December 7, 2022
Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR), laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang menyatakan bahawa Malaysia ke-12 terbawah memiliki jalan raya yang paling buruk di dunia adalah tidak tepat. Laporan tersebut dipercayai telah diambil daripada laporan Worst and Best Roads – US and International Ranking yang dijalankan oleh sebuah firma pendidikan pemandu Zutobi. Laporan Kajian Kurang Tepat KKR berkata laporan yang dikeluarkan oleh Zutobi itu memberikan persepsi yang kurang baik terhadap kualiti keseluruhan jalan raya di Malaysia. Ini kerana laporan itu hanya mengambil kira data untuk 59 negara sahaja melalui empat faktor utama iaitu: Kualiti jalan raya Peningkatan kualiti jalan raya Kematian di jalan raya Saiz relatif rangkaian jalan raya KKR sentiasa mengambil perhatian terhadap semua laporan kajian yang diterbitkan sebagai satu kaedah semak dan imbang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Komitmen KKR Dalam Menjaga Kualiti Jalan Tambah KKR, pelbagai komitmen berterusan dilaksanakan khusus dalam menjaga kualiti jalan raya di Malaysia seperti: Penyenggaraan Jalan Persekutuan Sepanjang 20,017 kilometer RM900,000 peruntukan kos penyenggaraan jalan di seluruh negara 6,656 jalan berlubang telah ditampal sehingga Ogos lalu KKR juga akan meneruskan usaha menjaga kualiti jalan raya dengan menerusi kempen Zeropotholes sejak 2016 dan kempen Kita Jaga Jalan Kita yang dilancarkan pada November tahun lalu. Bukan itu sahaja, peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta telah diluluskan bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan Kerja-Kerja Penyengaraan Berkala Pavemen Jalan Persekutuan di seluruh negara. Kajian The World Economy Lebih Tepat Sementara itu, KKR menjelaskan terdapat satu lagi kajian yang dikeluarkan oleh The Global Economy yang memperoleh data berdasarkan komponen kualiti jalan yang diterbitkan oleh Indeks Daya Saing Global. Kajian itu meletakkan kualiti jalan raya di Malaysia ke-21 terbaik di dunia mengatasi Australia, Britain dan New Zealand. Menurut KKR, kajian itu turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia yang berpusat di Davos, Switzerland. Untuk membaca lebih banyak berkenaan kajian ini, klik di sini.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR), laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang menyatakan bahawa Malaysia ke-12 terbawah memiliki jalan raya yang paling buruk di dunia adalah tidak tepat.

Laporan tersebut dipercayai telah diambil daripada laporan Worst and Best Roads – US and International Ranking yang dijalankan oleh sebuah firma pendidikan pemandu Zutobi.

Laporan Kajian Kurang Tepat

KKR berkata laporan yang dikeluarkan oleh Zutobi itu memberikan persepsi yang kurang baik terhadap kualiti keseluruhan jalan raya di Malaysia.

Ini kerana laporan itu hanya mengambil kira data untuk 59 negara sahaja melalui empat faktor utama iaitu:

Kualiti jalan raya
Peningkatan kualiti jalan raya
Kematian di jalan raya
Saiz relatif rangkaian jalan raya

KKR sentiasa mengambil perhatian terhadap semua laporan kajian yang diterbitkan sebagai satu kaedah semak dan imbang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Komitmen KKR Dalam Menjaga Kualiti Jalan

Tambah KKR, pelbagai komitmen berterusan dilaksanakan khusus dalam menjaga kualiti jalan raya di Malaysia seperti:

Penyenggaraan Jalan Persekutuan Sepanjang 20,017 kilometer
RM900,000 peruntukan kos penyenggaraan jalan di seluruh negara
6,656 jalan berlubang telah ditampal sehingga Ogos lalu

KKR juga akan meneruskan usaha menjaga kualiti jalan raya dengan menerusi kempen Zeropotholes sejak 2016 dan kempen Kita Jaga Jalan Kita yang dilancarkan pada November tahun lalu.

Bukan itu sahaja, peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta telah diluluskan bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan Kerja-Kerja Penyengaraan Berkala Pavemen Jalan Persekutuan di seluruh negara.

Kajian The World Economy Lebih Tepat

Sementara itu, KKR menjelaskan terdapat satu lagi kajian yang dikeluarkan oleh The Global Economy yang memperoleh data berdasarkan komponen kualiti jalan yang diterbitkan oleh Indeks Daya Saing Global.

Kajian itu meletakkan kualiti jalan raya di Malaysia ke-21 terbaik di dunia mengatasi Australia, Britain dan New Zealand.

Menurut KKR, kajian itu turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia yang berpusat di Davos, Switzerland. Untuk membaca lebih banyak berkenaan kajian ini, klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language