June 7, 2023
Harga baharu Proton X50 selepas tiada pengecualian SST hanya RM1,500 lebih murah berbanding harga Honda HR-V 2022. Angkat Proton atau baik beli Honda? Melihat pada harga baharu bagi Proton X50 selepas tamat pengecualian cukai SST, harga varian tertinggi X50 kini semakin hampir dengan harga pesaing rapatnya, Honda HR-V varian S (varian terendah). Berikut merupakan harga bagi kedua-dua model tersebut: Harga Baharu Proton X50: 1.5T Standard: RM86,300 1.5T Executive: RM93,300 1.5T Premium: RM101,800 1.5 TGDI Flagship: RM113,300 Harga Honda HR-V 2022: 1.5L S: RM114,800 1.5L T E: RM129,800 1.5L T V: RM134,800 1.5L e:HEV RS: RM140,800 Jika dilihat pada perbezaan harga antara varian termahal Proton X50 dengan varian terendah Honda HR-V 2022, harganya agak hampir dengan hanya perbezaan sebanyak RM1,500 sahaja. Ini mengundang persoalan sama ada perlu angkat Proton atau baik beli Honda sahaja. Oleh itu, jom kita lihat perbandingan antara kedua-dua SUV ini. Proton X50 1.5L TGDI Flagship vs Honda HR-V 2022 1.5L S Index Proton X50 1.5L TGDI Flagship Honda HR-V 2022 1.5L S Harga (RM) RM113,300 RM114,800 Enjin 1.5L Turbo, 3 Silinder 1.5L NA, 4 Silinder Kuasa (PS) 177 121 Tork (Nm) 255 145 Transmisi DCT 7-kelajuan CVT Penggunaan Bahan Api (Liter/100km) 6.4L/100km 5.9L/100km Kapasiti Bahan Api (Liter) 45L 50L Dimensi (PanjangxLebarxTinggi) (mm) 4,330x1,800x1,609 4,330x1,790x1,590 Kapasiti But (Liter) 330 320 Infotainment  10.25 inci 4G and Wi-Fi Hi Proton   8 inci Apple CarPlay Android Auto   Ciri Keselamatan Dan Bantuan Pemanduan 6 beg udara kecemasan ABS, EBD, BA, TC, HHA,HDC, AEB, VSC Auto Hold Amaran Pra Pelanggaran (FCW) Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go Bantuan Kekal Lorong (LKA) Amaran Keluar Lorong (LDW) Paparan Titik Buta Lampu Tinggi Pintar (IHBC) Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) Bantuan Parkir Automatik (APA) Kamera 360     4 beg udara kecemasan VSA, AHA, ABS, EBD, HSA, ESS, HDC Auto Hold Honda SENSING Amaran Keluar Lorong (RDM) Amaran Pra Pelanggaran (FCW) Amaran Bantuan Brek Pra Pelanggaran (CMBS) Bantuan Kekal Lorong (LKAS) Adaptive Cruise Control dengan low-speed follow Kamera undur pelbagai sudut Ciri Keselamatan dan Bantuan Pemanduan Merujuk pada ciri keselamatan dan bantuan pemanduan yang ditawarkan pada kedua-dua tidaklah jauh beza kerana kedua-duanya menawarkan ciri ADAS. Walau bagaimanapun, bagi ciri keselamatan pasif, X50 tampil lebih lengkap dengan 6 beg udara keselamatan berbanding hanya 4 yang ditawarkan pada varian terendah HR-V. Selain itu, Proton X50 tampil lebih canggih dengan ciri bantuan parkir automatik (APA) yang membolehkan kereta untuk masuk ke kotak parkir dengan sendirinya. X50 juga dilengkapi dengan kamera 360 darjah manakala ciri itu tidak ditawarkan pada HR-V varian S. Perbandingan ini mungkin tidak begitu adil memandangkan HR-V yang dibandingkan hanyalah varian asas, namun kehadiran ciri Honda SENSING sebagai standard merupakan keputusan yang bijak oleh Honda meskipun ciri Honda LaneWatch tidak diberikan pada varian asas. Turbo vs NA Dari segi enjin, sudah pasti X50 tampil lebih berkuasa dengan enjin turbonya yang menghasilkan 56 PS dan 110 Nm tork lebih berbanding HR-V S. Peminat-peminat turbo sudah pasti akan memilih Proton X50 atau HR-V varian E atau V yang menawarkan enjin turbo VTEC berbanding enjin NA. Namun harganya akan jadi jauh lebih mahal berbanding harga X50 ketika ini. Kesimpulan Faktor harga merupakan faktor terkuat mengapa ramai orang memilih Proton X50 berbanding pencabarnya yang lain. Meskipun dilanda pelbagai isu seperti ketiadaan stok kereta dan alat ganti, Proton X50 tetap menjadi pilihan ramai sehingga menjadi model terlaris di Malaysia untuk bulan Julai 2022 dengan 4,763 unit. Untuk Honda HR-V pula, kehadiran pilihan enjin lain seperti VTEC turbo dan hibrid e:HEV bakal membuatkan lebih ramai yang memilih varian tersebut berbanding varian S berdasarkan kepada ciri-ciri yang ditawarkan. Walaupun spesifikasi HR-V varian S tewas jika nak dibandingkan dengan X50, namun tawaran yang diberikan pada model ini juga tidak kurang hebatnya. Kehadiran Honda SENSING dan reka bentuk baharu yang lebih sporty sudah tentu boleh menawan mana-mana hati pencinta SUV. Tepuk dada, tanya selera!  

Harga baharu Proton X50 selepas tiada pengecualian SST hanya RM1,500 lebih murah berbanding harga Honda HR-V 2022. Angkat Proton atau baik beli Honda?

Melihat pada harga baharu bagi Proton X50 selepas tamat pengecualian cukai SST, harga varian tertinggi X50 kini semakin hampir dengan harga pesaing rapatnya, Honda HR-V varian S (varian terendah). Berikut merupakan harga bagi kedua-dua model tersebut:

Harga Baharu Proton X50:

1.5T Standard: RM86,300
1.5T Executive: RM93,300
1.5T Premium: RM101,800
1.5 TGDI Flagship: RM113,300

Harga Honda HR-V 2022:

1.5L S: RM114,800
1.5L T E: RM129,800
1.5L T V: RM134,800
1.5L e:HEV RS: RM140,800

Jika dilihat pada perbezaan harga antara varian termahal Proton X50 dengan varian terendah Honda HR-V 2022, harganya agak hampir dengan hanya perbezaan sebanyak RM1,500 sahaja. Ini mengundang persoalan sama ada perlu angkat Proton atau baik beli Honda sahaja.

Oleh itu, jom kita lihat perbandingan antara kedua-dua SUV ini.

Proton X50 1.5L TGDI Flagship vs Honda HR-V 2022 1.5L S

Index
Proton X50 1.5L TGDI Flagship
Honda HR-V 2022 1.5L S

Harga (RM)
RM113,300
RM114,800

Enjin
1.5L Turbo, 3 Silinder
1.5L NA, 4 Silinder

Kuasa (PS)
177
121

Tork (Nm)
255
145

Transmisi
DCT 7-kelajuan
CVT

Penggunaan Bahan Api (Liter/100km)
6.4L/100km
5.9L/100km

Kapasiti Bahan Api (Liter)
45L
50L

Dimensi (PanjangxLebarxTinggi) (mm)
4,330×1,800×1,609
4,330×1,790×1,590

Kapasiti But (Liter)
330
320

Infotainment 

10.25 inci

4G and Wi-Fi

Hi Proton

 

8 inci

Apple CarPlay

Android Auto

 

Ciri Keselamatan Dan Bantuan Pemanduan

6 beg udara kecemasan

ABS, EBD, BA, TC, HHA,HDC, AEB, VSC

Auto Hold

Amaran Pra Pelanggaran (FCW)

Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go

Bantuan Kekal Lorong (LKA)

Amaran Keluar Lorong (LDW)

Paparan Titik Buta

Lampu Tinggi Pintar (IHBC)

Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)

Bantuan Parkir Automatik (APA)

Kamera 360

 

 

4 beg udara kecemasan

VSA, AHA, ABS, EBD, HSA, ESS, HDC

Auto Hold

Honda SENSING

Amaran Keluar Lorong (RDM)

Amaran Pra Pelanggaran (FCW)

Amaran Bantuan Brek Pra Pelanggaran (CMBS)

Bantuan Kekal Lorong (LKAS)

Adaptive Cruise Control dengan low-speed follow

Kamera undur pelbagai sudut

Ciri Keselamatan dan Bantuan Pemanduan

Merujuk pada ciri keselamatan dan bantuan pemanduan yang ditawarkan pada kedua-dua tidaklah jauh beza kerana kedua-duanya menawarkan ciri ADAS.

Walau bagaimanapun, bagi ciri keselamatan pasif, X50 tampil lebih lengkap dengan 6 beg udara keselamatan berbanding hanya 4 yang ditawarkan pada varian terendah HR-V.

Selain itu, Proton X50 tampil lebih canggih dengan ciri bantuan parkir automatik (APA) yang membolehkan kereta untuk masuk ke kotak parkir dengan sendirinya. X50 juga dilengkapi dengan kamera 360 darjah manakala ciri itu tidak ditawarkan pada HR-V varian S.

Perbandingan ini mungkin tidak begitu adil memandangkan HR-V yang dibandingkan hanyalah varian asas, namun kehadiran ciri Honda SENSING sebagai standard merupakan keputusan yang bijak oleh Honda meskipun ciri Honda LaneWatch tidak diberikan pada varian asas.

Turbo vs NA

Dari segi enjin, sudah pasti X50 tampil lebih berkuasa dengan enjin turbonya yang menghasilkan 56 PS dan 110 Nm tork lebih berbanding HR-V S.

Peminat-peminat turbo sudah pasti akan memilih Proton X50 atau HR-V varian E atau V yang menawarkan enjin turbo VTEC berbanding enjin NA. Namun harganya akan jadi jauh lebih mahal berbanding harga X50 ketika ini.

Kesimpulan

Faktor harga merupakan faktor terkuat mengapa ramai orang memilih Proton X50 berbanding pencabarnya yang lain. Meskipun dilanda pelbagai isu seperti ketiadaan stok kereta dan alat ganti, Proton X50 tetap menjadi pilihan ramai sehingga menjadi model terlaris di Malaysia untuk bulan Julai 2022 dengan 4,763 unit.

Untuk Honda HR-V pula, kehadiran pilihan enjin lain seperti VTEC turbo dan hibrid e:HEV bakal membuatkan lebih ramai yang memilih varian tersebut berbanding varian S berdasarkan kepada ciri-ciri yang ditawarkan.

Walaupun spesifikasi HR-V varian S tewas jika nak dibandingkan dengan X50, namun tawaran yang diberikan pada model ini juga tidak kurang hebatnya. Kehadiran Honda SENSING dan reka bentuk baharu yang lebih sporty sudah tentu boleh menawan mana-mana hati pencinta SUV.

Tepuk dada, tanya selera!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language