September 25, 2022
Masalah gangguan rantaian bekalan peringkat global telah menyebabkan harga alat ganti kenderaan meningkat. Peningkatan harga ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah kepada pengusaha bengkel juga. *Kredit infografik: Harian Metro Harga Alat Ganti Naik Berdasarkan Laporan Harian Metro, seperti mana barangan keperluan dan runcit yang meningkat, tidak terkecuali alat ganti kenderaan. Minyak enjin yang sebelum ini boleh didapati di bengkel pada harga bawah RM100 kini meningkat 20% kepada RM120 sejak awal tahun ini. Menurut seorang pengusaha bengkel, mereka terpaksa menaikkan harga upah minimum RM10 bagi mengimbangi kenaikan harga barang yang ditetapkan oleh pembekal. Walaupun rata-rata pelanggan mengeluh, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan alat ganti serta minyak enjin perlu ditukar apabila tiba masanya. Ada juga bengkel yang memberi pilihan alternatif barangan alat ganti daripada jenama lain pada harga yang lebih rendah namun dengan kualiti sama bagi memastikan pelanggan mereka tidak terbeban dan tidak melebihi bajet mereka. Harga Minyak Enjin Naik 3 Kali Tahun Ini Sementara itu, seorang pengarah urusan di sebuah bengkel pula berkata harga minyak enjin meningkat kerana kilang menghasilkan bahan adaptif untuk minyak enjin itu yang terletak di Texas, Amerika Syarikat (AS) ditutup. Peningkatan ini juga disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah dan kos logistik di seluruh dunia serta pandemik COVID-19 yang menyebabkan banyak pihak terkesan. Tambahnya, berlaku juga masalah birokrasi membabitkan harga daripada pembekal alat ganti kepada peniaga baru berbanding peniaga lama. Katanya, pembekal juga melihat rekod dan komitmen pembelian daripada pengusaha bengkel untuk menawarkan harga serta kemudahan pembayaran lebih baik juga mudah. Sediakan Alat Ganti Sendiri, Bayar Upah Sahaja Dalam menangani peningkatan kos alat ganti kenderaan, ramai juga yang bertindak untuk menyelenggara kereta di bengkel luar setelah tamat tempoh jaminan daripada pengeluar kerana harga yang ditawarkan lebih berpatutan berbanding pusat servis rasmi. Ada yang memilih untuk membeli alat ganti sendiri daripada pembekal dan hanya mengupah pekerja bengkel untuk memasangnya. Kelebihannya, pelanggan boleh memilih sendiri alat ganti dan produk yang diinginkan berbanding di bengkel yang sudah dibekalkan dengan jenama tertentu selain dijual pada harga tetap. Meskipun pusat servis rasmi menawarkan alat ganti tulen namun sebahagian pengguna menghantar ke bengkel luar kerana ingin berjimat cermat dalam keadaan ekonomi sekarang. Bagaimana pula dengan kos servis kereta di tempat anda? Tidak mengejutkan sekiranya ia semakin meningkat, tetapi berapa banyak naiknya?    

Masalah gangguan rantaian bekalan peringkat global telah menyebabkan harga alat ganti kenderaan meningkat.

Peningkatan harga ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah kepada pengusaha bengkel juga.

*Kredit infografik: Harian Metro

Harga Alat Ganti Naik

Berdasarkan Laporan Harian Metro, seperti mana barangan keperluan dan runcit yang meningkat, tidak terkecuali alat ganti kenderaan.

Minyak enjin yang sebelum ini boleh didapati di bengkel pada harga bawah RM100 kini meningkat 20% kepada RM120 sejak awal tahun ini.

Menurut seorang pengusaha bengkel, mereka terpaksa menaikkan harga upah minimum RM10 bagi mengimbangi kenaikan harga barang yang ditetapkan oleh pembekal.

Walaupun rata-rata pelanggan mengeluh, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan alat ganti serta minyak enjin perlu ditukar apabila tiba masanya.

Ada juga bengkel yang memberi pilihan alternatif barangan alat ganti daripada jenama lain pada harga yang lebih rendah namun dengan kualiti sama bagi memastikan pelanggan mereka tidak terbeban dan tidak melebihi bajet mereka.

Harga Minyak Enjin Naik 3 Kali Tahun Ini

Sementara itu, seorang pengarah urusan di sebuah bengkel pula berkata harga minyak enjin meningkat kerana kilang menghasilkan bahan adaptif untuk minyak enjin itu yang terletak di Texas, Amerika Syarikat (AS) ditutup.

Peningkatan ini juga disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah dan kos logistik di seluruh dunia serta pandemik COVID-19 yang menyebabkan banyak pihak terkesan.

Tambahnya, berlaku juga masalah birokrasi membabitkan harga daripada pembekal alat ganti kepada peniaga baru berbanding peniaga lama. Katanya, pembekal juga melihat rekod dan komitmen pembelian daripada pengusaha bengkel untuk menawarkan harga serta kemudahan pembayaran lebih baik juga mudah.

Sediakan Alat Ganti Sendiri, Bayar Upah Sahaja

Dalam menangani peningkatan kos alat ganti kenderaan, ramai juga yang bertindak untuk menyelenggara kereta di bengkel luar setelah tamat tempoh jaminan daripada pengeluar kerana harga yang ditawarkan lebih berpatutan berbanding pusat servis rasmi.

Ada yang memilih untuk membeli alat ganti sendiri daripada pembekal dan hanya mengupah pekerja bengkel untuk memasangnya. Kelebihannya, pelanggan boleh memilih sendiri alat ganti dan produk yang diinginkan berbanding di bengkel yang sudah dibekalkan dengan jenama tertentu selain dijual pada harga tetap.

Meskipun pusat servis rasmi menawarkan alat ganti tulen namun sebahagian pengguna menghantar ke bengkel luar kerana ingin berjimat cermat dalam keadaan ekonomi sekarang.

Bagaimana pula dengan kos servis kereta di tempat anda? Tidak mengejutkan sekiranya ia semakin meningkat, tetapi berapa banyak naiknya?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language