa 12V disediakan.

Di bahagian hadapan, terdapat kamera di bahagian tengah atas cermin kereta yang berfungsi seiring dengan radar yang digunakan untuk mengesan lorong jalan serta objek di hadapan.

Sementara itu, kamera yang dipasangkan di bawah cermin sisi Ford Ranger Raptor ini pula berfungsi untuk memaparkan permandangan 360 darjah pada trak ini yang semestinya memberikan pandangan yang lebih jelas terhadap kawasan persekitaran.

Di bawah cermin sisi pula terdapat dua kamera yang dipadankan dengan kamera di hadapan dan belakang trak. Ini menawarkan pemandangan 360 darjah trak, sekali gus memberikan pandangan persekitaran yang lebih baik.

Dalaman – Seperti Varian Teratas Ranger, Namun Lebih Baik

Kabin trak ini telah direka semula sepenuhnya dengan tempat duduk yang lebih sporty. Tempat duduk hadapan dan belakang Raptor ini direka berasaskan jet pejuang F22.

Kemasan berwarna oren boleh didapati pada panel instrumen, hiasan pada komponen utama dalam kabin, dan pada tempat duduk. Terdapat juga stereng kulit dengan gred premium serta paddle shifter bersalut magnesium di belakangnya.

Bahagian lain kelihatan sama sahaja seperti Ranger, termasuk sistem infotainmen 12.4 inci yang memaparkan pelbagai maklumat daripada sistem SYNC 4 oleh Ford. Ia juga menyokong sambungan tanpa wayar seperti Apple CarPlay dan Android Auto. Walau bagaimanapun, hanya Raptor yang menerima 10 pembesar suara Bang & Olufsen.

Sorotan lain termasuk sistem penyaman udara automatik dengan kawalan dwi-zon, pengecas telefon tanpa wayar, dan juga paparan kamera belakang yang muncul secara automatik apabila anda meletakkan Raptor pada gear undur. Paparan itu juga disertakan dengan garisan yang berubah mengikut pusingan stereng.

Mod Pemanduan

Ford Ranger Raptor 2022 mempunyai pelbagai mod pacuan empat roda, iaitu 2H, 4A, 4H, dan 4L. Ia juga mempunyai Diff-Lock elektrik untuk kedua-dua bahagian. (hadapan dan belakang)

Terdapat juga mod pemanduan untuk pelbagai keadaan jalan untuk dipilih seperti

Normal Mode
Sport Mode
Slippery Road Mode
Mud/Groove Mode
Sand Mode

Baja Mode 

Climb Mode (hanya tersedia dalam mod 4L)

Ciri Keselamatan

7 Airbags
ISOFIX
Adaptive Cruise Control
Emergency Stop Signal
Lane Departure Warning & Assist
ABS
EBD
ESC
Brake Assist
AEB
Forward Collision Warning
Parking Sensors
Brake Override System
Blindspot Detection System
High Beam Assist
Rear Cross Traffic Alert
Manual Speed Limiter
Multi Collision Brake
Active Park Assist 2.0
Tyre Pressure Monitoring System
360 Camera

Warna

Arctic White

Conquer Grey

Absolute Black

Blue Lightning

Code Orange

Waranti

Ford Ranger Raptor 2022 ini hadir dengan waranti selama 5 tahun atau 160,000km dengan pilihan tempoh jaminan lanjutan selama 7 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language