September 25, 2022
Kepada geng-geng ‘modi’ motosikal, sekiranya motosikal anda telah diubah suai untuk meningkatkan kelajuan, anda sedang ‘dicari’ oleh pihak berkuasa. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah menjalankan Ops Lejang yang menyasarkan motosikal yang diubahsuai secara haram dan tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh JPJ. Operasi itu dijalankan di dua lokasi berbeza di Pulau Pinang iaitu berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Jalan Persiaran Bayan Indah di Bayan Baru. Ops Lejang Sasar Motosikal Yang Diubahsuai Melalui Ops Lejang yang dijalankan baru-baru ini, sebanyak 722 buah motosikal telah diperiksa manakala 286 daripadanya telah dikenakan tindakan. Menurut JPJ, beberapa kesalahan melibatkan pengubahsuaian motosikal telah dikesan seperti: Brek belakang yang ditanggalkan Pengubahsuaian swing arm Pengubahsuaian ekzos Penggunaan tayar sotong Penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan Tidak menggunakan cermin sisi Turut dikesan adalah kesalahan yang melibatkan pemandu bawah umur, tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans Pemilik dan penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang dan tidak melakukan sebarang pengubahsuaian haram kepada motosikal mereka. Berikut merupakan 6 pengubahsuaian motosikal yang tidak dibenarkan JPJ: Tidak menggunakan cermin pandang sisi Menggunakan tayar terlalu kecil atau tayar sotong Menukar ekzos biasa kepada ekzos yang berbunyi bising Menukar swing arm untuk mengurangkan berat motosikal Menukar blok motosikal untuk memberi lebih kelajuan Menukar unit kawalan enjin (ECU) untuk mematikan batasan had laju (cut off) serta memberi lebih kelajuan JPJ turut menasihati masyarakat agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti perlumbaan haram serta menunggang motosikal secara melulu sehingga mengundang risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. *Kredit foto: JPJ Pulau Pinang

Kepada geng-geng ‘modi’ motosikal, sekiranya motosikal anda telah diubah suai untuk meningkatkan kelajuan, anda sedang ‘dicari’ oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah menjalankan Ops Lejang yang menyasarkan motosikal yang diubahsuai secara haram dan tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh JPJ.

Operasi itu dijalankan di dua lokasi berbeza di Pulau Pinang iaitu berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Jalan Persiaran Bayan Indah di Bayan Baru.

Ops Lejang Sasar Motosikal Yang Diubahsuai

Melalui Ops Lejang yang dijalankan baru-baru ini, sebanyak 722 buah motosikal telah diperiksa manakala 286 daripadanya telah dikenakan tindakan.

Menurut JPJ, beberapa kesalahan melibatkan pengubahsuaian motosikal telah dikesan seperti:

Brek belakang yang ditanggalkan
Pengubahsuaian swing arm
Pengubahsuaian ekzos
Penggunaan tayar sotong
Penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Tidak menggunakan cermin sisi

Turut dikesan adalah kesalahan yang melibatkan pemandu bawah umur, tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans

Pemilik dan penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang dan tidak melakukan sebarang pengubahsuaian haram kepada motosikal mereka. Berikut merupakan 6 pengubahsuaian motosikal yang tidak dibenarkan JPJ:

Tidak menggunakan cermin pandang sisi
Menggunakan tayar terlalu kecil atau tayar sotong
Menukar ekzos biasa kepada ekzos yang berbunyi bising
Menukar swing arm untuk mengurangkan berat motosikal
Menukar blok motosikal untuk memberi lebih kelajuan
Menukar unit kawalan enjin (ECU) untuk mematikan batasan had laju (cut off) serta memberi lebih kelajuan

JPJ turut menasihati masyarakat agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti perlumbaan haram serta menunggang motosikal secara melulu sehingga mengundang risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

*Kredit foto: JPJ Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language