Categories
Auto news

Honda Payung Rupa Baharu CR-V 2023 – Lebih Agresif, Lebih Sporty

Honda telah menyiarkan imej rasmi bahagian hadapan dan belakang Honda CR-V 2023 untuk pasaran Amerika, menandakan pelancarannya di peringkat global sudah tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut hanya menampilkan separuh sahaja daripada bahagian hadapan dan belakang SUV tersebut. Walau bagaimanapun, The Ajerul telah menggunakan teknik ‘mirror’ pada gambar tersebut dan berkongsi di Facebook untuk memberikan gambaran rupa penuh model tersebut.

*Kredit foto: The Ajerul

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Honda CR-V 2023

Walaupun imej penuh model ini sudah dibocorkan sebelum ini, namun imej rasmi yang dikeluarkan Honda ini sedikit sebanyak memberi petuntuk berkenaan perincian sebenar kereta ini apabila dilancarkan kelak.

*Kredit foto: The Ajerul

Exterior

Reka bentuk hadapan yang lebih agresif dengan penambahan perincian kemasan krom di bahagian bawah bampar hadapan dengan garisan berbentuk C di bahagian hujungnya, kemasan gril berbentuk hexagon, lampu DRL nipis yang memanjang di atas lampu utama LED.
Bahagian belakang pula, lampu belakang dengan rekaan baharu berbentuk-L pada CR-V 2023 ini membuatkan ia kelihatan seperti sebuah model Volvo. Rekaan perumah tip ekzos kereta ini juga disekalikan pada bampar.
Cermin sisi kini diletakkan pada bahagian panel pintu kereta seperti kebanyakan model terkini Honda.
CR-V generasi baharu ini direka dengan konsep garis badan sama seperti HR-V generasi ketiga.

Enjin Dan Prestasi

Honda CR-V 2023 ini bakal hadir dengan sistem hibrid yang lebih canggih yang menawarkan pemanduan yang lebih sporty seperti sistem hibrid e:HEV di Civic yang menawarkan 184 PS dan 315 Nm tork.
Model CR-V sedia ada di AS sudah dilengkapi dengan sistem hibrid i-MMD yang menggabungkan enjin 2.0 liter NA yang berfungsi sebagai penjana untuk menggerakkan motor elektrik.
Mungkin ia bakal memperkenalkan output kuasa yang lebih tinggi dengan bateri yang lebih besar atau memperkenalkan versi plug-in hybrid seperti di pasaran China ke pasaran global.
Untuk versi petrol biasa, Honda dijangka bakal menawarkan enjin turbo sama iaitu 1.5L VTEC Turbo yang menghasilkan 193 HP dan 243 Nm tork dengan transmisi CVT yang dipancarkan sama ada pada FWD atau AWD.

Interior?

Sayangnya, masih tiada satu pun gambar interior Honda CR-V 2023 ini dibocorkan, tidak kiralah dari sumber rasmi mahupun tidak. Apa-apa pun, kemungkinan besar bahagian dalamannya juga akan diperbaharui sepenuhnya dengan kemasan yang lebih moden.

Tarikh Pelancaran

Selain perincian lanjut, tarikh pelancaran model ini di peringkat global juga masih menjadi tanda tanya. Namun ia dijangka membuat kemunculan rasmi pada suku ketiga tahun ini dan penghantarannya dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language