Categories
Auto news

Jalan Di Peru Lebih Baik Berbanding Malaysia, Mat Saleh Tegur Pihak Berwajib

Seorang lelaki berkulit putih yang mengembara menggunakan motosikal ke serata dunia telah menegur pihak berwajib di Malaysia bagi membaik pulih lubang serta kualiti jalan raya di Malaysia.

Berdasarkan video yang berdurasi 49 saat yang disebarkan melalui TikTok itu, lelaki berkenaan kelihatan seakan-akan tidak berpuas hati dengan keadaan jalan raya di Malaysia yang berlubang dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal.

Lelaki terbabit berkata beliau telah menunggang bersama beberapa penunggang luar seperti dari negara Ireland, Amerika Syarikat, Ecuador dan Venezuela dan kebanyakan daripada mereka ingin tahu apa yang sedang berlaku dengan kualiti jalan di Malaysia.

Banding Kualiti Jalan Di Peru Dan Malaysia

Menurut lelaki tersebut, jalan raya yang dilalui oleh mereka di Peru adalah jauh lebih baik berbanding jalan di Malaysia.

Susulan itu, ramai penunggang luar negara yang tertanya-tanya bagaimana sebuah negara yang miskin mampu untuk menjaga dan mengekalkan kualiti jalan yang amat baik walaupun tidak ramai yang datang ke sana berbanding Malaysia.

Beliau telah meminta pihak berwajib untuk membaik pulih lubang di jalan raya demi untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada terdedah kepada risiko kemalangan, kecederaan, kematian serta kerosakan pada kenderaan.

Walau bagaimanapun, persoalan terbabit telah menimbulkan pelbagai jawapan daripada netizen Malaysia sendiri. Sebahagian daripada mereka berkata lelaki tersebut telah menjawab soalan sendiri apabila beliau berkata tidak ramai yang menggunakan jalan raya di negara Peru tersebut.

Apabila tidak ramai yang menggunakan jalan, jadi kualiti jalan juga akan lebih terjaga berbanding Malaysia yang sememangnya mempunyai trafik yang sibuk.

Ada juga yang berkata isu ini belum selesai sejak dahulu lagi meskipun sudah sering kali bertukar ahli jemaah menteri. Keadaan jalan yang teruk boleh menjadi punca kemalangan dan punca kerosakan pada kenderaan.

Keadaan Jalan Di Malaysia Masih Teruk

Sebelum anda menyerang Mat Saleh berkenaan atas komen yang dibuat, terimalah hakikat bahawa kualiti jalan raya di negara kita amat membimbangkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada Oktober 2021, sebanyak 63,900 jalan berlubang telah ditampal oleh pihak konsesi di jalan-jalan persekutuan seluruh semenanjung sahaja, belum masuk Sabah dan Sarawak yang sememangnya lebih terkenal dengan kualiti jalan yang teruk.

Setiap tahun ada sahaja kemalangan yang disebabkan oleh keadaan jalan sendiri. Bila dah tular akibat kemalangan, barulah laju jalan berlubang tersebut dibaiki. Berapa banyak lagi nyawa yang harus dibayar sebelum masalah ini diselesaikan oleh pihak berwajib?

Berdasarkan hampir 64,000 turapan jalan yang berlubang, berapa banyak agaknya jalan yang betul-betul diturap mengikut piawaian? Tahukah anda bahawa jalan yang tidak diturap dengan sempurna di seluruh negara telah menyebabkan sekurang-kurangnya 5 kes kemalangan jalan raya berlaku setiap hari?

Sebelum ini, pengasas Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia, Azlan Sani Zawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Lando berkata, banyak aduan diterima tentang permukaan jalan yang tidak diturap sempurna telah dilaporkan menjadi punca kemalangan sejak pelaksanaan PKP 3.0 pada awal bulan Jun tahun lalu.

Pihak Berwajib Perlu Membuka Mata

Meskipun hampir 64,000 lubang telah ditampal, namun sebagai salah seorang pengguna jalan raya di Kuala Lumpur, penulis berasakan kualiti jalan di sini masih berada pada tahap kurang memuaskan. Berapa banyak lagi lubang harus ditampal untuk memberikan kualiti jalan yang terbaik untuk rakyat?

Semoga teguran ikhlas daripada penunggang luar itu dapat membuka mata pihak berwajib agar perkara ini dapat ditangai memandangkan jalan raya adalah sumber utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk bergerak berbanding pengangkutan awam seperti kereta api.

Bagaimana pula kualiti jalan di kawasan anda? Kongsikan dengan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language