September 26, 2022
Sekiranya kereta sedia ada anda masih elok dan tidak mempunyai masalah besar, anda dinasihatkan untuk membaik pulih sahaja segala kerosakan kecil tersebut daripada menukarnya dengan kereta baharu, terutama ketika keadaan ekonomi seperti ini. Nasihat tersebut dikongsikan oleh seorang jurual kereta, Muhammad Shah di Facebook di mana beliau telah menemui beberapa insan yang terkeliru serta dalam dilema untuk menjual kereta yang sedia ada dan menukarnya dengan MPV terhangat di Malaysia ketika ini, Perodua Alza 2022. Keperluan Atau Gaya? Menurut Shah, ada daripada mereka yang mahu menjual semula Perodua Ativa, Myvi dan Alza lama untuk di tukar kepada Alza baharu, namun ada daripada kereta yang mahu dijual itu dikeluarkan pada tahun 2019 ke 2022 (tahun kereta). Ini bermaksud bayaran pinjaman kereta itu masih ada dan baki yang perlu dijelaskan masih banyak. Ini adalah sesuatu yang kurang sihat di mana menurut Shah, majoriti penduduk Malaysia menggunakan 60% daripada gaji bulanan hanya untuk membayar hutang. “Tidak dinafikan Perodua Alza 2022 memang menggamit golongan2 RCB (Replacement Car Buyer), tidak kira tua atau muda kerana sporty Vibes Alza 2022 tu sendiri, namun jangan terkeliru diantara keperluan dan gaya,” jelas Shah. Tambahnya, selagi kereta sedia ada anda tiada masalah atau hanya ada beberapa kerosakan kecil, seeloknya baikilah kereta tersebut dan jangan tergesa-gesa membeli kereta baharu kerana anda bukan sahaja menanggung hutang bulanan, tetapi kos tersembunyi lain seperti cukai jalan, insurans serta penyelenggaraan yang perlu diambil kira. Ukur Baju Di Badan Sendiri Menurut Shah, 6 daripada 10 orang pembeli Alza 2022 meletakkan wang deposit minimum sebanyak 10%, manakala 4 lagi mengharapkan pinjaman penuh meskipun dasar BNM meletakkan syarat tidak boleh membuat pinjaman penuh. Berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai jurujual dan penasihat jualan kereta, kebanyakan yang meminta untuk pinjaman penuh ini memiliki tangga gaji RM1600.00 - RM2500.00. Apabila beliau melihat dokumen pemohon termasuk rekod CCRIS yang masih ada, kebanyakannya hanya mempunyai ruang berbaki 40% ke 30% daripada pendapatan mereka untuk digunakan bagi membayar pinjaman Alza 2022. “Bahkan ada yang mempunyai anak 1 dan bergaji bersih RM2000 juga sudah berani untuk memohon, Ini satu perhitungan yg tak sihat,” katanya. Beliau menasihatkan mereka yang bergaji 2500 ke bawah untuk fikir semula dan mengambil model kereta yang sesuai dengan pendapatan mereka. Jadikan Alza 2022 sebagai kereta Idaman sahaja agar terus bekerja keras mencapai impian. Ingatlah, ukur baju di badan sendiri!

Sekiranya kereta sedia ada anda masih elok dan tidak mempunyai masalah besar, anda dinasihatkan untuk membaik pulih sahaja segala kerosakan kecil tersebut daripada menukarnya dengan kereta baharu, terutama ketika keadaan ekonomi seperti ini.

Nasihat tersebut dikongsikan oleh seorang jurual kereta, Muhammad Shah di Facebook di mana beliau telah menemui beberapa insan yang terkeliru serta dalam dilema untuk menjual kereta yang sedia ada dan menukarnya dengan MPV terhangat di Malaysia ketika ini, Perodua Alza 2022.

Keperluan Atau Gaya?

Menurut Shah, ada daripada mereka yang mahu menjual semula Perodua Ativa, Myvi dan Alza lama untuk di tukar kepada Alza baharu, namun ada daripada kereta yang mahu dijual itu dikeluarkan pada tahun 2019 ke 2022 (tahun kereta).

Ini bermaksud bayaran pinjaman kereta itu masih ada dan baki yang perlu dijelaskan masih banyak. Ini adalah sesuatu yang kurang sihat di mana menurut Shah, majoriti penduduk Malaysia menggunakan 60% daripada gaji bulanan hanya untuk membayar hutang.

“Tidak dinafikan Perodua Alza 2022 memang menggamit golongan2 RCB (Replacement Car Buyer), tidak kira tua atau muda kerana sporty Vibes Alza 2022 tu sendiri, namun jangan terkeliru diantara keperluan dan gaya,” jelas Shah.

Tambahnya, selagi kereta sedia ada anda tiada masalah atau hanya ada beberapa kerosakan kecil, seeloknya baikilah kereta tersebut dan jangan tergesa-gesa membeli kereta baharu kerana anda bukan sahaja menanggung hutang bulanan, tetapi kos tersembunyi lain seperti cukai jalan, insurans serta penyelenggaraan yang perlu diambil kira.

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Menurut Shah, 6 daripada 10 orang pembeli Alza 2022 meletakkan wang deposit minimum sebanyak 10%, manakala 4 lagi mengharapkan pinjaman penuh meskipun dasar BNM meletakkan syarat tidak boleh membuat pinjaman penuh.

Berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai jurujual dan penasihat jualan kereta, kebanyakan yang meminta untuk pinjaman penuh ini memiliki tangga gaji RM1600.00 – RM2500.00.

Apabila beliau melihat dokumen pemohon termasuk rekod CCRIS yang masih ada, kebanyakannya hanya mempunyai ruang berbaki 40% ke 30% daripada pendapatan mereka untuk digunakan bagi membayar pinjaman Alza 2022.

“Bahkan ada yang mempunyai anak 1 dan bergaji bersih RM2000 juga sudah berani untuk memohon, Ini satu perhitungan yg tak sihat,” katanya.

Beliau menasihatkan mereka yang bergaji 2500 ke bawah untuk fikir semula dan mengambil model kereta yang sesuai dengan pendapatan mereka. Jadikan Alza 2022 sebagai kereta Idaman sahaja agar terus bekerja keras mencapai impian.

Ingatlah, ukur baju di badan sendiri!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language