Categories
Auto news

Jalan Gerik-Jeli Tak Selamat, Kerajaan Perlu Baiki – MB Perak

Kerajaan Perak telah membangkitkan isu tentang keadaan jalan Gerik-Jeli yang teruk dan sering menjadi kawasan kemalangan kepada kerajaan Persekutuan.

Oleh kerana laluan tersebut sering menerima rungutan dan aduan orang ramai kerana keadaannya yang kurang memuaskan, MB Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau sendiri telah mengetengahkan isu berkenaan dalam Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri bersama-sana Perdana Menteri pada bulan Februari lalu.

Jalan Gerik-Jeli Akan Dibaiki

Kalau jalan rosak atau tidak selamat, mengapa tak dibaiki sahaja dari dulu?

Sebenarnya, kerajaan negeri Perak dah peka terhadap masalah ini, namun sebarang kerja-kerja penambahbaikan atau penyelenggaraan jalan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya kerana laluan itu merupakan jalan Persekutuan.

Berdasarkan hasil perjumpaan bersama PM itu, Saarani berkata segala langkah-langkah sewajarnya sudah diambil dan akan ada peruntukan untuk membaiki dan selenggara jalan tersebut dari Gerik ke Jeli.

*Kredit foto: UtusanTV

Jalan Gerik-Jeli Adalah Laluan Persekutuan

Saarani juga telah memberi pencerahan berhubung status jalan tersebut yang sering disalah tafsir oleh pengguna jalan raya sebagai jalan negeri.

Memandangkan ianya bukan jalan negeri, kerajaan negeri Perak tidak boleh mencampur tangan dalam urusan peruntukan jalan persekutuan sama seperti kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan jalan negeri.

Walaupun ia bukan urusan kerajaan negeri Perak, namun kerajaan Perak sentiasa melakukan tindakan susulan berikutan isu laluan Gerik-Jeli kerana ramai pengguna tidak tahu ianya jalan negeri atau Persekutuan.

Terdahulu, banyak rungutan daripada pengguna jalan raya dibuat di media sosial berhubung jalan Gerik-Jeli yang dikatakan amat teruk dan berisiko kepada keselamatan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language