December 8, 2022
Sejarah tercipta apabila pelumba muda dari Malaysia, Hakim Danish menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjadi juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup 2022 (ATC). Pada perlumbaan penutup ATC di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia, pelumba berusia 15 tahun ini bermula di petak ketiga dan telah diasak hebat oleh seterunya dari Jepun, Shinya Ezawa. Hakim Danish Juara Keseluruhan ATC 2022 Pada pelumbaan kedua dan juga terakhir bagi kejohanan itu, Hakim Danish menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas cemerlang menutup segala ruang sambil mengejar selepas beberapa kali dipintas pelumba lain. Walaupun Danish mahu juarai perlumbaan terakhir itu, namun beliau dilihat mengambil langkah untuk lebihi berhati-hati selepas menyaksikan pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama muncul juara. Pratama juga berjaya muncul juara dalam perlumbaan pertama manakala Hakim Danish menduduki tempat ketiga dan Carter Thompson (Australia) berada di tempat kedua. Walaupun meraih gelaran naib juara pada perlumbaan kedua, namun ia sudah memadai untuk meletakkan Hakim Danish sebagai juara keseluruhan ATC 2022 setelah mengumpul 187 mata manakala Ezawa mengumpul 177 mata dan diikuti Pratama di kedudukan ketiga dengan 141 mata. Anak muda dari Terengganu ini telah diangkat sebagai juara selepas tujuh kali menaiki podium dengan merangkul empat kemenangan sepanjang enam pusingan perlumbaan musim ini. Beliau telah membolot kedua-dua gelaran juara pada perlumbaan di litar yang sama pada pusingan kedua Mac lalu. Selepas itu dia berjaya muncul juara di pusingan keempat di Litar Antarabangsa Chang Thailand dalam perlumbaan pertama. Hakim juga telah menakhluk litar tanah air setelah meraih kejuaraan dalam perlumbaan kedua di pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebelum ini. Secara rasminya, ia adalah kejayaan pertama anak Malaysia yang berjaya merangkul gelaran ATC sejak perlumbaan tersebut dipertandingkan pada 2014.

Sejarah tercipta apabila pelumba muda dari Malaysia, Hakim Danish menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjadi juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup 2022 (ATC).

Pada perlumbaan penutup ATC di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia, pelumba berusia 15 tahun ini bermula di petak ketiga dan telah diasak hebat oleh seterunya dari Jepun, Shinya Ezawa.

Hakim Danish Juara Keseluruhan ATC 2022

Pada pelumbaan kedua dan juga terakhir bagi kejohanan itu, Hakim Danish menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas cemerlang menutup segala ruang sambil mengejar selepas beberapa kali dipintas pelumba lain.

Walaupun Danish mahu juarai perlumbaan terakhir itu, namun beliau dilihat mengambil langkah untuk lebihi berhati-hati selepas menyaksikan pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama muncul juara. Pratama juga berjaya muncul juara dalam perlumbaan pertama manakala Hakim Danish menduduki tempat ketiga dan Carter Thompson (Australia) berada di tempat kedua.

Walaupun meraih gelaran naib juara pada perlumbaan kedua, namun ia sudah memadai untuk meletakkan Hakim Danish sebagai juara keseluruhan ATC 2022 setelah mengumpul 187 mata manakala Ezawa mengumpul 177 mata dan diikuti Pratama di kedudukan ketiga dengan 141 mata.

Anak muda dari Terengganu ini telah diangkat sebagai juara selepas tujuh kali menaiki podium dengan merangkul empat kemenangan sepanjang enam pusingan perlumbaan musim ini.

Beliau telah membolot kedua-dua gelaran juara pada perlumbaan di litar yang sama pada pusingan kedua Mac lalu. Selepas itu dia berjaya muncul juara di pusingan keempat di Litar Antarabangsa Chang Thailand dalam perlumbaan pertama.

Hakim juga telah menakhluk litar tanah air setelah meraih kejuaraan dalam perlumbaan kedua di pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebelum ini.

Secara rasminya, ia adalah kejayaan pertama anak Malaysia yang berjaya merangkul gelaran ATC sejak perlumbaan tersebut dipertandingkan pada 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language