June 26, 2022
Bagi mengurangkan kadar kemalangan di negeri Perak, kerajaan negeri tersebut telah menerima cadangan projek pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa melalui Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). MB Perak, Datuk Seri Saarani Mohamed berkata kerajaan negeri menyokong projek pihak swasta itu meskipun jalannya sedikit panjang berbanding jalan sedia ada. *Kredit foto: Harian Metro Jalan Pintas Tanpa Lalu Terowong Menora Projek pihak swasta ini melibatkan perjalanan projek melalui susur keluar Gopeng hingga ke Siputeh dan bersambung ke Kuala Kangsar sepanjang 64 Kilometer itu. Meskipun jalannya sedikit panjang, namun masa yang diambil tidak lama kerana laluan itu tidak melalui kawasan berbukit. Ketika ini, projek tersebut juga telah memperolehi persetujuan kabinet. Kerajaan negeri memberi sokongan sepenuhnya terhadap cadangan tersebut kerana projek ini di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan tidak menggunakan dana kerajaan. *Kredit foto: NSTP “Dalam tempoh setahun, syarikat berkenaan berjaya menguruskannya dengan berjumpa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk perbincangan lanjut,” jelas Saarani. Tambahnya, syarikat tersebut mendapat kelulusan daripada kerajaan sejak April lalu dan memerlukan 2 tahun untuk mereka mendapatkan pembiaya dan sebelum kerja pengambilan tanah dilakukan. Saarani berharap projek ini dapat mengurangkan kejadian kemalangan di laluan panas tersebut kerana faktor geografinya yang lebih mendatar dan tidak berbukit seperti laluan di Terowong Menora. *Kredit foto: Sinar Harian Laluan 'Panas' Terowong Menora Pada malam 11 Mei lalu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah maut setelah kereta yang dinaiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan bersama dua treler di Kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) di Kuala Kangsar. Laluan berhampiran Terowong Menora ini memang merupakan antara laluan ‘panas’ yang sering berlaku kemalangan, terutamanya melibatkan kenderaan berat. Dengan pengumuman projek laluan pintas ini, diharapkan kerajaan dapat mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori, treler dan bas yang kerap berlaku di laluan berkenaan.    

Bagi mengurangkan kadar kemalangan di negeri Perak, kerajaan negeri tersebut telah menerima cadangan projek pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa melalui Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

MB Perak, Datuk Seri Saarani Mohamed berkata kerajaan negeri menyokong projek pihak swasta itu meskipun jalannya sedikit panjang berbanding jalan sedia ada.

*Kredit foto: Harian Metro

Jalan Pintas Tanpa Lalu Terowong Menora

Projek pihak swasta ini melibatkan perjalanan projek melalui susur keluar Gopeng hingga ke Siputeh dan bersambung ke Kuala Kangsar sepanjang 64 Kilometer itu.

Meskipun jalannya sedikit panjang, namun masa yang diambil tidak lama kerana laluan itu tidak melalui kawasan berbukit.

Ketika ini, projek tersebut juga telah memperolehi persetujuan kabinet. Kerajaan negeri memberi sokongan sepenuhnya terhadap cadangan tersebut kerana projek ini di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan tidak menggunakan dana kerajaan.

*Kredit foto: NSTP

“Dalam tempoh setahun, syarikat berkenaan berjaya menguruskannya dengan berjumpa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk perbincangan lanjut,” jelas Saarani.

Tambahnya, syarikat tersebut mendapat kelulusan daripada kerajaan sejak April lalu dan memerlukan 2 tahun untuk mereka mendapatkan pembiaya dan sebelum kerja pengambilan tanah dilakukan.

Saarani berharap projek ini dapat mengurangkan kejadian kemalangan di laluan panas tersebut kerana faktor geografinya yang lebih mendatar dan tidak berbukit seperti laluan di Terowong Menora.

*Kredit foto: Sinar Harian

Laluan ‘Panas’ Terowong Menora

Pada malam 11 Mei lalu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah maut setelah kereta yang dinaiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan bersama dua treler di Kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) di Kuala Kangsar.

Laluan berhampiran Terowong Menora ini memang merupakan antara laluan ‘panas’ yang sering berlaku kemalangan, terutamanya melibatkan kenderaan berat.

Dengan pengumuman projek laluan pintas ini, diharapkan kerajaan dapat mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori, treler dan bas yang kerap berlaku di laluan berkenaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language