September 25, 2022
Harga tayar nampaknya semakin mahal berbanding sebelumnya apabila dalam tahun ini sahaja, sudah tiga kali harga tayar naik! Pemilik kereta dinasihatkan agar bersedia kerena harga tayar kereta dijangka akan naik antara 5% hingga 10% daripada harga terkini. Harga Tayar Naik Lagi Menurut laporan Kosmo, harga tayar naik disebabkan oleh kenaikan kos pengangkutan dan kos bahan mentah selain nilai Ringgit yang semakin susut. Penjual tayar tempatan juga telah menerima notis kenaikan harga tayar pada bulan depan daripada pembekal. Ini menjadikan ia kali ketiga harga tayar naik dalam tahun ini selepas bulan April dan Julai. Tambah mereka, kuasa untuk mengawal harga tayar sekarang berada diluar kawalan peniaga, tidak kiralah harga tayar import mahupun tayar tempatan. Ketika ini, semuanya sudah naik. Berikut merupakan harga tayar mampu miik terkini dan harga setelah mengalami kenaikan di sebuah kedai tayar di Shah Alam: Sedan: RM120 sebiji (bakal meningkat menjadi RM140 sebiji bermula bulan depan) SUV dan MPV: RM250 sebiji (bakal meningkat menjadi RM280 sebiji bermula bulan depan) Trak Pikap: RM300 sebiji (bakal meningkat menjadi RM330 sebiji bermula bulan depan) Menurut kedai tersebut, pembeli dari segelap lapisan ekonomi termasuk golongan T20 juga sering mencari tayar murah atau tayar terpakai kerana kekurangan bajet. Kenaikan harga tayar juga dikatakan berpunca daripada bahan pewarna hitam pada tayar atau serbuk yang diimport pengeluar terbesar dari Russia yang dipasarkan pada harga tinggi ketika ini. Ini menyebabkan kira-kira 70% pelanggan memilih tayar dari China kerana lebih murah 20-30% berbanding tayar tempatan. Walaupun tayar China sering dikatakan tidak berkualiti, namun faktor harga tetap menjadi sebab mengapa ramai tetap memilih tayar dari China. Sebagai perbezaan, berikut merupakan harga tayar berjenama dan harga tayar dari China berdasarkan sebuah kedai tayar di Pulau Pinang: Sedan: Berjenama (RM150 – RM230), China (RM120 – RM160) MPV & SUV: Berjenama (RM380 – RM800). China (RM200-RM500) *Kredit foto: Nastia Ramai Guna Tayar Sampai Botak Isu kenaikan harga tayar ini sedikit sebanyak telah memaksa pengguna untuk melanyak tayar mereka sehingga botak dan merekah. Ada juga yang dilaporkan sanggup menggunakan tayar kereta sehingga berusia hampir 7 tahun. Menurut seorang pembekal tayar, majoriti pelanggan yang datang ke kedainya memilih tayar dari China kerana ia lebih berbaloi meskipun tiada jaminan had kegunaanya. Penukaran tayar baharu pula kebiasan­nya dibuat secara bergilir-gilir dan ikut bajet pelanggan. *kredit foto: NRMA Tidak salah kalau mahu berjimat, namun janganlah terlalu berjimat sehingga mempengaruhi aspek keselamatan pula, tambah-tambah di musim hujan ini. Kalau terpaksa beli tayar China kerana kekangan bajet, kena ‘beringat’ sikitlah ketika memandu.

Harga tayar nampaknya semakin mahal berbanding sebelumnya apabila dalam tahun ini sahaja, sudah tiga kali harga tayar naik!

Pemilik kereta dinasihatkan agar bersedia kerena harga tayar kereta dijangka akan naik antara 5% hingga 10% daripada harga terkini.

Harga Tayar Naik Lagi

Menurut laporan Kosmo, harga tayar naik disebabkan oleh kenaikan kos pengangkutan dan kos bahan mentah selain nilai Ringgit yang semakin susut.

Penjual tayar tempatan juga telah menerima notis kenaikan harga tayar pada bulan depan daripada pembekal. Ini menjadikan ia kali ketiga harga tayar naik dalam tahun ini selepas bulan April dan Julai.

Tambah mereka, kuasa untuk mengawal harga tayar sekarang berada diluar kawalan peniaga, tidak kiralah harga tayar import mahupun tayar tempatan. Ketika ini, semuanya sudah naik.

Berikut merupakan harga tayar mampu miik terkini dan harga setelah mengalami kenaikan di sebuah kedai tayar di Shah Alam:

Sedan: RM120 sebiji (bakal meningkat menjadi RM140 sebiji bermula bulan depan)
SUV dan MPV: RM250 sebiji (bakal meningkat menjadi RM280 sebiji bermula bulan depan)
Trak Pikap: RM300 sebiji (bakal meningkat menjadi RM330 sebiji bermula bulan depan)

Menurut kedai tersebut, pembeli dari segelap lapisan ekonomi termasuk golongan T20 juga sering mencari tayar murah atau tayar terpakai kerana kekurangan bajet.

Kenaikan harga tayar juga dikatakan berpunca daripada bahan pewarna hitam pada tayar atau serbuk yang diimport pengeluar terbesar dari Russia yang dipasarkan pada harga tinggi ketika ini. Ini menyebabkan kira-kira 70% pelanggan memilih tayar dari China kerana lebih murah 20-30% berbanding tayar tempatan.

Walaupun tayar China sering dikatakan tidak berkualiti, namun faktor harga tetap menjadi sebab mengapa ramai tetap memilih tayar dari China. Sebagai perbezaan, berikut merupakan harga tayar berjenama dan harga tayar dari China berdasarkan sebuah kedai tayar di Pulau Pinang:

Sedan: Berjenama (RM150 – RM230), China (RM120 – RM160)
MPV & SUV: Berjenama (RM380 – RM800). China (RM200-RM500)

*Kredit foto: Nastia

Ramai Guna Tayar Sampai Botak

Isu kenaikan harga tayar ini sedikit sebanyak telah memaksa pengguna untuk melanyak tayar mereka sehingga botak dan merekah. Ada juga yang dilaporkan sanggup menggunakan tayar kereta sehingga berusia hampir 7 tahun.

Menurut seorang pembekal tayar, majoriti pelanggan yang datang ke kedainya memilih tayar dari China kerana ia lebih berbaloi meskipun tiada jaminan had kegunaanya. Penukaran tayar baharu pula kebiasan­nya dibuat secara bergilir-gilir dan ikut bajet pelanggan.

*kredit foto: NRMA

Tidak salah kalau mahu berjimat, namun janganlah terlalu berjimat sehingga mempengaruhi aspek keselamatan pula, tambah-tambah di musim hujan ini. Kalau terpaksa beli tayar China kerana kekangan bajet, kena ‘beringat’ sikitlah ketika memandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language