December 8, 2022
Tahukah anda dengan gaji RM2,800 sebulan anda boleh membeli sebuah Proton X50 yang berharga RM79,200 hingga RM103,300? Berikut merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang pembantu jualan menerusi sebuah video berdurasi 8 saat di TikTok. Kenyataan tersebut bagaimanapun telah membuat orang ramai tidak bersetuju dan merasakan bahawa dengan angka gaji sebegitu, lebih baik beli kereta yang lebih mampu milik. Persoalannya kenapa orang ramai tak setuju? Bayaran Ansuran Bulanan Tinggi Katakan anda mahu membeli Proton X50 varian paling rendah, iaitu varian 1.5T Standard pada harga RM79,200 dengan bayaran muka sebanyak 10% (RM7,920), bayaran yang perlu dibayar setiap bulan adalah kira-kira RM838 selama 9 tahun. Bagi mereka yang masih baru bekerja dan masih menetap dengan keluarga, mereka masih tidak terikat dengan komitmen lain seperti bayaran kereta mahupun rumah. Kenyataan yang dibuat jurujual tersebut mungkin akan membuatkan mereka yang bergaji kecil namun berselera besar ini untuk membeli kereta tersebut. Tindakan tersebut mungkin tiada masalah untuk tahun pertama, namun harus diingat, pinjaman itu akan berterusan selama 9 tahun. Pinjaman kereta yang tinggi akan sedikit sebanyak mengganggu dan merencatkan perkembangan ekonomi mereka. Secara umumnya, masyarakat telah dididik agar membeli kereta yang berharga dalam lingkungan nilai keseluruhan gaji mereka dalam setahun atau sekurang-kurangnya 1/3 daripada gaji bulanan. Kembali kepada persoalan utama, boleh ke gaji RM2,800 nak beli Proton X50? Untuk menjawab persoalan tersebut, kami telah membuat pengiraan untuk melihat sama ada mampu atau tidak. Sistem Gaji Setahun Jika kita mengikut pada sistem beli kereta mengikut harga gaji untuk setahun, nilai gaji RM2,800 untuk setahun baru mencecah RM33,600. Kalau nak banding dengan harga asas X50, anda masih memerlukan penambahan lebih 50% daripada gaji tahunan anda iaitu sebanyak RM45,600. Tapi kalau anda pulun juga, mungkin lepas, tapi bila dah habiskan gaji bayar kereta saja, macam mana nak beli barang dapur? Bayar bil? Duit minyak? Duit penyelenggaraan? Sistem 1/3 Gaji Bulanan Untuk formula 1/3 daripada gaji bulanan pula, gaji RM2,800 bermaksud anda hanya boleh membelanjakan RM933 sebulan untuk membayar pinjaman kereta. Selepas membayar 10% bayaran muka dan kadar faedah antara 2% hingga 3%, anggaran kami ialah anda perlu membayar antara RM800 ke RM900 sebulan dalam tempoh 9 tahun untuk model asas X50. Berdasarkan teori kedua ini, gaji RM2,800 dilihat mampu untuk membeli X50. Bayaran Muka Tinggi Namun jika memang anda teringin dan mahukan Proton X50 pada gaji RM2,800 sebulan dengan ansuran bulanan yang lebih rendah, anda dinasihatkan untuk meletakkan duit muka yang lebih tinggi daripada 10%. Jika bayaran muka mencecah 50% harga kereta, hutang bulanan yang perlu dibayar pun akan menjadi lebih rendah. Jangan Kecam Jurujual Meskipun ramai yang mengecam jurujual tersebut, beliau hanya menjalankan tugasnya iaitu menjual kereta. Beliau hanya menjawab soalan yang diajukan dan sejujurnya, kenyataan tersebut mungkin dibuat berdasarkan peristiwa sebenar yang pernah berlaku sebelum ini. Menurut bank, jika anda mampu untuk membayar bulanan kereta, pinjaman anda mungkin boleh diluluskan. Walau bagaimanapun, sebagai pembeli, anda perlu ingat bahawa tujuan bank dan jurual kereta ini hanyalah satu, iaitu memperolehi keuntungan. Jadi sebagai pembeli, janganlah anda termakan dengan kata-kata manis seperti ini kerana ia kemungkinan besar akan menjadi salah satu punca ke arah kesempitan hidup. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan ingatlah, semakin besar periuk, semakin besarlah juga keraknya.  

Tahukah anda dengan gaji RM2,800 sebulan anda boleh membeli sebuah Proton X50 yang berharga RM79,200 hingga RM103,300?

Berikut merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang pembantu jualan menerusi sebuah video berdurasi 8 saat di TikTok. Kenyataan tersebut bagaimanapun telah membuat orang ramai tidak bersetuju dan merasakan bahawa dengan angka gaji sebegitu, lebih baik beli kereta yang lebih mampu milik. Persoalannya kenapa orang ramai tak setuju?

Bayaran Ansuran Bulanan Tinggi

Katakan anda mahu membeli Proton X50 varian paling rendah, iaitu varian 1.5T Standard pada harga RM79,200 dengan bayaran muka sebanyak 10% (RM7,920), bayaran yang perlu dibayar setiap bulan adalah kira-kira RM838 selama 9 tahun.

Bagi mereka yang masih baru bekerja dan masih menetap dengan keluarga, mereka masih tidak terikat dengan komitmen lain seperti bayaran kereta mahupun rumah. Kenyataan yang dibuat jurujual tersebut mungkin akan membuatkan mereka yang bergaji kecil namun berselera besar ini untuk membeli kereta tersebut.

Tindakan tersebut mungkin tiada masalah untuk tahun pertama, namun harus diingat, pinjaman itu akan berterusan selama 9 tahun. Pinjaman kereta yang tinggi akan sedikit sebanyak mengganggu dan merencatkan perkembangan ekonomi mereka.

Secara umumnya, masyarakat telah dididik agar membeli kereta yang berharga dalam lingkungan nilai keseluruhan gaji mereka dalam setahun atau sekurang-kurangnya 1/3 daripada gaji bulanan. Kembali kepada persoalan utama, boleh ke gaji RM2,800 nak beli Proton X50? Untuk menjawab persoalan tersebut, kami telah membuat pengiraan untuk melihat sama ada mampu atau tidak.

Sistem Gaji Setahun

Jika kita mengikut pada sistem beli kereta mengikut harga gaji untuk setahun, nilai gaji RM2,800 untuk setahun baru mencecah RM33,600. Kalau nak banding dengan harga asas X50, anda masih memerlukan penambahan lebih 50% daripada gaji tahunan anda iaitu sebanyak RM45,600. Tapi kalau anda pulun juga, mungkin lepas, tapi bila dah habiskan gaji bayar kereta saja, macam mana nak beli barang dapur? Bayar bil? Duit minyak? Duit penyelenggaraan?

Sistem 1/3 Gaji Bulanan

Untuk formula 1/3 daripada gaji bulanan pula, gaji RM2,800 bermaksud anda hanya boleh membelanjakan RM933 sebulan untuk membayar pinjaman kereta. Selepas membayar 10% bayaran muka dan kadar faedah antara 2% hingga 3%, anggaran kami ialah anda perlu membayar antara RM800 ke RM900 sebulan dalam tempoh 9 tahun untuk model asas X50. Berdasarkan teori kedua ini, gaji RM2,800 dilihat mampu untuk membeli X50.

Bayaran Muka Tinggi

Namun jika memang anda teringin dan mahukan Proton X50 pada gaji RM2,800 sebulan dengan ansuran bulanan yang lebih rendah, anda dinasihatkan untuk meletakkan duit muka yang lebih tinggi daripada 10%. Jika bayaran muka mencecah 50% harga kereta, hutang bulanan yang perlu dibayar pun akan menjadi lebih rendah.

Jangan Kecam Jurujual

Meskipun ramai yang mengecam jurujual tersebut, beliau hanya menjalankan tugasnya iaitu menjual kereta. Beliau hanya menjawab soalan yang diajukan dan sejujurnya, kenyataan tersebut mungkin dibuat berdasarkan peristiwa sebenar yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurut bank, jika anda mampu untuk membayar bulanan kereta, pinjaman anda mungkin boleh diluluskan. Walau bagaimanapun, sebagai pembeli, anda perlu ingat bahawa tujuan bank dan jurual kereta ini hanyalah satu, iaitu memperolehi keuntungan.

Jadi sebagai pembeli, janganlah anda termakan dengan kata-kata manis seperti ini kerana ia kemungkinan besar akan menjadi salah satu punca ke arah kesempitan hidup. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan ingatlah, semakin besar periuk, semakin besarlah juga keraknya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language