September 25, 2022
Hukuman berat mengikut Akta Pengangkutan Jalan menanti sesiapa sahaja yang membenarkan anak tidak cukup umur atau remaja memandu.  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang dipetik Bernama turut menyatakan, "Bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan juga akan dikenakan tindakan paling berat kerana kecuaian dan menyebabkan kecederaan mana-mana pihak. Kredit foto: Harian Metro Sesiapa yang disabit kesalahan ini boleh diambil tindakan keras, sebab remaja itu tiada lesen memandu dan perlindungan insurans," tambah beliau lagi.  Hukuman Berat Benarkan Anak, Remaja Tidak Cukup Umur Memandu Ini berikutan insiden remaja 16 tahun yang memandu sebuah kenderaan jenis MPV dan merempuh dua orang pemotong rumput sehingga mengakibatkan maut seorang daripadanya di Jalan Pintasan Semeling, Kedah.  Mengikut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain siasatan mendapati kedua-dua mangsa sedang berehat ketika kejadian berlaku setelah memotong rumput di kawasan berdekatan.  Kredit grafik: Bernama Facebook Sebuah MPV kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh kedua orang pemotong rumput berkenaan. Salah seorang daripadanya, rakyat Myanmar, Cinglowpa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala manakala rakan mangsa, Jamal Husson Fozol Haque, 33, juga cedera parah.  Remaja lelaki yang memandu MPV Alza itu telah pun ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis juga akan memanggil ibu bapanya bagi mengetahui bagaimana dia dapat memandu kenderaan MPV itu tanpa pengawasan mereka.  Para penjaga dan para ibu bapa tolonglah jangan sekali-sekali merisikokan anak anda mahupun pengguna jalan raya yang lain dengan membenarkan anak anda memandu tanpa lesen atau di bawah umur. Nyawa seorang yang tidak bersalah, yang hanya berehat kini telah hilang. Trauma kemalangan ini pasti akan kekal bersama remaja itu buat masa yang lama. Tuhan dah beri kita akal pemikiran, tolonglah manfaatkannya!

Hukuman berat mengikut Akta Pengangkutan Jalan menanti sesiapa sahaja yang membenarkan anak tidak cukup umur atau remaja memandu. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang dipetik Bernama turut menyatakan, “Bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan juga akan dikenakan tindakan paling berat kerana kecuaian dan menyebabkan kecederaan mana-mana pihak.

Kredit foto: Harian Metro

Sesiapa yang disabit kesalahan ini boleh diambil tindakan keras, sebab remaja itu tiada lesen memandu dan perlindungan insurans,” tambah beliau lagi. 

Hukuman Berat Benarkan Anak, Remaja Tidak Cukup Umur Memandu

Ini berikutan insiden remaja 16 tahun yang memandu sebuah kenderaan jenis MPV dan merempuh dua orang pemotong rumput sehingga mengakibatkan maut seorang daripadanya di Jalan Pintasan Semeling, Kedah. 

Mengikut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain siasatan mendapati kedua-dua mangsa sedang berehat ketika kejadian berlaku setelah memotong rumput di kawasan berdekatan. 

Kredit grafik: Bernama Facebook

Sebuah MPV kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh kedua orang pemotong rumput berkenaan. Salah seorang daripadanya, rakyat Myanmar, Cinglowpa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala manakala rakan mangsa, Jamal Husson Fozol Haque, 33, juga cedera parah. 

Remaja lelaki yang memandu MPV Alza itu telah pun ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis juga akan memanggil ibu bapanya bagi mengetahui bagaimana dia dapat memandu kenderaan MPV itu tanpa pengawasan mereka. 

Para penjaga dan para ibu bapa tolonglah jangan sekali-sekali merisikokan anak anda mahupun pengguna jalan raya yang lain dengan membenarkan anak anda memandu tanpa lesen atau di bawah umur. Nyawa seorang yang tidak bersalah, yang hanya berehat kini telah hilang. Trauma kemalangan ini pasti akan kekal bersama remaja itu buat masa yang lama.

Tuhan dah beri kita akal pemikiran, tolonglah manfaatkannya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language