December 7, 2022
Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di Bentong yang runtuh tahun lalu akan dibuka semula kepada orang awam pada Rabu ini selepas kerja pembaikan cerun dan jalan siap dilakukan. Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, kini hanya tinggal kerja membuat garisan jalan dan kerja pembersihan tapak di laluan berkenaan. Proses Baik Pulih Hadapi Kelewatan Kerja pembaikan cerun dan jalan itu telah dimulakan pada 20 Januari lalu selepas berlaku runtuhan pada November 2021. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelewatan disebabkan runtuhan tanah akibat hujan lebat semasa kerja pembaikan berjalan iaitu pada 18 Mac 2022, menurut Fadillah. Kenyataan itu dibuat bagi membidas perkongsian Ahli Parlimen Bentong Wong Tack di akaun Facebooknya yang menggambarkan diri sebagai 'hero' yang berulang kali mengetengahkan isu jalan tersebut untuk tindakan pihak berkuasa. Bagi Fadillah, tindakan tersebut bermotifkan politik dan cuba mendapatkan 'political mileage' (manfaat politik) kerana tindakan membaik pulih cerun itu telah dimulakan sejak awal tahun ini. Fadillah juga berterima kasih kepada kerajaan Pahang yang memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran projek infra rakyat serta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta daerah yang komited menyiapkan kerja untuk kesejahteraan rakyat.

Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di Bentong yang runtuh tahun lalu akan dibuka semula kepada orang awam pada Rabu ini selepas kerja pembaikan cerun dan jalan siap dilakukan.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, kini hanya tinggal kerja membuat garisan jalan dan kerja pembersihan tapak di laluan berkenaan.

Proses Baik Pulih Hadapi Kelewatan

Kerja pembaikan cerun dan jalan itu telah dimulakan pada 20 Januari lalu selepas berlaku runtuhan pada November 2021.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelewatan disebabkan runtuhan tanah akibat hujan lebat semasa kerja pembaikan berjalan iaitu pada 18 Mac 2022, menurut Fadillah.

Kenyataan itu dibuat bagi membidas perkongsian Ahli Parlimen Bentong Wong Tack di akaun Facebooknya yang menggambarkan diri sebagai ‘hero’ yang berulang kali mengetengahkan isu jalan tersebut untuk tindakan pihak berkuasa.

Bagi Fadillah, tindakan tersebut bermotifkan politik dan cuba mendapatkan ‘political mileage’ (manfaat politik) kerana tindakan membaik pulih cerun itu telah dimulakan sejak awal tahun ini.

Fadillah juga berterima kasih kepada kerajaan Pahang yang memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran projek infra rakyat serta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta daerah yang komited menyiapkan kerja untuk kesejahteraan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language