September 25, 2022
Selesai bayar hutang kereta memang seronok, namun tahukah anda bahawa anda perlu menukar nama pemilik kereta atau mengeluarkan nama bank daripada geran kereta asal kepada nama anda? Ini kerana kereta tersebut adalah hak milik bank dan bukanlah hak milik pembayar hutang sepenuhnya selagi hutang pinjaman belum dilangsaikan sepenuhnya. Kenapa Kena Tukar Status Hak Milik? Selesai membayar hutang kereta, ada satu lagi proses yang perlu dilakukan di mana geran kereta perlu mendapat pengesahan “Batal Melalui Sistem” untuk menjadikan kereta itu hak milik anda sepenuhnya. Jika pembelian kereta dibuat melalui pinjaman bank, ayat “Hak Milik Dituntut oleh: XXXX” biasanya tertulis pada geran kereta tersebut. Jadi status hak milik bank perlu dikeluarkan daripada geran kereta dengan melakukan proses e-Batal JPJ. Tukar Status Hak Milik Melalui E-Batal JPJ Bagi yang tidak tahu, syarat utama bagi penukaran status hak milik dari pihak bank kepada nama anda ialah pinjaman kenderaan perlulah dijelaskan sepenuhnya terlebih dahulu. Sesudah itu, rujuk proses e-Batal JPJ seperti berikut: Selesaikan baki pinjaman kereta, dapatkan geran kereta asal Dapatkan surat pelepasan daripada bank Hadir ke mana-mana cawangan JPJ Setelah menerima geran asal daripada syarikat pengeluar kenderaan, hubungi pihak bank dan tanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan oleh pihak bank atau tidak bagi meneruskan prosedur pembatalan. Kebiasaannya, pihak bank akan menghantar surat ini terus kepada pihak JPJ. Jika belum dihantar, bawa surat terbabit ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan untuk membuang nama bank dari geran kereta. Proses ini biasanya tidak mengambil masa yang lama bergantung pada situasi dan masa. Cop e-Batal akan diberikan pada geran kereta anda mengikut prosedur yang ditetapkan oleh JPJ. Cop ini bermaksud kereta ini ialah kereta anda sepenuhnya. Barulah geran di tangan! Mudah bukan? Betul, proses ini memang mudah. Yang tak mudah tu bila nak langsaikan hutang kereta.    

Selesai bayar hutang kereta memang seronok, namun tahukah anda bahawa anda perlu menukar nama pemilik kereta atau mengeluarkan nama bank daripada geran kereta asal kepada nama anda?

Ini kerana kereta tersebut adalah hak milik bank dan bukanlah hak milik pembayar hutang sepenuhnya selagi hutang pinjaman belum dilangsaikan sepenuhnya.

Kenapa Kena Tukar Status Hak Milik?

Selesai membayar hutang kereta, ada satu lagi proses yang perlu dilakukan di mana geran kereta perlu mendapat pengesahan “Batal Melalui Sistem” untuk menjadikan kereta itu hak milik anda sepenuhnya.

Jika pembelian kereta dibuat melalui pinjaman bank, ayat “Hak Milik Dituntut oleh: XXXX” biasanya tertulis pada geran kereta tersebut. Jadi status hak milik bank perlu dikeluarkan daripada geran kereta dengan melakukan proses e-Batal JPJ.

Tukar Status Hak Milik Melalui E-Batal JPJ

Bagi yang tidak tahu, syarat utama bagi penukaran status hak milik dari pihak bank kepada nama anda ialah pinjaman kenderaan perlulah dijelaskan sepenuhnya terlebih dahulu.

Sesudah itu, rujuk proses e-Batal JPJ seperti berikut:

Selesaikan baki pinjaman kereta, dapatkan geran kereta asal
Dapatkan surat pelepasan daripada bank
Hadir ke mana-mana cawangan JPJ

Setelah menerima geran asal daripada syarikat pengeluar kenderaan, hubungi pihak bank dan tanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan oleh pihak bank atau tidak bagi meneruskan prosedur pembatalan. Kebiasaannya, pihak bank akan menghantar surat ini terus kepada pihak JPJ.

Jika belum dihantar, bawa surat terbabit ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan untuk membuang nama bank dari geran kereta. Proses ini biasanya tidak mengambil masa yang lama bergantung pada situasi dan masa.

Cop e-Batal akan diberikan pada geran kereta anda mengikut prosedur yang ditetapkan oleh JPJ. Cop ini bermaksud kereta ini ialah kereta anda sepenuhnya. Barulah geran di tangan!

Mudah bukan? Betul, proses ini memang mudah. Yang tak mudah tu bila nak langsaikan hutang kereta.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language