December 7, 2022
Kerajaan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya kerana diumumkan tutup sehingga 15 November. Sebanyak 16 stesen ditutup dari stesen Kelana Jaya sehingga Ampang Park disebabkan oleh kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC). Kerajaan Mohon Maaf Atas Gangguan LRT Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata walaupun syarikat pengendali LRT iaitu Prasarana Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan yang diperbadankan, tetapi kerajaan tetap terasa bertanggungjawab kerana ia sebahagian daripada kerajaan. Tambahnya, selaku menteri, ini adalah isu berhubung pengoperasian yang memerlukannya mendengar pandangan dan dapatan daripada pihak prasarana. Wee telah meminta Prasarana untuk memaklumkan kepada masyarakat sekurang-kurangnya tiga jam sekali berkenaan maklumat terkini gangguan LRT tersebu supaya pengguna sentiasa peka dengan keadaan semasa. Bantuan Pakar Dari Luar Negara Ditagih Kerajaan Selain bantuan daripada pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dijangka tiba esok, pakar dari Istanbul, Turkiye dan Toronto serta Kanada juga akan diterbangkan bagi mencari punca utama kegagalan ATC Menurut Wee, dalam masa beberapa hari ini, pakar tersebut perlu mencari punca kerana ia melibatkan masalah teknikal dan mungkin juga perlu melihat aspek yang lain. Sementara itu, Wee telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak, Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) dan Prasarana untuk mencari satu formula dann penyelesaian terbaik masalah ini. “Dah sampai masanya untuk Prasaran melihat kepada penjadualan untuk kerja penyelenggeraan secara berkala dan mereka perlu mengubah kepada sistem yang lebih dinamik dan mengutamakan keselamatan,” kata beliau. Punca Kerosakan LRT Pada 8 November 2022, operator LRT, Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan ATC yang tidak stabil dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan LRT laluan Kelana Jaya pada Sabtu dan Isnin lepas. Susulan itu, perkhidmatan LRT dari stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park ditutup selama 7 hari bermula 6 pagi selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta memerlukan masa untuk mengenal pasti punca sebenar gangguan LRT. Namun perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih akan beroperasi dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights.

Kerajaan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya kerana diumumkan tutup sehingga 15 November.

Sebanyak 16 stesen ditutup dari stesen Kelana Jaya sehingga Ampang Park disebabkan oleh kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC).

Kerajaan Mohon Maaf Atas Gangguan LRT

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata walaupun syarikat pengendali LRT iaitu Prasarana Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan yang diperbadankan, tetapi kerajaan tetap terasa bertanggungjawab kerana ia sebahagian daripada kerajaan.

Tambahnya, selaku menteri, ini adalah isu berhubung pengoperasian yang memerlukannya mendengar pandangan dan dapatan daripada pihak prasarana.

Wee telah meminta Prasarana untuk memaklumkan kepada masyarakat sekurang-kurangnya tiga jam sekali berkenaan maklumat terkini gangguan LRT tersebu supaya pengguna sentiasa peka dengan keadaan semasa.

Bantuan Pakar Dari Luar Negara Ditagih Kerajaan

Selain bantuan daripada pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dijangka tiba esok, pakar dari Istanbul, Turkiye dan Toronto serta Kanada juga akan diterbangkan bagi mencari punca utama kegagalan ATC

Menurut Wee, dalam masa beberapa hari ini, pakar tersebut perlu mencari punca kerana ia melibatkan masalah teknikal dan mungkin juga perlu melihat aspek yang lain.

Sementara itu, Wee telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak, Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) dan Prasarana untuk mencari satu formula dann penyelesaian terbaik masalah ini.

“Dah sampai masanya untuk Prasaran melihat kepada penjadualan untuk kerja penyelenggeraan secara berkala dan mereka perlu mengubah kepada sistem yang lebih dinamik dan mengutamakan keselamatan,” kata beliau.

Punca Kerosakan LRT

Pada 8 November 2022, operator LRT, Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan ATC yang tidak stabil dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan LRT laluan Kelana Jaya pada Sabtu dan Isnin lepas.

Susulan itu, perkhidmatan LRT dari stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park ditutup selama 7 hari bermula 6 pagi selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta memerlukan masa untuk mengenal pasti punca sebenar gangguan LRT.

Namun perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih akan beroperasi dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language