July 1, 2022
Dalam minggu ni sahaja, industri automotif agak sibuk dengan pelancaran Proton X70 MC1 serta tempahan bagi Honda HR-V 2022 yang kini dibuka. Antara kedua-dua kereta Ini, yang mana satu paling cocok untuk anda?  Untuk menjawab persoalan tersebut, kami akan membandingkan model di bawah untuk melihat sama ada adakah SUV segmen-B sudah memadai ataupun lebih baik beli SUV segmen-C sahaja. Proton X70 MC1 2022, varian 1.5 TGDI Premium Honda HR-V 2022 (varian petrol) Seperti yang disahkan oleh Honda Malaysia, HR-V 2022 akan hadir dalam dua pilihan rangkaian iaitu enjin petrol sepenuhnya serta hibrid e:HEV. Namun dalam perbandingan kali ini, kami akan memilih varian petrol sahaja untuk dibandingkan bersama X70 MC1 ini. Dimensi Model Panjang Lebar Tinggi Jarak Roda Honda HR-V 2022 4,385 mm 1,790 mm 1,590 mm 2,610 mm Proton X70 MC1 4,519 mm 1,831 mm 1,694 mm 2,630 mm   Dari segi saiz, perbezaan segmen membuatkan Proton X70  memang lebih besar, tinggi dan lebar bebanding HR-V. Jika saiz dan keluasan merupakan perkara utama yang anda fikirkan dalam memilih kereta, jelas sekali siapa pemenangnya di sini.   Exterior Proton X70 MC1 masih lagi kelihatan seperti Proton X70 yang dilancarkan pada tahun 2020 sebelum ini. Perbezaan minimal seperti warna hitam di perumah lampu kabus serta bampar hadapan dan belakang kereta agak sukar untuk dibezakan, kecuali apabila melihat rim 19-inci nya. Sementara itu, HR-V untuk pasaran Malaysia telah disahkan akan menerima teknologi LED untuk lampu hadapan, lampu nyalaan siang dan lampu kabus, lampu isyarat membelok jenis LED Sequential serta set rim aloi bersaiz 18-inci. Dari segi rupa paras kereta, Honda HR-V lebih memberikan imej yang segar memandangkan ia masih baru berbanding Proton X70 yang sudah kerap dilihat di jalan raya. Rekaan rupa hadapan yang ringkas dan kemas membuatkan HR-V kelihatan lebih garang dan futuristik. Enjin Perincian mengenai jenis enjin yang bakal digunakan oleh HR-V di Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya. Namun di pasaran indonesia, HR-V ini ditawarkan dalam dua pilihan enjin petrol iaitu: 1.5L empat silinder i-VTEC NA 1.5L empat silinder VTEC Turbo Untuk Honda HR-V, kemungkinan besar ialah Honda Malaysia bakal memperkenalkan hanya enjin NA di Malaysia ditambah dengan varian teratas hibrid.  Enjin 1.5 NA, menampilkan angka kuasa yang sama seperti pada City iaitu 121 PS dan tork maksima 145 Nm serta dipadankan dengan kotak gear CVT. Enjin Kuasa Tork Transmisi 1.5 TGDI X70 177 PS 255 Nm 7 kelajuan automatik DCT 1.5 NA HR-V 121 PS 145 Nm CVT   Sementara itu, Enjin 1.5 TGDI pada X70 pula menghasilkan output yang sama seperti Proton X50, iaitu 177 PS dan 255 Nm tork. Walau bagaimanapun, penggunaan enjin 1.5 TGDI pada X70 memberikan perbezaan berat yang ketara berbanding enjin 1.8 TGDI sebelumnya di mana ia telah mengurangkan berat enjin sebanyak 43 kg. berat enjin 1.8 adalah 156 kg manakala enjin 1.5 adalah 113 kg. Meskipun saiz X70 lebih besar berbanding HR-V, namun penurunan kapasiti dan output enjin terhadap X70 MC1 ini tidaklah begitu terasa ekoran model 1.5 lebih ringan. Jika dilihat di atas kertas, enjin X70 1.5 TGDI kelihatan lebih berkuasa berbanding enjin HR-V. Enjin X70 itu dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan automatik DCT.   Interior Dari segi interior pula, X70 MC1 masih lagi mengekalkan interior yang sama seperti sebelumnya dengan menggunakan warna coklat. Bezanya cuma kali ini, bumbung dalamnya diwarnakan hitam. Tiada sambungan pintar Apple Carplay mahupun Android Auto terdapat pada paparan infotainmen bersaiz 8-inci. Terdapat kemudahan arahan suara Hi Proton yang membolehkan pemandu mengawal tingkap, suhu dan infotaimen. Honda HR-V pula menawarkan interior yang lebih bersifat minimal sambil dilengkapi dengan corong penyaman udara memanjang seperti yang terdapat pada Honda Civic generasi ke 11. Walaupun ruang kepala mungkin akan berkurangan berbanding model sebelumnya memandangkan bumbung belakangnya yang lebih rendah, namun dari segi keluasan bahu mungkin bertambah memandangkan ia sedikit lebar. Model ini bakal dilengkapi dengan Apple Carplay dan Android Auto seperti yang ada pada Civic dan City generasi terkini. Ciri Keselamatan Aktif Proton X70 MC1 Autonomous Emergency Braking (AEB) Forward Collision Warning (FCW) Adaptive Cruise Control (ACC) Lane Departure Warning (LDW) Blind Spot Monitor Door opening warning system Intelligent high beam Tyre pressure monitoring system Kamera 360 darjah Sensor parking: 4 hadapan, 4 belakang Immobilizer Honda HR-V Kemungkinan Honda HR-V akan dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif Honda Sensing yang terdiri daripada : brek kecemasan autonomi (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal Kawalan pelayaran adaptif Lampu tinggi automatik Bantuan kekal lorong Pemantauan titik buta Amaran pergerakan hadapan Walau bagaimanapun, memandangkan City dan City Hatchback hanya tiba dengan LaneWatch dalam 1.5V, mungkin ciri seperti 6 beg udara keselamatan, ABS dan kawalan kestabilan akan dimasukkan dalam varian asas dan Honda Sensing akan dikhaskan untuk varian petrol teratas dan e:HEV. Harga Proton X70 MC1 1.5L TGDI Premium 2WD ini dijual pada harga RM117,900 manakala Honda HR-V 2022 dijangka dijual pada harga jangkaan bermula RM120,000 bagi varian asas sehingga RM140,000 bagi varian hibrid. Dari segi harga, Proton X70 MC1 mungkin muncul sebagai pilihan yang lebih menarik jika dibandingkan dari segi harga sahaja. Walau bagaimanapun, anda tak sepatutnya membandingkan dari segi harga kereta sahaja, namun fikirlah juga harga penyelenggaraannya. Semakin besar segmen kereta, semakin tinggilah bayaran yang dikenakan. Sebagai contoh, Proton X70 MC1 menggunakan tayar bersaiz 19-inci manakala HR-V menggunakan tayar 18-inci. Kesimpulan Kesimpulannya, masih tidak banyak perincian berkenaan spesifikasi Honda HR-V varian petrol yang dikongsikan oleh Honda Malaysia. Perbandingan sah mungkin dapat dibuat setelah model itu dilancarkan kelak. Walau bagaimanapun, Jika anda rasa lebih berbaloi untuk membeli SUV segmen C pada harga yang lebih rendah berbanding SUV segmen B, X70 MC1 sememangnya pilihan yang menarik. Namun model baharu Honda HR-V juga tidak kurang sengatnya dengan reka bentuk yang lebih agresif dan futuristik. Yang paling penting, tepuk dada, tanya selera.  

Dalam minggu ni sahaja, industri automotif agak sibuk dengan pelancaran Proton X70 MC1 serta tempahan bagi Honda HR-V 2022 yang kini dibuka. Antara kedua-dua kereta Ini, yang mana satu paling cocok untuk anda? 

Untuk menjawab persoalan tersebut, kami akan membandingkan model di bawah untuk melihat sama ada adakah SUV segmen-B sudah memadai ataupun lebih baik beli SUV segmen-C sahaja.

Proton X70 MC1 2022, varian 1.5 TGDI Premium
Honda HR-V 2022 (varian petrol)

Seperti yang disahkan oleh Honda Malaysia, HR-V 2022 akan hadir dalam dua pilihan rangkaian iaitu enjin petrol sepenuhnya serta hibrid e:HEV. Namun dalam perbandingan kali ini, kami akan memilih varian petrol sahaja untuk dibandingkan bersama X70 MC1 ini.

Dimensi

Model
Panjang
Lebar
Tinggi
Jarak Roda

Honda HR-V 2022
4,385 mm
1,790 mm
1,590 mm
2,610 mm

Proton X70 MC1
4,519 mm
1,831 mm
1,694 mm
2,630 mm

 

Dari segi saiz, perbezaan segmen membuatkan Proton X70  memang lebih besar, tinggi dan lebar bebanding HR-V. Jika saiz dan keluasan merupakan perkara utama yang anda fikirkan dalam memilih kereta, jelas sekali siapa pemenangnya di sini.  

Exterior

Proton X70 MC1 masih lagi kelihatan seperti Proton X70 yang dilancarkan pada tahun 2020 sebelum ini. Perbezaan minimal seperti warna hitam di perumah lampu kabus serta bampar hadapan dan belakang kereta agak sukar untuk dibezakan, kecuali apabila melihat rim 19-inci nya.

Sementara itu, HR-V untuk pasaran Malaysia telah disahkan akan menerima teknologi LED untuk lampu hadapan, lampu nyalaan siang dan lampu kabus, lampu isyarat membelok jenis LED Sequential serta set rim aloi bersaiz 18-inci.

Dari segi rupa paras kereta, Honda HR-V lebih memberikan imej yang segar memandangkan ia masih baru berbanding Proton X70 yang sudah kerap dilihat di jalan raya. Rekaan rupa hadapan yang ringkas dan kemas membuatkan HR-V kelihatan lebih garang dan futuristik.

Enjin

Perincian mengenai jenis enjin yang bakal digunakan oleh HR-V di Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya. Namun di pasaran indonesia, HR-V ini ditawarkan dalam dua pilihan enjin petrol iaitu:

1.5L empat silinder i-VTEC NA
1.5L empat silinder VTEC Turbo

Untuk Honda HR-V, kemungkinan besar ialah Honda Malaysia bakal memperkenalkan hanya enjin NA di Malaysia ditambah dengan varian teratas hibrid. 

Enjin 1.5 NA, menampilkan angka kuasa yang sama seperti pada City iaitu 121 PS dan tork maksima 145 Nm serta dipadankan dengan kotak gear CVT.

Enjin
Kuasa
Tork
Transmisi

1.5 TGDI X70
177 PS
255 Nm
7 kelajuan automatik DCT

1.5 NA HR-V
121 PS
145 Nm
CVT

 

Sementara itu, Enjin 1.5 TGDI pada X70 pula menghasilkan output yang sama seperti Proton X50, iaitu 177 PS dan 255 Nm tork. Walau bagaimanapun, penggunaan enjin 1.5 TGDI pada X70 memberikan perbezaan berat yang ketara berbanding enjin 1.8 TGDI sebelumnya di mana ia telah mengurangkan berat enjin sebanyak 43 kg. berat enjin 1.8 adalah 156 kg manakala enjin 1.5 adalah 113 kg.

Meskipun saiz X70 lebih besar berbanding HR-V, namun penurunan kapasiti dan output enjin terhadap X70 MC1 ini tidaklah begitu terasa ekoran model 1.5 lebih ringan. Jika dilihat di atas kertas, enjin X70 1.5 TGDI kelihatan lebih berkuasa berbanding enjin HR-V. Enjin X70 itu dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan automatik DCT.  

Interior

Dari segi interior pula, X70 MC1 masih lagi mengekalkan interior yang sama seperti sebelumnya dengan menggunakan warna coklat. Bezanya cuma kali ini, bumbung dalamnya diwarnakan hitam. Tiada sambungan pintar Apple Carplay mahupun Android Auto terdapat pada paparan infotainmen bersaiz 8-inci. Terdapat kemudahan arahan suara Hi Proton yang membolehkan pemandu mengawal tingkap, suhu dan infotaimen.

Honda HR-V pula menawarkan interior yang lebih bersifat minimal sambil dilengkapi dengan corong penyaman udara memanjang seperti yang terdapat pada Honda Civic generasi ke 11. Walaupun ruang kepala mungkin akan berkurangan berbanding model sebelumnya memandangkan bumbung belakangnya yang lebih rendah, namun dari segi keluasan bahu mungkin bertambah memandangkan ia sedikit lebar. Model ini bakal dilengkapi dengan Apple Carplay dan Android Auto seperti yang ada pada Civic dan City generasi terkini.

Ciri Keselamatan Aktif

Proton X70 MC1

Autonomous Emergency Braking (AEB)
Forward Collision Warning (FCW)
Adaptive Cruise Control (ACC)
Lane Departure Warning (LDW)
Blind Spot Monitor
Door opening warning system
Intelligent high beam
Tyre pressure monitoring system
Kamera 360 darjah
Sensor parking: 4 hadapan, 4 belakang
Immobilizer

Honda HR-V

Kemungkinan Honda HR-V akan dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif Honda Sensing yang terdiri daripada :

brek kecemasan autonomi (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal
Kawalan pelayaran adaptif
Lampu tinggi automatik
Bantuan kekal lorong
Pemantauan titik buta
Amaran pergerakan hadapan

Walau bagaimanapun, memandangkan City dan City Hatchback hanya tiba dengan LaneWatch dalam 1.5V, mungkin ciri seperti 6 beg udara keselamatan, ABS dan kawalan kestabilan akan dimasukkan dalam varian asas dan Honda Sensing akan dikhaskan untuk varian petrol teratas dan e:HEV.

Harga

Proton X70 MC1 1.5L TGDI Premium 2WD ini dijual pada harga RM117,900 manakala Honda HR-V 2022 dijangka dijual pada harga jangkaan bermula RM120,000 bagi varian asas sehingga RM140,000 bagi varian hibrid. Dari segi harga, Proton X70 MC1 mungkin muncul sebagai pilihan yang lebih menarik jika dibandingkan dari segi harga sahaja.

Walau bagaimanapun, anda tak sepatutnya membandingkan dari segi harga kereta sahaja, namun fikirlah juga harga penyelenggaraannya. Semakin besar segmen kereta, semakin tinggilah bayaran yang dikenakan. Sebagai contoh, Proton X70 MC1 menggunakan tayar bersaiz 19-inci manakala HR-V menggunakan tayar 18-inci.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masih tidak banyak perincian berkenaan spesifikasi Honda HR-V varian petrol yang dikongsikan oleh Honda Malaysia. Perbandingan sah mungkin dapat dibuat setelah model itu dilancarkan kelak. Walau bagaimanapun, Jika anda rasa lebih berbaloi untuk membeli SUV segmen C pada harga yang lebih rendah berbanding SUV segmen B, X70 MC1 sememangnya pilihan yang menarik. Namun model baharu Honda HR-V juga tidak kurang sengatnya dengan reka bentuk yang lebih agresif dan futuristik. Yang paling penting, tepuk dada, tanya selera.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language