September 22, 2023
SUV kompak serba baharu, Honda WR-V yang juga pesaing sebenar kepada Perodua Ativa telah dilancarkan di Indonesia baru-baru ini. Honda WR-V ini adalah model yang dihasilkan daripada model SUV RS Concept yang telah diperkenalkan di Indonesia pada tahun lalu. WR-V ini diposisikan sebagai SUV kompak segmen-B, di bawah Honda HR-V. Honda WR-V dikatakan bakal memberi saingan kepada beberapa SUV kompak lain dalam kategorinya yang terdiri daripada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Di Malaysia, musuh utamanya adalah Perodua Ativa. Antara kedua-dua model ini, yang mana satu lebih baik? Enjin Dan Prestasi Perodua Ativa menggunakan enjin 1KR-VET 1.0-Liter turbo tiga silinder petrol yang menghasilkan 98 PS serta 140 Nm tork serta dipadankan dengan transmisi D-CVT. Ini merupakan enjin pengecas turbo pertama yang dihasilkan Perodua dengan prestasi bersamaan enjin berkapasiti 1.5L. Sementara itu, Honda WR-V tidak hadir dengan enjin VTEC Turbo. Sebaliknya, WR-V dilengkapi dengan enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS serta 145 Nm tork. Digandingkan dengan transmisi CVT, ia merupakan konfigurasi enjin sama yang juga boleh didapati pada Honda City dan HR-V varian asas. Bahagian Luaran Honda WR-V Gril hadapan RS Signal LED sequential Lampu utama, DRL dan lampu kabus LED Antena shark fin Rim aloi dua tona 17 inci Lampu belakang LED Cermin tinted menghalang haba Kemasan bumbung Perodua Ativa Lampu utama, DRL dan lampu kabus LED Signal sequential Lampu belakang LED Spoiler belakang dua tona Rim aloi 17 inci Bumbung dua tona Bahagian Dalaman Menjengah ke bahagian dalam kabin, kedua-dua model ini menggunakan gabungan warna hitam dan merah. Walau bagaimanapun, kemasan merah pada Ativa lebih kepada kerusi tempat duduknya sahaja manakala WR-V turut menerima kemasan tersebut di keseluruhan interior kereta seperti di tempat duduk, papan pemuka dan bahagian pintu. Honda WR-V Gabungan warna hitam dan merun gelap di dalam kabin Kluster meter interaktif TFT bersaiz 4.2 inci Paparan infotainment bersaiz 7 inci dengan Android Auto dan apple CarPlay Stereng balutan kulit Kawalan penghawa dingin automatik Perehat tangan balutan kulit Push to Start Tempat duduk balutan kulit dengan jahitan merah Perodua Ativa Gabungan warna hitam dan merah di bahagian dalam kabin Kluster meter TFT bersaiz 7 inci Tempat duduk balutan kulit dengan kemasan merah Paparan infotainment LCD bersaiz 9 inci Kawalan penghawa dingin digital Push to Start Dimensi Dan Saiz Model Perodua Ativa Honda WR-V Panjang (mm) 4,065 4,060 Lebar (mm) 1,710 1,780 Tinggi (mm) 1,635 1,608 Jarak Roda (mm)  2,525 2,485 Berdasarkan perbandingan dimensi, Honda WR-V adalah 5 mm lebih pendek, 70 mm lebih lebar, 27 mm lebih rendah berbanding Perodua Ativa. Perodua Ativa juga mempunyai jarak roda 40 mm lebih panjang berbanding WR-V. Ciri Keselamatan Untuk bantuan sistem keselamatan termaju, kesemua varian Perodua Ativa menerima ASA 3.0 yang merangkumi Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert, Lane Departure Warning (LDW) serta Pedal Mis-operation Control. Ativa juga turut menerima sistem Perodua Smart-Drive Assist yang merangkumi Lane Departure Warning Lane Departure Prevention Cruise Control Lane Keep Control Blind Spot Monitor Rear Cross Traffic Alert. Bantuan lampu adaptif dan automatik Kamera undur Sementara itu, Honda WR-V pula dilengkapi dengan sistem ADAS mereka, iaitu Honda Sensing yang meliputi Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System (RDM), Adaptive Cruise Control dan Auto High Beam (AHB). Model ini turut menerima ciri keselamatan lain seperti: Honda LaneWatch Kamera undur pelbagai sudut Lampu automatik Dari segi keselamatan, tiada banyak beza diantara kedua model ini kerana kedua-duanya hadir dengan ciri keselamatan serta bantuan pemanduan yang termaju. Harga Di Indonesia, Honda WR-V dijual pada harga: Varian E: Rp.271.9 juta (RM82,395) Varian RS: Rp.289.9 juta (RM87,865) Varian RS dengan Honda Sensing Rp.309.9 juta (RM93,939) Sementara itu, Perodua Ativa dijual pada harga: Varian X: RM62,500 Varian H: RM67,300 RM67,500 Varian AV: RM72,600 – RM73,400 Berdasarkan pada perbandingan harga secara kasar, harga Honda WR-V ini ternyata lebih mahal berbanding Ativa. Malah varian terendah mereka , varian E dijual pada harga lebih kurang RM9,000 lebih mahal berbanding varian tertinggi Perodua Ativa. Di Malaysia, faktor harga memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan sesebuah kereta di pasaran negara ini. Pada pendapat anda, sekiranya Honda WR-V ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada harga di bawah RM90,000, mampukah SUV kompak keluaran Honda ini menggugat kedudukan Perodua Ativa di pasaran Malaysia?  

SUV kompak serba baharu, Honda WR-V yang juga pesaing sebenar kepada Perodua Ativa telah dilancarkan di Indonesia baru-baru ini.

Honda WR-V ini adalah model yang dihasilkan daripada model SUV RS Concept yang telah diperkenalkan di Indonesia pada tahun lalu. WR-V ini diposisikan sebagai SUV kompak segmen-B, di bawah Honda HR-V.

Honda WR-V dikatakan bakal memberi saingan kepada beberapa SUV kompak lain dalam kategorinya yang terdiri daripada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Di Malaysia, musuh utamanya adalah Perodua Ativa. Antara kedua-dua model ini, yang mana satu lebih baik?

Enjin Dan Prestasi

Perodua Ativa menggunakan enjin 1KR-VET 1.0-Liter turbo tiga silinder petrol yang menghasilkan 98 PS serta 140 Nm tork serta dipadankan dengan transmisi D-CVT. Ini merupakan enjin pengecas turbo pertama yang dihasilkan Perodua dengan prestasi bersamaan enjin berkapasiti 1.5L.

Sementara itu, Honda WR-V tidak hadir dengan enjin VTEC Turbo. Sebaliknya, WR-V dilengkapi dengan enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS serta 145 Nm tork. Digandingkan dengan transmisi CVT, ia merupakan konfigurasi enjin sama yang juga boleh didapati pada Honda City dan HR-V varian asas.

Bahagian Luaran

Honda WR-V

Gril hadapan RS
Signal LED sequential
Lampu utama, DRL dan lampu kabus LED
Antena shark fin
Rim aloi dua tona 17 inci
Lampu belakang LED
Cermin tinted menghalang haba
Kemasan bumbung

Perodua Ativa

Lampu utama, DRL dan lampu kabus LED
Signal sequential
Lampu belakang LED
Spoiler belakang dua tona
Rim aloi 17 inci
Bumbung dua tona

Bahagian Dalaman

Menjengah ke bahagian dalam kabin, kedua-dua model ini menggunakan gabungan warna hitam dan merah. Walau bagaimanapun, kemasan merah pada Ativa lebih kepada kerusi tempat duduknya sahaja manakala WR-V turut menerima kemasan tersebut di keseluruhan interior kereta seperti di tempat duduk, papan pemuka dan bahagian pintu.

Honda WR-V

Gabungan warna hitam dan merun gelap di dalam kabin
Kluster meter interaktif TFT bersaiz 4.2 inci
Paparan infotainment bersaiz 7 inci dengan Android Auto dan apple CarPlay
Stereng balutan kulit
Kawalan penghawa dingin automatik
Perehat tangan balutan kulit
Push to Start
Tempat duduk balutan kulit dengan jahitan merah

Perodua Ativa

Gabungan warna hitam dan merah di bahagian dalam kabin
Kluster meter TFT bersaiz 7 inci
Tempat duduk balutan kulit dengan kemasan merah
Paparan infotainment LCD bersaiz 9 inci
Kawalan penghawa dingin digital
Push to Start

Dimensi Dan Saiz

Model
Perodua Ativa
Honda WR-V

Panjang (mm)
4,065
4,060

Lebar (mm)
1,710
1,780

Tinggi (mm)
1,635
1,608

Jarak Roda (mm) 
2,525
2,485

Berdasarkan perbandingan dimensi, Honda WR-V adalah 5 mm lebih pendek, 70 mm lebih lebar, 27 mm lebih rendah berbanding Perodua Ativa. Perodua Ativa juga mempunyai jarak roda 40 mm lebih panjang berbanding WR-V.

Ciri Keselamatan

Untuk bantuan sistem keselamatan termaju, kesemua varian Perodua Ativa menerima ASA 3.0 yang merangkumi Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert, Lane Departure Warning (LDW) serta Pedal Mis-operation Control. Ativa juga turut menerima sistem Perodua Smart-Drive Assist yang merangkumi

Lane Departure Warning
Lane Departure Prevention
Cruise Control
Lane Keep Control
Blind Spot Monitor
Rear Cross Traffic Alert.
Bantuan lampu adaptif dan automatik
Kamera undur

Sementara itu, Honda WR-V pula dilengkapi dengan sistem ADAS mereka, iaitu Honda Sensing yang meliputi Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System (RDM), Adaptive Cruise Control dan Auto High Beam (AHB). Model ini turut menerima ciri keselamatan lain seperti:

Honda LaneWatch
Kamera undur pelbagai sudut
Lampu automatik

Dari segi keselamatan, tiada banyak beza diantara kedua model ini kerana kedua-duanya hadir dengan ciri keselamatan serta bantuan pemanduan yang termaju.

Harga

Di Indonesia, Honda WR-V dijual pada harga:

Varian E: Rp.271.9 juta (RM82,395)
Varian RS: Rp.289.9 juta (RM87,865)
Varian RS dengan Honda Sensing Rp.309.9 juta (RM93,939)

Sementara itu, Perodua Ativa dijual pada harga:

Varian X: RM62,500
Varian H: RM67,300 RM67,500
Varian AV: RM72,600 – RM73,400

Berdasarkan pada perbandingan harga secara kasar, harga Honda WR-V ini ternyata lebih mahal berbanding Ativa. Malah varian terendah mereka , varian E dijual pada harga lebih kurang RM9,000 lebih mahal berbanding varian tertinggi Perodua Ativa.

Di Malaysia, faktor harga memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan sesebuah kereta di pasaran negara ini. Pada pendapat anda, sekiranya Honda WR-V ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada harga di bawah RM90,000, mampukah SUV kompak keluaran Honda ini menggugat kedudukan Perodua Ativa di pasaran Malaysia?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language