May 28, 2022
Tak nak kereta kena tunda? Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran terhadap orang ramai supaya meletakkan kenderaan di tempat dan kawasan yang betul ketika membeli-belah di ibu negara. Memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi, beberapa lokasi tumpuan pengunjung semestinya akan dipenuhi dengan lautan manusia. Bila ramai orang, jangan pula anda meletakkan kereta sesuka hati di tepi jalan kalau tak mahu dikenakan tindakan oleh DBKL. Antara kawasan tumpuan pengunjung yang disebutkan DBKL adalah: Dataran Merdeka Jalan TAR Bukit Bintang Peringatan DBKL Usah meletakkan kenderaan sesuka hati seperti di tepi-tepi jalan Letak kenderaan di lokasi betul yang disediakan Jangan menyukarkan lalu lintas serta perjalanan orang lain Boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk ditunda Peringatan itu dibuat ekoran tindakan orang ramai yang sering meletakkan kenderaan sesuka hati di tepi-tepi jalan sehingga menyusahkan pengguna lain dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutama ketika musim perayaan ini. Kepada yang gemar meletakkan kenderaan secara sesuka hati, ketahuilah bahawa terdapat banyak kawasan parkir swasta berhampiran kawasan tumpuan yang dinyatakan. Walaupun ianya perlu dibayar, namun ia lebih selamat dan tidak menyusahkan pengguna jalan raya lain. Pesan DBKL, Raya tetap Raya namun peraturan tetap harus dipatuhi. Pihak mereka akan terus membuat pemantauan di kawasan tumpuan bagi memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi. *Kredit foto: DBKL

Tak nak kereta kena tunda? Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran terhadap orang ramai supaya meletakkan kenderaan di tempat dan kawasan yang betul ketika membeli-belah di ibu negara.

Memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi, beberapa lokasi tumpuan pengunjung semestinya akan dipenuhi dengan lautan manusia. Bila ramai orang, jangan pula anda meletakkan kereta sesuka hati di tepi jalan kalau tak mahu dikenakan tindakan oleh DBKL.

Antara kawasan tumpuan pengunjung yang disebutkan DBKL adalah:

Dataran Merdeka
Jalan TAR
Bukit Bintang

Peringatan DBKL

Usah meletakkan kenderaan sesuka hati seperti di tepi-tepi jalan

Letak kenderaan di lokasi betul yang disediakan

Jangan menyukarkan lalu lintas serta perjalanan orang lain

Boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk ditunda

Peringatan itu dibuat ekoran tindakan orang ramai yang sering meletakkan kenderaan sesuka hati di tepi-tepi jalan sehingga menyusahkan pengguna lain dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutama ketika musim perayaan ini.

Kepada yang gemar meletakkan kenderaan secara sesuka hati, ketahuilah bahawa terdapat banyak kawasan parkir swasta berhampiran kawasan tumpuan yang dinyatakan. Walaupun ianya perlu dibayar, namun ia lebih selamat dan tidak menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Pesan DBKL, Raya tetap Raya namun peraturan tetap harus dipatuhi. Pihak mereka akan terus membuat pemantauan di kawasan tumpuan bagi memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi.

*Kredit foto: DBKL

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language