Categories
Auto news

Jalan Rosak Di Selangor? Tweet Je!

Anda kini boleh melaporkan kerosakan jalan raya bagi jalan-jalan di negeri Selangor melalui Twitter sahaja!

Berdasarkan ciapan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di Twitter, proses aduan ini telah dipermudahkan dengan hanya menggunakan hashtag di Twitter. Segala aduan akan ditapis dan disemak secara automatik sebelum proses pembaikan dijalankan.

Cara-Cara Membuat Laporan

Untuk membuat laporan, anda memerlukan bukti seperti gambar atau video. Ikuti langkah di bawah:

Ambil gambar/video

Laporkan di Twitter

“Saya ingin melaporkan jalan berlubang di Jalan Gombak”

Sertakan hashtag dalam tweet seperti:

#NAMAJALAN
#NAMADAERAH
#INFRASEL

Contoh tweet:

“Saya ingin melaporkan jalan berlubang di Jalan Gombak #INFRASEL #GOMBAK #JALANGOMBAK”

Hasil semakan kami, aduan yang dibuat di Twitter akan dibalas oleh akaun @infrasel_kjp yang akan bertanggungjawab memanjangkan perkara itu kepada pihak berwajib. Jalan-jalan yang telah diperbaiki juga akan dimuat naik oleh akaun berkenaan.

Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa inisiatif ini hanya terbuka kepada jalan-jalan di bawah seliaan kerajaan negeri Selangor sahaja kerana Infrasel merupakan konsesi yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di bawah JKR bagi Jalan-Jalan Negeri di Selangor sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language