September 27, 2022
Bagi menangani isu lumba haram serta aktiviti Mat Rempit di negara ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi memberikan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang terlibat. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, pindaan itu dibuat susulan kejadian kemalangan maut membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Pulau Pinang bulan lalu bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif. *Kredit foto: Kosmo Hukuman Merempit Lebih Berat Antara cadangan akan dikemukakan dalam pindaan itu adalah: Menaikkan kadar denda minimum daripada RM300 kepada jumlah di antara RM5,000 hingga RM10,000 Hukuman penjara terhadap Mat Rempit Ibu bapa kepada remaja yang berusia di bawah 18 tahun yang didapati terlibat di dalam kegiatan lumba haram dan para penyokong lumba haram juga akan dikenakan tindakan Tindakan tegas terhadap pemilik bengkel yang terbabit dalam ubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram. Kata Isham, pindaan itu akan dibuat susulan kejadian lima maut dalam kemalangan membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, bulan lalu dan perbincangan di antara kementerian serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif. "Sebelum ini kita sudah buat pindaan akta bagi menangani isu pemandu mabuk dan ia dilihat berjaya mengurangkan kes itu. Pindaan APJ 1987 juga akan capai matlamat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. *Kredit foto: Kosmo Task Force Bendung Lumba Haram Terdahulu media melaporkan mengenai kemalangan pada 17 Julai lalu, yang meragut tiga nyawa di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram dan penunggang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh antara satu sama lain. Mengulas lanjut Isham berkata, modul pelaksanaan pelan jangka masa pendek membabitkan operasi secara menyeluruh bagi membanteras isu itu akan dimulai di Pulau Pinang Pasukan bertindak khas (task force) akan ditubuhkan bagi tempoh tiga bulan membabitkan pelbagai agensi termasuk PDRM Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Badan bukan kerajaan (NGO) Masyarakat Selain itu pihak berkuasa juga mungkin membenarkan syarikat insurans menyemak pangkalan data di JPJ mengenai maklumat Mat Rempit yang telah dikenakan hukuman untuk mengenakan insurans premium yang lebih tinggi terhadap mereka. Beliau turut cadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk menyita bengkel atau menarik balik lesen sekiranya ada maklumat bahawa bengkel itu mengkeluarkan motosikal bagi lumba haram. "Kita juga menggunakan pendekatan lain dengan mengesan gambar suspek yang terbabit lumba haram atau penonton serta menahan mereka sama ada di tempat kerja atau rumah dan jika ia berjaya, modul ini akan diadakan di negeri lain pula," katanya lagi.

Bagi menangani isu lumba haram serta aktiviti Mat Rempit di negara ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi memberikan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang terlibat.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, pindaan itu dibuat susulan kejadian kemalangan maut membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Pulau Pinang bulan lalu bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif.

*Kredit foto: Kosmo

Hukuman Merempit Lebih Berat

Antara cadangan akan dikemukakan dalam pindaan itu adalah:

Menaikkan kadar denda minimum daripada RM300 kepada jumlah di antara RM5,000 hingga RM10,000
Hukuman penjara terhadap Mat Rempit
Ibu bapa kepada remaja yang berusia di bawah 18 tahun yang didapati terlibat di dalam kegiatan lumba haram dan para penyokong lumba haram juga akan dikenakan tindakan
Tindakan tegas terhadap pemilik bengkel yang terbabit dalam ubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram.

Kata Isham, pindaan itu akan dibuat susulan kejadian lima maut dalam kemalangan membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, bulan lalu dan perbincangan di antara kementerian serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif.

“Sebelum ini kita sudah buat pindaan akta bagi menangani isu pemandu mabuk dan ia dilihat berjaya mengurangkan kes itu. Pindaan APJ 1987 juga akan capai matlamat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

*Kredit foto: Kosmo

Task Force Bendung Lumba Haram

Terdahulu media melaporkan mengenai kemalangan pada 17 Julai lalu, yang meragut tiga nyawa di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram dan penunggang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh antara satu sama lain.

Mengulas lanjut Isham berkata, modul pelaksanaan pelan jangka masa pendek membabitkan operasi secara menyeluruh bagi membanteras isu itu akan dimulai di Pulau Pinang

Pasukan bertindak khas (task force) akan ditubuhkan bagi tempoh tiga bulan membabitkan pelbagai agensi termasuk

PDRM
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Badan bukan kerajaan (NGO)
Masyarakat

Selain itu pihak berkuasa juga mungkin membenarkan syarikat insurans menyemak pangkalan data di JPJ mengenai maklumat Mat Rempit yang telah dikenakan hukuman untuk mengenakan insurans premium yang lebih tinggi terhadap mereka.

Beliau turut cadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk menyita bengkel atau menarik balik lesen sekiranya ada maklumat bahawa bengkel itu mengkeluarkan motosikal bagi lumba haram.

“Kita juga menggunakan pendekatan lain dengan mengesan gambar suspek yang terbabit lumba haram atau penonton serta menahan mereka sama ada di tempat kerja atau rumah dan jika ia berjaya, modul ini akan diadakan di negeri lain pula,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language