Categories
Auto news

‘Hadiah’ Kepada Penyalur Maklumat di Aplikasi e-ADUAN@JPJ

Sekiranya anda salah seorang pengguna yang sering melaporkan kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-ADUAN@JPJ, anda mungkin bertuah kerana JPJ kini bercadang untuk memberi hadiah kepada penyalur maklumat.

Hadiah tersebut merupakan penghargaan kepada orang awam yang menjadi ‘mata dan telinga’ dalam membantu JPJ mengesan kesalahan lalu lintas.

*Kredit foto: Bernama

Tarik Lebih Ramai Penyalur Maklumat

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, M Janagarajan, pemberian penghargaan ini telah dibincangkan di peringkat jabatan berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat tampil membantu JPJ.

JPJ juga turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menjadi mata-mata kepada JPJ sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sistem Aduan Yang Mudah, Cepat

Sejak e-ADUAN@JPJ ini diperkenalkan, Janagarajan berkata pihaknya telah menerima kira-kira 1,000 aduan di seluruh negara ekoran sistem aduan yang cepat dan mudah.

Melalui aplikasi itu, orang awam boleh memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya dan memaklumkan maklumat tambahan seperti lokasi dan waktu kesalahan bagi tujuan sisasatan lanjut.

Cara Membuat Aduan Melalui e-ADUAN@JPJ

Bagi memudahkan siasatan, pastikan aduan itu lengkap dengan:

Waktu
Lokasi
Video
Gambar

Kemukakan aduan anda berserta bukti sokongan seperti gambar atau video berserta lokasi serta waktu kejadian supaya urusan siasatan dapat dijalankan.

Aplikasi ini bukanlah aplikasi baharu namun hanyalah sebagai ciri tambahan di dalam aplikasi JPJ Info. Walau bagaimanapun, ruangan e-ADUAN@JPJ ini hanya boleh didapati di aplikasi JPJ Info untuk peranti Android sahaja buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language