June 26, 2022
Kad Enhance Touch ‘n Go dengan fungsi NFC (Near-Field Communication) menjadi buruan ramai sehingga ada segilintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual semula kad tersebut pada harga RM100.  Kad NFC tersebut yang dijual RM10 bermula April lalu amat sukar untuk dijumpai di stesen-stesen minyak, kedai serbaneka mahupun aplikasi Touch ‘n Go sendiri kerana sudah tiada stok. Harga Kad NFC TNG Lebih RM100 Ketiadaan stok kad tersebut telah membuatkan sesetengah pihak untuk menjual semula kad tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi daripada asalnya, sehingga mencecah RM100. Jika kad tersebut datang dengan pelekat custom, ada yang menjualnya sehingga RM132 setiap satu. Walaupun tak banyak yang jual pada harga setinggi ini, kebanyakannya menjual kad ini di platform jual beli dalam talian pada jurang harga RM35 – RM85. *Kredit foto: Shopee Bagi mereka yang tidak kisah membeli kad ini pada harga yang tinggi, anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa kad NFC yang dibeli itu adalah kad NFC Touch ‘n Go yang tulen. Berbeza dengan kad Touch ‘n Go sebelum ini, kad NFC baharu ini tampil ringkas tanpa sebarang corak dan dibaluti dengan warna pastel lembut biru dan pink bersama logo Touch ‘n Go, TNG eWallet dan NFC berwarna silver di hadapan kad. Stok Baharu Tiba Jun Ini Jika anda cuba untuk membeli kad NFC di aplikasi eWallet TNG, aplikasi itu akan memberitahu bahawa kad tersebut sudah habis dijual dan anda bakal diberitahu sekiranya kad sudah tersedia. Persoalannya, bila? Melalui kenyataan yang dibuat oleh TNG di Facebook, ekoran permintaan ramai, stok baharu kad TNG NFC itu djangka akan tiba pada bulan Jun ini. CEO Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid sudah menjangkakan bahawa kad tersebut bakal mendapat permintaan tinggi melebihi apa yang ditawarkan ekoran pihaknya juga terkesan dengan krisis kekurangan cip yang melanda dunia. Dengan kad Enhanced Touch ‘n Go, pengguna boleh menambah nilai kad fizikal mereka melalui telefon yang dilengkapi NFC tanpa perlu ke kiosk, stesen minyak, 7-Eleven atau kaunter perkhidmatan tanpa sebarang yuran tambahan.  

Kad Enhance Touch ‘n Go dengan fungsi NFC (Near-Field Communication) menjadi buruan ramai sehingga ada segilintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual semula kad tersebut pada harga RM100. 

Kad NFC tersebut yang dijual RM10 bermula April lalu amat sukar untuk dijumpai di stesen-stesen minyak, kedai serbaneka mahupun aplikasi Touch ‘n Go sendiri kerana sudah tiada stok.

Harga Kad NFC TNG Lebih RM100

Ketiadaan stok kad tersebut telah membuatkan sesetengah pihak untuk menjual semula kad tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi daripada asalnya, sehingga mencecah RM100.

Jika kad tersebut datang dengan pelekat custom, ada yang menjualnya sehingga RM132 setiap satu.

Walaupun tak banyak yang jual pada harga setinggi ini, kebanyakannya menjual kad ini di platform jual beli dalam talian pada jurang harga RM35 – RM85.

*Kredit foto: Shopee

Bagi mereka yang tidak kisah membeli kad ini pada harga yang tinggi, anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa kad NFC yang dibeli itu adalah kad NFC Touch ‘n Go yang tulen.

Berbeza dengan kad Touch ‘n Go sebelum ini, kad NFC baharu ini tampil ringkas tanpa sebarang corak dan dibaluti dengan warna pastel lembut biru dan pink bersama logo Touch ‘n Go, TNG eWallet dan NFC berwarna silver di hadapan kad.

Stok Baharu Tiba Jun Ini

Jika anda cuba untuk membeli kad NFC di aplikasi eWallet TNG, aplikasi itu akan memberitahu bahawa kad tersebut sudah habis dijual dan anda bakal diberitahu sekiranya kad sudah tersedia. Persoalannya, bila?

Melalui kenyataan yang dibuat oleh TNG di Facebook, ekoran permintaan ramai, stok baharu kad TNG NFC itu djangka akan tiba pada bulan Jun ini.

CEO Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid sudah menjangkakan bahawa kad tersebut bakal mendapat permintaan tinggi melebihi apa yang ditawarkan ekoran pihaknya juga terkesan dengan krisis kekurangan cip yang melanda dunia.

Dengan kad Enhanced Touch ‘n Go, pengguna boleh menambah nilai kad fizikal mereka melalui telefon yang dilengkapi NFC tanpa perlu ke kiosk, stesen minyak, 7-Eleven atau kaunter perkhidmatan tanpa sebarang yuran tambahan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language