Categories
Auto news

Isi Minyak Lamborghini Sambil Rakam, Wanita Dikecam – Telefon Bimbit Boleh Sebabkan Kebakaran?

Seorang wanita telah dikecam susulan tindakannya menggunakan telefon bimbit untuk merakam tindakannya mengisi minyak Lamborghini di sebuah stesen minyak.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, wanita tersebut mahu menunjukkan sama ada mahal atau tidak kos untuk mengisi penuh minyak RON97 pada supercar tersebut.

Ambil Ringan Faktor Keselamatan

Setelah membelanjakan sebanyak RM446.90, wanita itu berkata, “haa tak mahal pun, RM400 lebih je. Minyak Lamborghini memang murah.”

Wanita itu bukanlah dikecam pengguna media sosial kerana kekayaannya, namun lebih kepada kedegilannya yang tidak mengendahkan larangan penggunaan telefon bimbit ketika mengisi minyak.

*Kredit video: Mopngid

Melalui video tersebut, terdapat dua kesalahan yang ditunjukkan secara terang-terangan iaitu:

Penggunaan telefon bimbit di stesen minyak
Penggunaan nombor plat tidak mengikut spesifikasi JPJ

Pelbagai komen berbaur kecaman ditinggalkan oleh pengguna media sosial ekoran tindakannya yang mengambil ringan faktor keselamatan di stesen minyak.

“Tidak reti fikir bab keselamatan diri, orang lain dan premis minyak. Menyusahkan orang,” kata seorang pengguna laman sosial.

Ramai sedia tahu bahawa penggunaan telefon bimbit adalah dilarang ketika mengisi minyak. Tapi tahukah anda mengapa larangan itu dikenakan?

*kredit infografik: Petronas

Telefon Bimbit Boleh Sebabkan Kebakaran?

Dah merata-rata stesen minyak meletakkan poster larangan penggunaan telefon bimbit semasa mengisi minyak namun tetap masih ada juga mereka yang berdegil. Tetapi persoalannya, adakah penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan kebakaran berlaku?

Menurut Petroleum Equipment Institute, perkara itu tidak benar. Tiada siapa yang pernah mendokumentasi kejadian di mana telefon bimbit telah mengeluarkan cas elektrik statik dan menyebabkan kebakaran.

Walau bagaimanapun, National Fire Protection Association di Amerika Syarikat menyatakan bahawa larangan itu dibuat atas dasar berjaga-jaga kerana telefon bimbit menghasilkan gelombang elektrik statik. Hanya kerana ia belum pernah terjadi, tak bermaksud ia tidak akan terjadi.

Selain itu, larangan penggunaan telefon bimbit ini dilihat sebagai salah satu cara untuk membolehkan pengguna tidak cuai dan memberi fokus sepenuhnya semasa mengisi minyak. Awak tu bukanlah Perdana Menteri pun. Apa lah salahnya tinggalkan telefon itu sebentar di dalam kereta semasa mengisi minyak.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, patuhilah panduan dan larangan yang telah dikeluarkan. Ada sebab mengapa larangan tersebut dibuat. Lebih baik berjaga-jaga daripada berputih mata. Beringat sebelum kena!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language