December 3, 2022
JPJ Negeri Selangor telah mengadakan Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 3 baru-baru ini yang menyaksikan sebanyak 135 buah kenderaan berjaya dilelong. Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, sebanyak 135 kenderaan sita yang dilelong JPJ Selangor itu terdiri daripada kenderaan berdaftar dan kenderaan tidak berdaftar. Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Proses lelongan itu menyaksikan sebanyak 135 kenderaan sita yang terdiri daripada 97 motosikal, 17 kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV), jip, bas, van, lori kargo am dan semi treler. “Daripada jumlah itu, sebanyak 132 berjaya dilelong dengan kutipan sebanyak RM527,878," jelas Khairul. Seramai 92 pembida hadir dalam proses lelongan awam itu yang terdiri daripada individu dan pemilik bengkel kenderaan. Honda Integra Dilelong RM58,000 Khairul berkata, Honda Integra adalah model paling tinggi nilainya berjaya dilelong selepas dibida pada harga RM58,000 manakala jumlah lelongan terendah berjumlah RM93. Tambahnya, antara kenderaan lain yang turut dilelong termasuk Honda Civic dan kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Toyota Wish dan Honda Odyssey. Semua kenderaan yang dilelong ini merupakan kenderaan yang disita oleh JPJ Selangor sejak setahun lalu. Beliau menambah, sebanyak 115 kenderaan sita berdaftar dalam lelongan awam itu, di mana 104 daripada boleh dilesenkan, manakala 11 buah tidak boleh dilesenkan (scrap). Bagi kenderaan tidak berdaftar (klon), sebanyak 20 buah berjaya dilelong. Ini menjadikan jumlah kutipan lelongan awam keseluruhan sejak 2019 sehingga semalam sebanyak RM5.4 juta.

JPJ Negeri Selangor telah mengadakan Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 3 baru-baru ini yang menyaksikan sebanyak 135 buah kenderaan berjaya dilelong.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, sebanyak 135 kenderaan sita yang dilelong JPJ Selangor itu terdiri daripada kenderaan berdaftar dan kenderaan tidak berdaftar.

Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ

Proses lelongan itu menyaksikan sebanyak 135 kenderaan sita yang terdiri daripada 97 motosikal, 17 kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV), jip, bas, van, lori kargo am dan semi treler.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 132 berjaya dilelong dengan kutipan sebanyak RM527,878,” jelas Khairul.

Seramai 92 pembida hadir dalam proses lelongan awam itu yang terdiri daripada individu dan pemilik bengkel kenderaan.

Honda Integra Dilelong RM58,000

Khairul berkata, Honda Integra adalah model paling tinggi nilainya berjaya dilelong selepas dibida pada harga RM58,000 manakala jumlah lelongan terendah berjumlah RM93.

Tambahnya, antara kenderaan lain yang turut dilelong termasuk Honda Civic dan kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Toyota Wish dan Honda Odyssey.

Semua kenderaan yang dilelong ini merupakan kenderaan yang disita oleh JPJ Selangor sejak setahun lalu.

Beliau menambah, sebanyak 115 kenderaan sita berdaftar dalam lelongan awam itu, di mana 104 daripada boleh dilesenkan, manakala 11 buah tidak boleh dilesenkan (scrap).

Bagi kenderaan tidak berdaftar (klon), sebanyak 20 buah berjaya dilelong.

Ini menjadikan jumlah kutipan lelongan awam keseluruhan sejak 2019 sehingga semalam sebanyak RM5.4 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language