Categories
Auto news

Had Laju Jalan Raya/ Lebuh Raya Di Malaysia

Kesalahan memandu melebihi had laju merupakan antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya di Malaysia. 

Jika nasib anda tidak baik, kesalahan ini akan dirakamkan oleh kamera AwAS (dahulunya kamera aes) dan nantikan sahaja surat saman yang akan tiba ke rumah. 

Untuk memastikan anda tidak melakukan kesalahan seperti itu, pastikan anda mengetahui info utama berkenaan perbezaan had laju mengikut jenis jalan di Malaysia.

Had Laju 

Had Laju Kebangsaan adalah satu set had laju yang ditetapkan bagi semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia.

Memandu melebihi Had Laju Kebangsaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikompaun sehingga maksimum RM300, bergantung kepada perbezaan di antara kelajuan pemandu dengan had laju yang berkenaan.

Had Laju Utama

Lebuh Raya: 110 km/j tetapi ada kalanya diturunkan kepada antara 80 atau 90 km/j di kawasan bukit berbahaya, kawasan angin lintang serta bahagian yang mempunyai kadar aliran trafik yang tinggi di kawasan bandar.

Jalan Persekutuan: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Jalan Negeri: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Had Laju Kenderaan Berat

Lebuh Raya: 80-90 km/j

Jalan Persekutuan dan Negeri: 70-80 km/j, 60 km/j di kawasan bandar

Had Laju Lain

Had laju 30 km/j dikuatkuasakan di kawasan sekolah di sepanjang masa. Selain itu, kereta yang memasang gerabak trailer kecil di belakang juga dikenakan had laju yang sama seperti kenderaan berat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language