June 10, 2023
Susulan pelancaran Honda HR-V baru-baru ini, akhirnya Proton X50 menerima pencabarnya yang sebenar dalam kumpulan SUV segmen-B. Menariknya, Honda Malaysia membawa masuk 3 pilihan enjin bagi HR-V 2022 seperti NA, Turbo dan Hibrid. Kehadiran varian HR-V dengan pilihan enjin turbo semestinya membuatkan kedudukan pengendali SUV segmen-B, Proton X50 sedikit tercabar. Antara Honda HR-V 1.5 V Turbo dan Proton X50 Flagship, yang mana satu pilihan yang lebih menarik? Enjin Dan Prestasi Model Honda HR-V 1.5 V Proton X50 Flagship Jenis Enjin 4 silinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO 3 silinder, In-Line, 12 Valve DOHC, Turbo Kapasiti (cc) 1,498 1,477 Kuasa (PS) 181 177 Tork (Nm) 240 255 Transmisi CVT Automatik klac berkembar 7-kelajuan 0-100 km/j  8.8 saat 7.9 saat Kelajuan Maksimum  200 km/j 195 km/j Penggunaan Bahan Api 6.5 liter/100 km 6.4 liter/100km   Dari segi enjin, X50 hanya menggunakan enjin 3 silinder berbanding enjin 4 silinder yang digunakan pada HR-V. Namun dari segi output enjin, tidak banyak beza antara kedua-dua SUV ini memandangkan HR-V hanya memiliki lebihan 4 PS kuasa namun dari segi tork, HR-V kurang 15 Nm berbanding X50. Berdasarkan perbandingan di atas kertas, Proton X50 tewas dari segi jumlah kuasa dan kelajuan maksimum. Tetapi jumlah tork yang lebih tinggi pada X50 membuatkan kereta itu mencapat pergerakan 0-100 km/j dengan 0.9 saat lebih pantas serta 0.1 liter/100 km lebih jimat dari segi peggunaan bahan api. Dimensi Model Honda HR-V 1.5 V Turbo Proton X50 Flagship Panjang (mm) 4,385 4,330 Lebar (mm) 1,790 1,800 Tinggi (mm) 1,590 1,609 Jarak Roda (mm) 2,610 2,600 Berat Kerb (kg) 1,403 1,350 Kapasiti But (liter) 320 330   Dari segi dimensi, HR-V 2022 lebih panjang dan lebih berat berbanding X50 namun tewas dari segi kelebaran dan ketinggian kereta. Selain itu kapasiti but X50 juga 10 liter lebih besar berbanding HR-V. Exterior Kedua-dua SUV ini dilengkapi dengan lampu jenis LED bagi semua jenis lampunya. Walau bagaimanapun, HR-V tampil lebih menarik dengan nyalaan lampu signal jenis sequential. Dari segi rupa luaran semata-mata, Proton X50 kelihatan garang dan tegap ala-ala Range Rover Evoque manakala HR-V pula tampil dengan imej yang lebih agresif dengan rekaan belakang bertemakan ‘fastback style’ yang lebih aerodinamik. Walaupun saiz rim kedua-dua varian ini sama, namun varian HR-V 1.5 E yang turut menggunakan enjin VTEC Turbo hanya menerima rim bersaiz 17 inci sahaja. Interior Model Honda HR-V 1.5 V Turbo Proton X50 Flagship Paparan Meter TFT 7-inci LCD Penuh Paparan Infotainment 8-inci 10.25-inci Apple Carplay & Android Auto Ada Tiada Sunroof Tiada Ada Corong Penyaman Udara Belakang Ada Ada Tempat Duduk Leatherette  Leatherette Power Seat 8-gaya pelarasan 6-gaya pelarasan   Kedua-dua SUV ini menampilkan gabungan plastik lembut dan keras di bahagian dalam kereta memberikan rasa premium pada interior kereta ini. HR-V hadir dengan interior serba hitam manakala X50 lebih menyerlah dengan interior dua tona dan sunroof. Dari segi praktikaliti, Honda HR-V yang baru dilancarkan pada tahun ini mempunyai saiz but yang lebih kecil berbanding Proton X50 yang dilancarkan pada 2020 lalu. Walau bagaimanapun, HR-V menawarkan ciri mod Ultra Seat seperti: Utility Mode Long Mode Tall Mode Keselamatan Honda HR-V 1.5 V Turbo: 6x Airbags ABS Stability Control Auto Emergency Braking Adaptive Cruise Control Lane Centering Assist Lane Keeping Assist Auto high beam Blind Spot Monitoring (Honda LaneWatch) Kamera under pelbagai sudut Honda SENSING (FCW, CMBS, LDW, LKAS, RDM, ACC, LSF, AHB, LCDN) Honda CONNECT (Safety, Security, Convenience) Immobilizer Proton X50 Flagship: 6 beg udara Keselamatan ABS Stability Control Auto Emergency Braking Adaptive Cruise Control with Stop and Go Forward Collision Warning (FCW) Lane Keep Assist (LKA) Lane Departure Warning (LDW) Blind Spot Information System (BLIS) Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) Auto Park Assist (APA) Kamera 360 darjah Immobilizer Ciri Lain Model Honda HR-V 1.5 V Turbo Proton X50 Flagship Smart Entry with Push Start Ada Ada Walk Away Auto Lock Ada Tiada Pengelap Cermin Automatik Ada Ada Paddle Shift Ada Tiada Mod Pemanduan Normal, Econ, Sport Normal, Eco, Sport Remote Engine Start Ada Ada Harga OTR Tanpa Insurans 2022 Honda HR-V 1.5 V: RM134,800 2022 Proton X50 Flagship: RM103,300 Walaupun berada dalam segmen yang sama, namun terdapat perbezaan harga sebanyak RM31,500 bagi kedua-dua model ini. Jika anda mahukan SUV yang lebih fresh di pasaran tanpa sebarang masalah berkaitan alat ganti buat masa ini, Honda HR-V lah pilihan anda. Namun jika anda memilih HR-V kerana tidak mahu menunggu lama untuk Proton X50, ketahuilah bahawa Honda HR-V generasi ketiga yang baru dilancarkan juga menerima tempoh menunggu yang lama sehingga mencecah 12 bulan. Untuk SUV yang lebih mampu milik dengan ciri yang lebih kurang sama, Proton X50 adalah pilihan terbaik.     

Susulan pelancaran Honda HR-V baru-baru ini, akhirnya Proton X50 menerima pencabarnya yang sebenar dalam kumpulan SUV segmen-B.

Menariknya, Honda Malaysia membawa masuk 3 pilihan enjin bagi HR-V 2022 seperti NA, Turbo dan Hibrid. Kehadiran varian HR-V dengan pilihan enjin turbo semestinya membuatkan kedudukan pengendali SUV segmen-B, Proton X50 sedikit tercabar.

Antara Honda HR-V 1.5 V Turbo dan Proton X50 Flagship, yang mana satu pilihan yang lebih menarik?

Enjin Dan Prestasi

Model
Honda HR-V 1.5 V
Proton X50 Flagship

Jenis Enjin
4 silinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO
3 silinder, In-Line, 12 Valve DOHC, Turbo

Kapasiti (cc)
1,498
1,477

Kuasa (PS)
181
177

Tork (Nm)
240
255

Transmisi
CVT
Automatik klac berkembar 7-kelajuan

0-100 km/j 
8.8 saat
7.9 saat

Kelajuan Maksimum 
200 km/j
195 km/j

Penggunaan Bahan Api
6.5 liter/100 km
6.4 liter/100km

 

Dari segi enjin, X50 hanya menggunakan enjin 3 silinder berbanding enjin 4 silinder yang digunakan pada HR-V. Namun dari segi output enjin, tidak banyak beza antara kedua-dua SUV ini memandangkan HR-V hanya memiliki lebihan 4 PS kuasa namun dari segi tork, HR-V kurang 15 Nm berbanding X50.

Berdasarkan perbandingan di atas kertas, Proton X50 tewas dari segi jumlah kuasa dan kelajuan maksimum. Tetapi jumlah tork yang lebih tinggi pada X50 membuatkan kereta itu mencapat pergerakan 0-100 km/j dengan 0.9 saat lebih pantas serta 0.1 liter/100 km lebih jimat dari segi peggunaan bahan api.

Dimensi

Model
Honda HR-V 1.5 V Turbo
Proton X50 Flagship

Panjang (mm)
4,385
4,330

Lebar (mm)
1,790
1,800

Tinggi (mm)
1,590
1,609

Jarak Roda (mm)
2,610
2,600

Berat Kerb (kg)
1,403
1,350

Kapasiti But (liter)
320
330

 

Dari segi dimensi, HR-V 2022 lebih panjang dan lebih berat berbanding X50 namun tewas dari segi kelebaran dan ketinggian kereta. Selain itu kapasiti but X50 juga 10 liter lebih besar berbanding HR-V.

Exterior

Kedua-dua SUV ini dilengkapi dengan lampu jenis LED bagi semua jenis lampunya. Walau bagaimanapun, HR-V tampil lebih menarik dengan nyalaan lampu signal jenis sequential.

Dari segi rupa luaran semata-mata, Proton X50 kelihatan garang dan tegap ala-ala Range Rover Evoque manakala HR-V pula tampil dengan imej yang lebih agresif dengan rekaan belakang bertemakan ‘fastback style’ yang lebih aerodinamik.

Walaupun saiz rim kedua-dua varian ini sama, namun varian HR-V 1.5 E yang turut menggunakan enjin VTEC Turbo hanya menerima rim bersaiz 17 inci sahaja.

Interior

Model
Honda HR-V 1.5 V Turbo
Proton X50 Flagship

Paparan Meter
TFT 7-inci
LCD Penuh

Paparan Infotainment
8-inci
10.25-inci

Apple Carplay & Android Auto
Ada
Tiada

Sunroof
Tiada
Ada

Corong Penyaman Udara Belakang
Ada
Ada

Tempat Duduk
Leatherette 
Leatherette

Power Seat
8-gaya pelarasan
6-gaya pelarasan

 

Kedua-dua SUV ini menampilkan gabungan plastik lembut dan keras di bahagian dalam kereta memberikan rasa premium pada interior kereta ini. HR-V hadir dengan interior serba hitam manakala X50 lebih menyerlah dengan interior dua tona dan sunroof.

Dari segi praktikaliti, Honda HR-V yang baru dilancarkan pada tahun ini mempunyai saiz but yang lebih kecil berbanding Proton X50 yang dilancarkan pada 2020 lalu. Walau bagaimanapun, HR-V menawarkan ciri mod Ultra Seat seperti:

Utility Mode
Long Mode
Tall Mode

Keselamatan

Honda HR-V 1.5 V Turbo:

6x Airbags
ABS
Stability Control
Auto Emergency Braking
Adaptive Cruise Control
Lane Centering Assist
Lane Keeping Assist
Auto high beam
Blind Spot Monitoring (Honda LaneWatch)
Kamera under pelbagai sudut
Honda SENSING (FCW, CMBS, LDW, LKAS, RDM, ACC, LSF, AHB, LCDN)
Honda CONNECT (Safety, Security, Convenience)
Immobilizer

Proton X50 Flagship:

6 beg udara Keselamatan
ABS
Stability Control
Auto Emergency Braking
Adaptive Cruise Control with Stop and Go
Forward Collision Warning (FCW)
Lane Keep Assist (LKA)
Lane Departure Warning (LDW)
Blind Spot Information System (BLIS)
Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
Auto Park Assist (APA)
Kamera 360 darjah
Immobilizer

Ciri Lain

Model
Honda HR-V 1.5 V Turbo
Proton X50 Flagship

Smart Entry with Push Start
Ada
Ada

Walk Away Auto Lock
Ada
Tiada

Pengelap Cermin Automatik
Ada
Ada

Paddle Shift
Ada
Tiada

Mod Pemanduan
Normal, Econ, Sport
Normal, Eco, Sport

Remote Engine Start
Ada
Ada

Harga OTR Tanpa Insurans

2022 Honda HR-V 1.5 V: RM134,800
2022 Proton X50 Flagship: RM103,300

Walaupun berada dalam segmen yang sama, namun terdapat perbezaan harga sebanyak RM31,500 bagi kedua-dua model ini. Jika anda mahukan SUV yang lebih fresh di pasaran tanpa sebarang masalah berkaitan alat ganti buat masa ini, Honda HR-V lah pilihan anda.

Namun jika anda memilih HR-V kerana tidak mahu menunggu lama untuk Proton X50, ketahuilah bahawa Honda HR-V generasi ketiga yang baru dilancarkan juga menerima tempoh menunggu yang lama sehingga mencecah 12 bulan. Untuk SUV yang lebih mampu milik dengan ciri yang lebih kurang sama, Proton X50 adalah pilihan terbaik. 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language