Categories
Auto news

GAC GS3 2023 – Naikkan standard gril kereta buatan China

Kebiasaannya, gril kereta buatan China bersifat besar dan berkilat. Namun berbeza dengan GAC Motor apabila model GS3 2023 baharu menampilkan gril yang sangat menyerlah berwarna kelabu dan hitam.

GAC GS3 2023 tampilkan gril lebih ganas

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh media automotif di China, gril hadapan bagi model baharu GS3 ini mempunyai bentuk segi tiga terbalik yang diapit oleh dua lampu utamanya.

Terdapat juga dua bentuk segi tiga pada setiap sisi bawah bampar hadapan yang sepadan dengan bentuk dengan segi tiga terbalik di bahagian atas.

Untuk perbezaan, rekaan hadapan GS3 2023 ini jauh lebih agresif dan garang berbanding model GS3 sebelumnya yang dilancarkan pada 2017. Walaupun sudah lama di pasaran, namun model 2017 itu baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada hujung tahun lalu.

Rupa baharu GS3 ini membuatkan gril padamodel lama GS3 itu kelihatan terlalu ‘pakcik-pakcik’. Rekaan gril lama dilihat jauh lebih besar, berkilat dan agak membosankan untuk dilihat.

Di bahagian belakang turut menampilkan aura yang sama seperti di hadapan yang menampilkan banyak sudut tajam seperti segi tiga di bahagian lampu, reflector, bampar serta paip ekzos kereta.

Meskipun saiz gril model 2023 lebih kecil, namun GS3 baharu ini lebih besar berbanding model generasi sebelumnya. Untuk perbandingan, rujuk perbezaan dimensi antara dua model ini di bawah:

Model
GAC GS3 2017
GAC GS3 2023

Panjang (mm)
4,358
4,410

Lebar (mm)
1,825
1,850

Tinggi (mm)
1,685
1,600

Jarak antara roda
2,560
2,650

GS3 2023 dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter empat silinder turbo yang menghasilkan output 175 hp, dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 190 km/j. GAC juga dilaporkan akan melancarkan versi PHEV bagi model ini nanti.

Media China turut berkongsi beberapa keping gambar GS3 2023 varian R yang menawarkan ciri yang lebih sporty. Model ini dilengkapi dengan kit badan, perincian oren, lencana R berwarna oren, diffuser dan dua tip ekzos berkembar di tengah. Walaupun kelihatan lebih garang, namun varian R ini dikatakan mungkin mendapat motor yang sama seperti varian standard.

Model baharu GAC GS3 2023 ini akan dilancarkan di pasaran kereta China pada suku pertama 2023 pada tanda harga bermula sekitar 85,000 yuan (RM54,391.44). Untuk perbandingan harga, model GS3 sedia ada di pasaran Malaysia kini dijual dari RM88,800 untuk versi standard diikuti dengan versi Premium pada harga RM96,800. Berapa agaknya harga untuk model GS3 2023 di Malaysia nanti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language