Categories
Auto news

Geely Jiaji L Dilancarkan Dengan Gril Infinite Weave Proton – Bakal Ganti Exora?

Model yang pernah digembar-gemburkan sebagai pengganti Exora suatu ketika dahulu, Geely Jiaji versi facelift telah dilancarkan di pasaran China sebagai Geely Jiaji L.

Walaupun masih tiada khabar bagi projek menggantikan Exora buat masa ini, namun nama Jiaji sebagai pengganti Exora sekali lagi dipetik setelah Jiaji L ini hadir dengan rekaan gril Infinite Weave, iaitu gril ikonik yang digunakan pada kereta baharu keluaran Proton.

Exterior

Selain menampilkan gril Infinite Weave, Jiaji L juga tampil dengan bampar hadapan baharu bersama gril berbentuk trapezoid yang lebih besar di bahagian bawah. Walaupun Proton telah menampilkan gril tersebut pada X70 pada 2018, namun elemen gril ini telah ditampilkan pada tahun 2010 menerusi model konsep Proton Tuah.

Di belakang pula, Jiaji L menerima rekaan LED baharu pada lampunya serta hadir dengan lampu bar yang bersambung. Selain itu, pemantul cahaya juga diposisikan secara senget di bahagian tepi seakan-akan ruang udara yang semestinya membuatkan bahagian belakangnya kelihatan lebih sporty.

Dimensi

Panjang
4,826 mm

Lebar
1,909 mm

Tinggi
1,695 mm

Jarak Antara Roda
2,805 mm

Saiz But
513 liter

Interior

Bahagian dalaman Jiaji L pula menampilkan rekaan papan pemuka yang lebih minimal dan ringkas. Ia masih lagi menampilkan paparan infotainment bersaiz 12.3 inci, namun telah dikemaskini dengan cip E02 terbaharu keluaran Geely. Selain itu, paparan meter digital penuhnya yang bersaiz 7 inci telah ditukar kepada saiz yang lebih besar, iaitu 10.25 inci.

Kedudukan gear juga telah dialihkan supaya lebih mudah diakses oleh pemandu selain memberiikan ruang simpanan yang lebih besar di bahagian konsol tengah. Tempat duduk MPV China ini masih lagi tidak berubah dengan sususan 2-2-2 dan 2-2-3 yang ditawarkan.

Enjin Dan Prestasi

Berbeza dengan Jiaji sebelum ini yang hadir dengan enjin 1.5L TGDI, 1.8L TGDI, Hibrid dan PHEV, Jiaji L hanya hadir dengan enjin 1.5L 4 silinder turbo yang menghasilkan 181 PS serta 290 Nm tork. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi klac berkembar automatik 7 kelajuan DCT.

Menurut pengeluar China itu, model ini mampu bergerak pada kelajuan maksima 190 km/j serta boleh mencapai penggunaan bahan api sekitar 6.9L/100km. Menurut laman web Geely, model Jiaji biasa kini tidak lagi ditawarkan dengan pilihan enjin 1.8L turbo manakala model PHEV masih menggunakan enjin 1.5 TGDI 3 silinder seperti X50 yang digandingkan dengan motor elektrik menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 258 PS dan 415 Nm tork.

Ciri Keselamatan

ABS dan EBD
ESP
Brake Assist
Traction Control
Hill Start Assist
EPB with Autohold
6 airbags
Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
Lane Keep Assist
Lane Departure Warning
Intelligent High Beam Control
Speed Limit Reminder
Forward Collision Warning
AEB

Harga

Geely Jiaji L ini ditawarkan dalam 3 pilihan varian:

Charming: 119,800 yuan (RM77,526)
Luxury: 129,800 yuan (RM89.999)
Premium: 142,800 yuan (RM92,412)

Sekiranya Proton benar-benar bakal membawa masuk MPV ini bagi menggantikan Exora, reka bentuk baharu Exora itu kelak kemungkinan akan kelihatan seperti ini. Walau bagaimanapun, ketika ini Proton dilihat lebih cenderung untuk memperkenalkan SUV 7 tempat duduk yang diasaskan daripada Geely Haoyue ataupun Proton X90.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language