Categories
Auto news

Jangan Percaya Iklan Bantuan Lesen Percuma – JPJ

Awas! Jangan tertipu dengan iklan bantuan lesen memandu percuma yang sedar tersebar buat masa ini.

Menerusi hantaran Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di Facebook, pihak itu telah menerima laporan berkaitan iklan Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan, melalui aplikasi Whatsapp.

Bantuan Lesen Percuma Bagi Semua Golongan

Menurut JPJ, kandungan iklan berita palsu itu telah menyalahgunakan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia dengan mempromosikan lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.

Walau bagaimanapun, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini di pautan berkenaan. Namun pautan itu menyatakan sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JPJ menegaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu serta memandang serius terhadap penipuan sindiket lesen terbang ini

Siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Awas Berita Palsu

Bukan itu sahaja, orang ramai turut dipelawa untuk menyertai ‘group whatsapp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh, serta menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language