Categories
Auto news

Guan Eng Janji Hapus Tol Lebuhraya PLUS Jika PH Menang PRU

Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekiranya parti ini memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan persekutuan.

Janji ini telah dinyatakan oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng Pada majlis makan malam kempen sebelum PRU15 di Jelapang, Perak baru-baru ini.

Hapus Tol Lebuh Raya Jika PH Menang PRU

Walaupun pernah didengari sebelum ini, namun Guan Eng tetap komited untuk memansuhkan tol PLUS pada tahun ini.

Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah berjanji perkara yang sama pada 2017, walau bagaimanapun, setelah PH membentuk kerajaan pada 2018, tol masih lagi tidak dimansuhkan.

Lim berkata, kegagalan memansuhkan tol itu dikatakan kerana kerajaan PH tidak mempunyai masa yang cukup untuk memerintah kerana kerajaan PH digulingkan setelah hanya 22 tahun memerintah.

Pada tahun 2020, PH telah mengurangkan bayaran tol untuk lebuh raya itu sebanyak 18% semasa ia memerintah selama 22 bulan, selaras dengan manifestonya.

Menurut China Press, bekas menteri kewangan itu berkata, PH “boleh memansuhkan tol” di lebuh raya jika ia mendapat masa lima tahun lagi menjadi kerajaan.

*Kredit foto: The Star

Hapuskan Tol, Boleh Atau Tidak?

Walaupun pernah dijanjikan oleh PH, pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang tidak tertunai selepas satu tahun mentadbir negara.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, janji itu gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya ia dilaksanakan.

“Kita telah berjanji untuk menghapuskan tol tetapi kini kita sedar, sebelum ini apabila kita memutuskan untuk menghapuskan tol, kita tidak memahami kos.

“Tetapi sekarang kita menyedari bahawa untuk menghapuskan tol bermakna kerajaan perlu membeli semua lebuh raya dan itu melibatkan kos yang besar.

Menurut Tun, kerajaan perlu membayar RM30 bilion kepada PLUS sebelum kerajaan boleh menghapuskan tol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language