Categories
Auto news

Harga Tol Lebuhraya AKLEH, GUTHRIE, SILK dan LKSA Bakal Diturunkan – Bermula 20 Oktober ini

Selain daripada pengumuman tol percuma yang diberikan pada Lebuhraya DASH, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan pengurangan kadar tol di empat lebuh raya lain yang dikendalikan oleh Prolintas!

Pengurangan tol yang bakal bermula pada 20 Oktober ini melibatkan lebuh raya seperti:

Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK)

Penstrukturan Semula Kadar Tol

Menurut PM, kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk menstrukturkan semula empat buah syarikat konsesi lebuh raya bertol dibawah kendalian Prolintas dan mengurangkan kadar tol di lebuhraya terlibat atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap peningkatan kos sara hidup.

Pengurangan kadar tol bagi keempat-empat lebuh raya di bawah kendalian Prolintas ini bakal berkuat kuasa pada 20 Oktober ini,  jam 12:01 minit tengah malam.

Selain itu, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) serta Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dibawah kendalian kumpulan IGM Corporation Berhad turut akan mengalami pengurangan kadar tol yang akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2023.

*Kredit foto: Utusan

Penambahbaikan Lebuh Raya

Sementara itu, bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (dari plaza tol Gombak hingga ke Bentong), kerajaan akan membina lorong tambahan dan satu terowong baharu di Genting Sempah.

Pada masa yang sama, kerja-kerja tebatan banjir di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) akan dilaksanakan susulan daripada kejadian banjir yang sering berlaku di sana.

Kesemua kerja-kerja pembaikan yang dinyatakan di atas mengambil kira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan yang sedang dimuktamadkan.

Melaui penstrukturan terbaru ini, kerajaan telah menjimatkan RM8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat. Pengguna lebuh raya bakal dapat menikmati kadar tol yang lebuh rendah sekaligus mengurangkan beban kos sara hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language