September 26, 2022
Baru-baru ini, ada dua founder produk yang memuat naik video membawa masuk Lamborghini Huracán EVO ke Langkawi untuk menunjuk kepada penduduk di sana sekiranya mereka tidak pernah melihat supercar seperti itu. Tindakan itu telah menggerakkan tentera bawang Malaysia untuk menyerang ruangan komen video yang dikongsikan di TikTok salah seorang pemilik Lamborghini itu. *Kredit foto: Langkawi Supercars Langkawi Dan Supercar Berpisah Tiada Tindakan wanita berkenaan telah mengundang kecaman serta gelak tawa dari orang ramai termasuk penduduk Langkawi sendiri yang menyatakan bahawa kereta mewah bukanlah perkara yang asing dengan Langkawi. Sebagai sebuah pulau bebas cukai, Langkawi sememangnya menjadi tempat ideal bagi ramai pemilik supercar di negara ini untuk mendaftar kereta mewah mereka di sana bagi mengelakkan kadar cukai yang lebih tinggi. Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah Aston Martin DB11 di Semenanjung yang dilengkapi dengan beberapa penambahan bernilai dalam anggaran RM900,000 (tanpa cukai). Jika kereta didaftarkan di Semenanjung, kadar cukar yang dikenakan bernilai hampir satu juta ringgit. Dengan mendaftarkan kereta mewah di kawasan bebas cukai, pemilik dikecualikan daripada membayar cukai. Dalam pada itu, ada juga penduduk yang mempersoalkan sama ada ini kali pertama founder terbabit sampai di Langkawi kerana mereka sudah bosan melihat kereta itu sampai ada yang menggunakan supercar seperti itu untuk ke pasar. Dakwa Tiada Minyak Premium Di Langkawi Dalam pada itu, seorang lagi founder mempersoalkan sama ada penduduk Langkawi ada menggunakan minyak mahal seperti RON97 atau RON100 atau tidak kerana beliau gagal menjumpai minyak tersebut di setiap stesen minyak yang dikunjungi di pulau itu. Menurutnya, kereta Lamborghini miliknya hanya menggunakan ‘minyak premium’ seperti itu. Menerusi sumber The Vocket, kebanyakkan pemilik yang sudah biasa memandu kereta mewah mereka di Pulau Langkawi sudah siap-sedia mengisi tangki minyak penuh terlebih dahulu. Malah ada juga pemilik yang membawa tong minyak tambahan siap-siap dari Perlis bagi memudahkan penggunaan kereta mereka sepanjang berada di pulau tersebut. “Rata-rata kereta mewah tiada masalah untuk diisi dengan petrol RON95 atau mereka (founder) panggil ‘minyak murah’. Tetapi kalau nak tekan pedal sampai lebih 200km/j, memang jadi semput kereta itu,” menurut sumber itu lagi.

Baru-baru ini, ada dua founder produk yang memuat naik video membawa masuk Lamborghini Huracán EVO ke Langkawi untuk menunjuk kepada penduduk di sana sekiranya mereka tidak pernah melihat supercar seperti itu.

Tindakan itu telah menggerakkan tentera bawang Malaysia untuk menyerang ruangan komen video yang dikongsikan di TikTok salah seorang pemilik Lamborghini itu.

*Kredit foto: Langkawi Supercars

Langkawi Dan Supercar Berpisah Tiada

Tindakan wanita berkenaan telah mengundang kecaman serta gelak tawa dari orang ramai termasuk penduduk Langkawi sendiri yang menyatakan bahawa kereta mewah bukanlah perkara yang asing dengan Langkawi.

Sebagai sebuah pulau bebas cukai, Langkawi sememangnya menjadi tempat ideal bagi ramai pemilik supercar di negara ini untuk mendaftar kereta mewah mereka di sana bagi mengelakkan kadar cukai yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah Aston Martin DB11 di Semenanjung yang dilengkapi dengan beberapa penambahan bernilai dalam anggaran RM900,000 (tanpa cukai). Jika kereta didaftarkan di Semenanjung, kadar cukar yang dikenakan bernilai hampir satu juta ringgit. Dengan mendaftarkan kereta mewah di kawasan bebas cukai, pemilik dikecualikan daripada membayar cukai.

Dalam pada itu, ada juga penduduk yang mempersoalkan sama ada ini kali pertama founder terbabit sampai di Langkawi kerana mereka sudah bosan melihat kereta itu sampai ada yang menggunakan supercar seperti itu untuk ke pasar.

Dakwa Tiada Minyak Premium Di Langkawi

Dalam pada itu, seorang lagi founder mempersoalkan sama ada penduduk Langkawi ada menggunakan minyak mahal seperti RON97 atau RON100 atau tidak kerana beliau gagal menjumpai minyak tersebut di setiap stesen minyak yang dikunjungi di pulau itu. Menurutnya, kereta Lamborghini miliknya hanya menggunakan ‘minyak premium’ seperti itu.

Menerusi sumber The Vocket, kebanyakkan pemilik yang sudah biasa memandu kereta mewah mereka di Pulau Langkawi sudah siap-sedia mengisi tangki minyak penuh terlebih dahulu. Malah ada juga pemilik yang membawa tong minyak tambahan siap-siap dari Perlis bagi memudahkan penggunaan kereta mereka sepanjang berada di pulau tersebut.

“Rata-rata kereta mewah tiada masalah untuk diisi dengan petrol RON95 atau mereka (founder) panggil ‘minyak murah’. Tetapi kalau nak tekan pedal sampai lebih 200km/j, memang jadi semput kereta itu,” menurut sumber itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language